POS Malaysia

Legal

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) memaklumkan kepada anda bagaimana kami menggunakan data peribadi anda berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kami menggunakan data peribadi anda untuk memberikan kepada anda produk-produk dan servis-servis berkenaan dengan pos, kurier dan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan urusniaga yang lain yang dikehendaki oleh anda.
  • Kami berusaha untuk menambah baik produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami secara berterusan untuk anda dan akan menggunakan data peribadi anda untuk mencapai tujuan ini.
  • Kami memberi anda kuasa yang tertentu terhadap data peribadi anda yang disimpan oleh kami, termasuk, siapa yang dibenarkan untuk melihatnya dan bagaimana ianya digunakan.
  • Kami tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk berhubung dengan anda untuk pemasaran terus tanpa persetujuan anda.
  • Kami akan mengambil langkah-langkah berjaga yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda melalui polisi-polisi keselamatan dan proses-proses perniagaaan yang selamat.

Notis ini diterima pakai secara am untuk semua produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Pos Malaysia (termasuk Pos Malaysia Berhad dan kesemua anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya termasuk dan tidak terhad kepada PSH Express Sdn Bhd, Datapos (M) Sdn Bhd, Pos Digicert Sdn Bhd, Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd, Effivation Sdn Bhd, PSH Properties Sdn Bhd, PMB Properties Sdn Bhd, Real Riviera Sdn Bhd, Pos Malaysia & Services Holdings Berhad, PSH Capital Partners Sdn Bhd and PSH Venture Capital Sdn Bhd).

Mungkin terdapat keadaan-keadaan di mana suatu notis perlindungan data yang lain akan diterima pakai untuk urusniaga yang tertentu, dan kami akan memaklumkan kepada anda dengan sewajarnya. Sila baca terma-terma Notis ini dengan teliti sebelum memberikan data peribadi anda kepada kami. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami atau dengan menggunakan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami secara berterusan, anda menunjukkan kepada kami bahawa anda bersetuju dan memberikan persetujuan kepada terma-terma dan syarat-syarat Notis ini.

Berkenaan dengan data peribadi mana-mana Individu Pihak Ketiga (seperti yang ditakrifkan di bawah), anda memberi jaminan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan yang berkaitan daripada Individu Pihak Ketiga tersebut untuk memberikan data peribadinya kepada Pos Malaysia dan untuk Pos Malaysia memproses data peribadi tersebut. Anda selanjutnya memberi jaminan dan beraku janji untuk mengemukakan sesalinan Notis ini kepada Individu Pihak Ketiga tersebut sebelum memberikan data peribadi Individu Pihak Ketiga tersebut kepada Pos Malaysia.

Notis ini tidak ditujukan kepada dan tidak bertujuan untuk individu di bawah umur 18 tahun. Sekiranya kami mendapati bahawa kami telah mengumpul data peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun tanpa pengesahan atau tanpa persetujuan ibu bapa/penjaga sah, kami akan mengambil langkah segera untuk memadamkan data peribadi tersebut. Sekiranya anda percaya bahawa kami mungkin mempunyai sebarang maklumat daripada atau berkenaan individu di bawah umur 18 tahun, sila hubungi kami melalui maklumat yang dinyatakan di bawah.

Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda

Secara langsung daripada anda. Kami mengumpul data peribadi yang anda beri kepada kami apabila anda menggunakan sebarang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan laman-laman web kami atau semasa anda berurus niaga dengan kami. Ini termasuk maklumat yang anda beri:

  • Apabila anda meminta untuk sebarang perkhidmatan-perkhidmatan atau membuat pembelian sebarang produk-produk dari kami;
  • Apabila anda menjalankan transaksi atau membuat kontrak dengan kami;
  • Apabila anda melengkapkan borang manual dan hantar kepada kami;
  • Apabila anda berurus niaga dengan kami melalui telefon, emel, laman-laman web atau secara bersemuka;
  • Apabila anda mengambil bahagian dalam tinjauan-tinjauan pelanggan, peraduan-peraduan dan promosi-promosi;
  • Apabila anda mengguna perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • Apabila anda melawat premis-premis kami; atau
  • Dari surat-surat yang anda hantar kepada kami termasuk pertanyaan-pertanyaan dan komen-komen.

Apabila anda menggunakan laman web kami. Kami mungkin mengumpul beberapa maklumat secara automatik apabila anda mengakses laman-laman web kami termasuk:

  • Maklumat mengenai penggunaan produk-produk dan perkhimatan-perkhidmatan kami oleh anda, termasuk jenis ‘browser’ anda, sistem operasi, platform, alamat IP, ‘cookies’, pilihan bahasa dan kawasan; dan
  • Carian yang dibuat melalui laman-laman web kami, halaman-halaman dan iklan-iklan yang dilihat oleh anda serta pautan (link) yang anda klik semasa menggunakan laman-laman web kami.

Daripada pihak ketiga. Kami mungkin akan mengumpul data peribadi anda daripada pihak ketiga, sebagai contoh, apabila kami mendapatkan senarai-senarai pemasaran pihak ketiga, atau memperoleh kebenaran untuk suatu pembayaran yang anda buat menggunakan kad kredit atau debit, atau untuk menyempurnakan pemeriksaan kredit atau fraud.

Entiti-entiti korporat. Di mana kami berurus niaga atau membuat kontrak dengan sesebuah entiti korporat, entiti korporat tersebut mungkin akan memberikan kepada kami data peribadi anda berkenaan dengan urusniaga atau kontrak tersebut. Entiti korporat tersebut adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan persetujuan anda untuk menzahirkan data peribadi anda kepada kami.

Apakah data peribadi yang kami kumpul

Dalam Notis ini, data peribadi bermaksud data yang kami simpan mengenai anda dari mana identiti anda adalah jelas atau boleh dikenalpasti. Ini termasuk:

  • Butir-butir pengenalan anda seperti nama, nombor pengenalan, jantina, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur dan status perkahwinan;
  • Butir-butir hubung anda seperti alamat (rumah, pejabat atau hantaran bil), (nombor-) nombor telefon, emel dan butir-butir hubung yang lain yang anda beri kepada kami dari semasa ke semasa;
  • Butir-butir pekerjaan anda seperti nama majikan anda, jawatan anda dalam syarikat, huraian pekerjaan, (alamat-) alamat syarikat, (nombor-) nombor telefon, julat pendapatan anda dan pencapaian profesional atau kelayakan;
  • Butir-butir bayaran anda seperti nombor akaun bank dan butir-butir kad kredit atau debit;
  • Maklumat-maklumat berkenaan dengan transaksi, termasuk maklumat-maklumat pengenalan penghantar dan penerima dan butir-butir hubung dan juga data peribadi individu yang diberikan oleh entiti korporat berkenaan dengan suatu transaksi atau kontrak;
  • Rakaman perbualan telefon;
  • Data peribadi suami/isteri, dan tanggungan anda atau pihak ketiga yang lain (“Individu Pihak Ketiga”); dan
  • Maklumat tambahan yang anda beri kepada kami apabila anda menjalankan urusan atau berinteraksi dengan kami atau atau apabila anda melawat kami.

Mengapa kami mengumpul data peribadi anda

  • Untuk memberi kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan. Data peribadi yang kami kehendaki mungkin berbeza mengikut transaksi;
  • Untuk mengesahkan identiti anda dan untuk mengurangkan risiko akses yang tidak dibenarkan terhadap data peribadi anda apabila anda berurus niaga dengan kami;
  • Untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman anda dengan kami secara amnya. Apabila anda memaklumkan keutamaan anda semasa melengkapkan borang-borang kami, melalui penggunaan laman-laman web kami atau apabila anda menghubungi atau berkendali dengan kami secara langsung, kami akan menggunakan data peribadi ini untuk mengubah suai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda;
  • Untuk memberikan kepada anda maklumat-maklumat atau notifikasi-notifikasi mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mana kami atau agen-agen kami, kontraktor-kontraktor, pekerja-pekerja, syarikat-syarikat bersekutu, rakan kongsi niaga atau perunding profesional Pos Malaysia (“pihak ketiga”) telah dipilih dan percaya akan menarik perhatian anda (Sila rujuk bahagian-bahagian bertajuk “Siapa melihat data peribadi anda” dan “Maklumat penting mengenai “opting-out”);
  • Untuk menyediakan statistik-statistik atau analisa atau laporan-laporan dalaman untuk tujuan penyelidikan pasaran;
  • Untuk membolehkan kami menguatkuasa hak-hak undang-undang kami atau untuk menuntut kembali hutang yang kena dibayar oleh anda kepada kami;
  • Untuk melindungi data peribadi anda dan untuk mengurangkan risiko akses yang tidak dibenarkan terhadap data peribadi anda dengan menggunakan data peribadi anda untuk mengesahkan identiti anda apabila anda menggunakan laman-laman web dan khidmat bantuan pelanggan kami;
  • Untuk tujuan keselamatan apabila anda melawat premis kami; dan
  • Untuk memastikan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai.

Siapa melihat data peribadi anda

Data peribadi anda mungkin akan digunakan oleh semua syarikat-syarikat dalam Pos Malaysia dan kumpulan syarikat yang berkenaan dengan DRB-HICOM Berhad. Siapa melihat data peribadi anda bergantung kepada konteks di mana anda memberikannya dan ia digunakan (Sila merujuk kepada bahagian bertajuk “Mengapa kami mengumpul data peribadi anda”).

Data peribadi anda mungkin akan dizahirkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga. Ini mungkin termasuk penyumberluaran sebarang operasi-operasi atau fungsi-fungsi perniagaan kami kepada mana-mana pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia. Kami mungkin berbuat demikian untuk sebab-sebab yang berikut:

  • Untuk memberikan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau untuk melaksanakan suatu kontrak dengan anda. Sesetengah produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami telah diberikan secara bersama atau melalui kerjasama dengan pihak ketiga yang tertentu, dan kami perlu menzahirkan data peribadi anda untuk memberikan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Kami mungin juga akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga yang tertentu yang telah dilantik untuk melaksanakan fungsi-fungsi perniagaan kami;
  • Untuk memberikan kepada anda maklumat atau notifikasi-notifikasi mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami atau pihak-pihak ketiga telah memilih dan percaya akan menarik perhatian anda. Sekiranya anda telah memberikan persetujuan anda dengan tidak memilih untuk “opt-out” semasa melengkapkan borang-borang manual kami, menggunakan laman-laman web kami atau apabila anda berhubung atau berurus niaga dengan kami secara langsung, kami mungkin berkongsi sebahagian data peribadi anda dengan pihak ketiga yang dipilih secara teliti supaya mereka boleh memberikan kepada anda maklumat-maklumat mengenai produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin akan menarik perhatian anda;
  • Kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga (termasuk pihak polis dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain) di mana kami percaya bahawa ianya adalah perlu untuk mematuhi undang-undang atau untuk melindungi hak-hak, harta benda atau keselamatan kami atau orang lain. Ini termasuk pertukaran data dengan pihak ketiga bagi tujuan pencegahan fraud dan untuk mengurangkan risiko bayaran atau penzahiran data peribadi kepada pihak polis dan pihak-pihak penguatkuasa yang lain untuk mengelak dan mengesan perbuatan jenayah;
  • Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan badan-badan kawal selia dan agensi-agensi untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan; atau
  • Sekiranya kami menjual atau membeli sebarang perniagaan atau aset-aset, kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada bakal pembeli atau penjual perniagaan atau aset-aset tersebut.

Kami hanya akan berkongsi maklumat dengan pihak-pihak ketiga yang kami percaya akan bertindak demi kepentingan terbaik anda dan akan menjaga data peribadi anda dengan menggunakan perlindungan-perlindungan keselamatan yang sama yang digunakan oleh kami.

Di mana kami menyimpan dan memproses data peribadi anda

Kami secara amnya menyimpan dan memproses data peribadi anda di dalam Malaysia. Walau bagaimana pun, data peribadi yang kami kumpul mengenai anda mungkin diproses dalam, dipindah ke atau disimpan di suatu destinasi di luar Malaysia. Dengan melengkapkan borang manual kami, menggunakan laman-laman web kami atau apabila anda berhubung dengan atau berususan secara langsung dengan kami, anda bersetuju terhadap pemprosesan, pemindahan atau penyimpanan ini di luar Malaysia. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dikendalikan dengan selamat dan menurut Notis ini walaupun data peribadi anda diproses dalam, dipindah ke, atau disimpan di suatu destinasi di luar Malaysia.

Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda

Ini bergantung kepada konteks di mana anda memberi data peribadi anda dan tujuan kami menggunakannya. Data peribadi anda akan disimpan selama ianya perlu untuk tujuan tersebut (Sila merujuk kepada bahagian bertajuk “Mengapa kami mengumpul data peribadi anda”), atau untuk tempoh masa yang diperlukan untuk melindungi hak undang-undang kami.

Kami akan menyimpan data peribadi anda:

  • Selama mana yang munasabah perlu untuk kami memberi anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami yang anda telah membeli atau minta atau dalam melaksanakan suatu kontrak dengan anda;
  • Untuk tujuan pemasaran untuk memberikan kepada anda maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami atau pihak ketiga rakan kongsi perniagaan kami telah pilih dan percaya akan menarik perhatian anda sehingga anda memilih untuk “opt-out” daripada membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran (Sila merujuk kepada bahagian-bahagian bertajuk “Hak-hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi” dan “Maklumat penting mengenai “opting-out”);
  • Kami mungkin menyimpan rekod-rekod mengenai transaksi-transaksi yang anda memasuki dengan kami untuk selama 7 tahun supaya kami boleh memberi maklum balas terhadap sebarang aduan atau pertikaian yang mungkin timbul. Di mana rekod-rekod tersebut terlibat dalam penyiasatan atau prosiding undang-undang, kami akan menyimpan data peribadi tersebut untuk tempoh masa yang lebih lama; dan
  • Kami akan menyimpan data peribadi anda untuk selama yang perlu untuk mematuhi undang-undang.

Kami akan memadam, memusnah atau melupuskan data peribadi anda apabila ia tidak lagi diperlukan untuk disimpan.

Hak-hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi

Berkenaan dengan borang-borang manual kami, anda boleh mengakses, membetul atau mengemas kini data peribadi anda dengan melengkapkan Borang Permohonan Akses Data Peribadi atau Borang Pembetulan Data Peribadi. Borang-borang ini boleh diperolehi dari www.pos.com.my atau sekiranya anda menghubungi Jabatan Pematuhan Regulatori (Regulatory Compliance Department) kami (Sila rujuk kepada bahagian bertajuk “Pertanyaan”) dan kami akan berusaha untuk memenuhi arahan-arahan anda dalam tempoh masa 21 hari selepas menerima borang anda yang lengkap dengan yuran yang diperuntukkan.

Berkenaan dengan data peribadi yang diberikan kepada kami melalui laman-laman web, anda boleh mengakses maklumat tersebut di halaman bertajuk ‘Edit Your Profile’ (sekiranya ada) atau menghubungi Jabatan Pematuhan Regulatori (Regulatory Compliance Department) kami. Anda juga boleh menggunakan halaman profil ini untuk mengubah atau memadam maklumat ini termasuk persetujuan anda yang telah diberi kepada kami (Sila rujuk kepada bahagian bertajuk “Maklumat penting mengenai “opting-out””) dan kami mengalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan mengenai anda adalah terkini. Data peribadi anda boleh dipadam daripada pangkalan data laman-laman web dengan mengakses pilihan 'My profile' selepas anda log masuk laman-laman web. Di sini anda boleh memilih untuk memadamkan akaun anda dan membatalkan pendaftaran anda dengan kami. Walau bagaimana pun, ini tidak akan memadamkan data peribadi anda yang: (i) tidak dikumpul melalui laman-laman web kami; (ii) kami perlu simpan untuk selanjutnya bagi tujuan yang disebut di atas, di bawah bahagian bertajuk “Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda”; atau (iii) berada di dalam pangkalan data pihak ketiga yang tidak berada di bawah kawalan kami.

Berkenaan dengan data peribadi yang diberikan kepada kami untuk digunakan melalui laman-laman web kami, anda boleh melengkapkan borang-borang yang relevan yang sedia ada online di laman-laman web kami untuk memohon akses kepada atau untuk membetulkan data peribadi anda.

Anda boleh memohon butir-butir mengenai segala data peribadi yang kami simpan mengenai anda, dengan menghubungi Jabatan Pematuhan Regulatori kami. Jabatan Pematuhan Regulatori kami akan memberikan kepada anda Borang Permohonan Akses Data tersebut dan/atau Borang Permohonan Pembetulan Data Peribadi yang mana anda harus melengkapkan dan kembalikannya kepada mereka.

Yuran untuk perkhidmatan-perkhidmatan akses data peribadi adalah seperti berikut:

  • Permohonan Akses Data Peribadi dengan salinan - RM 10
  • Permohonan Akses Data Peribadi tanpa salinan - RM 2
  • Permohonan Akses Data Peribadi sensitif dengan salinan - RM 30
  • Permohonan Akses Data Peribadi sensitif tanpa salinan - RM 5

Yuran ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa.

Butir-butir berhubung Jabatan Pematuhan Regulatori disenaraikan di bahagian bertajuk “Pertanyaan” di bawah. Hak anda untuk mengakses data peribadi anda tidak mutlak, dan mungkin dihadkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Maklumat penting mengenai “opting-out”

Data peribadi yang kami minta dari anda mungkin wajib atau sukarela, dan mungkin berbeza bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang tertentu. Data peribadi wajib adalah maklumat yang diperlukan untuk pemprosesan transaksi, atau untuk memberi produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan, atau dalam melaksanakan kontrak. Data peribadi sukarela adalah maklumat yang anda beri kepada kami dengan suka rela, yang kami mungkin proses semasa transaksi atau untuk memberi anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Ruang berkenaan dengan data peribadi yang wajib akan ditandakan sedemikian dalam borang-borang manual dan borang-borang pendaftaran dalam laman-laman web kami.

Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan sebarang data peribadi yang wajib yang dikehendaki atau menarik balik persetujuan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda secara ketara, anda setuju bahawa (walau apapun perjanjian di antara anda dengan kami) kami boleh menghentikan pemberian sebarang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda tanpa sebarang liabiliti atau sebarang kerugian yang anda mungkin mengalami atas sebab penghentian tersebut.

Sekiranya anda tidak menandakan kotak “opt-out” yang disediakan, kami akan menganggap bahawa kami mempunyai persetujuan tersirat anda untuk memproses data peribadi anda menurut terma-terma Notis ini dan untuk menerima maklumat-maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami atau rakan perniagaan pihak ketiga kami telah pilih dan percaya akan menarik perhatian anda sehingga anda pilih untuk “opt-out” iaitu untuk tidak membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda secara keseluruhannya atau untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran.

Anda boleh memilih untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda melalui salah satu cara yang berikut:

  • Menghantar kepada kami notis bertulis kepada butir-butir hubung yang dinyatakan di bahagian bertajuk “Pertanyaan”;
  • Dengan menandakan kotak “opt-out” pada borang-borang manual kami berkenaan dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • Mengisi kad “Opt-out” kami; atau
  • Menukar profil anda pada laman-laman web kami (sekiranya ada).

Kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda dalam jangka masa 21 hari / secepat mungkin yang kami dengan berpatutan dapat melakukannya.

Berkenaan dengan laman-laman web kami, anda boleh menarik balik atau memberi persetujuan anda pada bila-bila masa melalui halaman “Edit your profile” (sekiranya ada) atau menghubungi Jabatan Pematuhan Regulatori kami. Apabila anda memilih untuk menarik balik persetujuan anda dengan memilih untuk “opt-out” dalam laman-laman web kami, ini hanya akan diterima pakai untuk data peribadi anda yang disimpan dalam pangkalan data laman-laman web kami. Ianya tidak akan diterima pakai untuk data peribadi yang anda telah berikan kepada suatu perniagaan dalam Pos Malaysia melalui cara selain daripada laman-laman web kami atau sekiranya data peribadi anda telah diberikan kepada pihak-pihak ketiga dengan persetujuan anda.

Berkenaan dengan pautan kepada laman-laman yang tertera pada laman-laman web kami, sila dimaklumkan bahawa data peribadi yang diberi kepada pihak-pihak ketiga ini tidak berada di dalam kawalan atau tanggungjawab kami dan anda mungkin perlu menghubungi mereka secara langsung sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk mereka terus menggunakan data peribadi anda.

Sila dimaklumkan bahawa sejurus kami menerima pengesahan bahawa anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk bahan-bahan pemasaran, promosi / komunikasi, ianya mungkin mengambil masa sehingga 21 hari supaya penarik balikan tersebut tertera dalam sistem-sistem kami. Oleh yang demikian, anda mungkin masih menerima bahan-bahan pemasaran or promosi / komunikasi dalam jangka masa ini. Sila dimaklumkan bahawa walaupun anda memilih untuk “opt-out” daripada menerima bahan-bahan pemasaran atau promosi, kami mungkin akan berhubung dengan anda untuk tujuan-tujuan yang lain berkenaan dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda berurus dengan kami.

Laman-laman web

Berkenaan dengan laman-laman web, sebahagian maklumat-maklumat akan dikumpul melalui penggunaan "cookies". “Cookies” adalah butiran-butiran kecil maklumat yang disimpan secara automatik pada pelayar web seseorang dalam komputernya yang boleh dipaut kembali melalui laman-laman web. Maklumat tersebut, sebagai contoh, mungkin termasuk kata laluan pengguna yang disimpan untuk mengelak dari ditaip semula pada lawatan berikutan ke laman-laman web tersebut. Sekiranya anda ingin menamatkan “cookies” ini, anda boleh berbuat demikian dengan menukar penetapan pada pelayar web anda.

Sila dimaklumkan bahawa data peribadi yang disalurkan secara elektronik tidak 100 peratus selamat. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pelanggaran keselamatan melainkan sekiranya kami cuai.

Laman-laman web kami mungkin juga mengandungi pautan-pautan kepada laman-laman web yang lain dikawal oleh pihak ketiga. Sila dimaklumkan bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman-laman web tersebut. Kami tidak bertanggungjawab berkenaan dengan cara bagaimana syarikat-syarikat atau organisasi-organisasi tersebut mengumpul, mengguna, menzahir atau melindungi maklumat-maklumat yang anda beri kepada mereka. Notis ini hanya diterima pakai kepada maklumat-maklumat yang dikumpul melalui laman-laman web yang dikawal oleh Pos Malaysia. Sekiranya anda memilih untuk mengakses laman web pihak ketiga yang dipaut kepada laman-laman web kami, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri dan tertakluk kepada sebarang terma-terma perkhidmatan atau polisi privasi (jika ada) yang berkaitan dengan laman-laman web pihak ketiga tersebut.

Di mana Pos Malaysia memproses data peribadi anda bagi pihak mana-mana individu atau entiti lain, pemprosesan maklumat anda akan bergantung kepada amalan-amalan privasi individu atau entiti tersebut. Ini tidak berada di bawah kawalan atau tanggungjawab kami. Anda perlu menghubungi mereka secara langsung berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda.

Penyemakan Semula Notis ini

Notis kami mungkin disemak semula dari masa ke semasa dan sekiranya terdapat sebarang penyemakan, ianya akan tertera pada laman-laman web kami dan/atau cara-cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh kami.

Pertanyaan

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan Notis ini, sila hubungi Jabatan Pematuhan Regulatori kami di:

Pos Malaysia Berhad
Jabatan Pematuhan Regulatori
Tingkat 8, Ibu Pejabat Pos
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Perhatian: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Tel: 03 – 2267 2267 sambungan 2040
Emel: pdpapos@pos.com.my

Sekiranya anda perlu mengemas kini data peribadi anda, sila dapatkan 'Borang Pembetulan Data Peribadi' di kaunter Pejabat Pos atau muat turun borang tersebut di sini.

Notis ini disediakan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara terma-terma dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.

Notis Perlindungan Data Peribadi ini dikemaskinikan terakhir pada: 11 Ogos 2025