Promos

Peraduan Hantar & Menang! Pos Laju - Terma dan Syarat

01 Nov 2021

 

1. Peraduan Hantar & Menang! Pos Laju ini dianjurkan sebagai penghargaan dan ganjaran kepada pelanggan setia Pos Laju. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia termasuk kakitangan Pos Malaysia kecuali kakitangan Pos Malaysia yang mempunyai hubungan terus dengan peraduan ini dan keluarga terdekat mereka. Peserta harus mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berserta nombor yang boleh dihubungi. Peserta yang gagal mengemukakan butiran seperti yang diperlukan akan terbatal kelayakannya secara automatik.

2. Peraduan ini bermula dari 1 November 2021 sehingga 31 Disember 2021 ("Tempoh Peraduan"). Penganjur berhak untuk melanjutkan, menukar, membatalkan atau menamatkan peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Pihak Penganjur tidak akan menanggung atau bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk apa-apa kekurangan atau kerugian secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh peserta disebabkan perubahan, penyambungan, pembatalan atau penamatan peraduan ini.

3. Penyertaan yang diterima lewat atau selepas tamat tempoh peraduan tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

4. Peraduan ini hanya sah untuk penghantaran menggunakan Pos Laju Standard atau Express Mail Service (EMS) Antarabangsa.

5. Penyertaan secara automatik apabila pelanggan membuat pengeposan item Pos Laju terpilih di mana-mana kaunter cawangan Pos Malaysia sepanjang tempoh peraduan berjalan. Mekanisma peraduan ialah seperti berikut:
a. Pelanggan layak menerima mata ganjaran bagi setiap pengeposan item mengikut hari pengeposan di cawangan Pos Malaysia.
b. Pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran sebanyak mungkin sepanjang tempoh peraduan.
c. Mata ganjaran terkumpul yang diperoleh akan melayakkan pelanggan untuk memenangi hadiah bulanan utama atau hadiah saguhati.
d. Ganjaran wang tunai akan dihadiahkan kepada pelanggan yang berjaya mengumpulkan mata ganjaran tertinggi.

Mata ganjaran diperoleh mengikut hari dan jumlah item pengeposan:

Jumlah pengeposan yang layak Setiap item
Pengeposan pada hari biasa 1 mata ganjaran
Pengeposan pada hari biasa (selepas 5.00 petang) 2x mata ganjaran
Pengeposan pada hari minggu 2x mata ganjaran

●  Pengeposan pada hari biasa ialah hari Isnin sehingga Khamis.
●  Pengeposan pada hari minggu ialah Jumaat sehingga Ahad (untuk semua negeri).


Contoh transaksi:

Pelanggan A
Membuat pengeposan pada hari biasa

Hari Jumlah item Mata ganjaran diperoleh
Isnin 1 1
Rabu 5 5


Pelanggan B
Membuat pengeposan pada hari biasa (selepas 5:00 petang)

Hari Jumlah item Mata ganjaran diperoleh
Selasa 1 2
Khamis 4 8


Pelanggan C
Membuat pengeposan pada hari minggu

Hari Jumlah item Mata ganjaran diperoleh
Jumaat 1 2
Ahad 3 6


6. Tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai peraduan ini.

7. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan mata ganjaran tertinggi. Bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon. Kegagalan untuk dihubungi dalam tiga (3) percubaan akan menyebabkan kelayakan terbatal dan bakal pemenang seterusnya akan dihubungi.

8. Bagi penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan), pihak organisasi perlu melantik atau mewakilkan individu (kakitangan/ahli) sebagai pemenang. Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan bakal pemenang seterusnya akan dipilih.

9. Hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar kepada hadiah yang lain dalam apa bentuk sekalipun.

10. Pihak penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

11. Hadiah mesti dituntut pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengambil semula hadiah sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.

12. Para pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan / atau program publisiti lain pada masa dan tempat yag ditetapkan oleh penganjur untuk tujuan menuntut hadiah mereka dan segala kos yang terlibat perlu ditanggung sendiri.

13. Dengan menyertai peraduan ini, penganjur berhak untuk menerbitkan dan memaparkan nama dan alamat pemenang, gambar pemenang dan audio / atau rakaman visual bagi mana-mana media massa atau bahan pemasaran untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa notis terlebih dahulu dan / atau pampasan.

14. Keputusan pihak penganjur berkenaan dengan peraduan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.

15. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat serta keputusan yang telah ditetapkan oleh penganjur dan juga pihak juri. Pihak penganjur berhak untuk menukar atau meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu.