Facebook Twitter Instagram You Tube

Kumpulan POS

Kumpulan POS kami menyediakan penyelesaian inovatif bagi memenuhi keperluan mel pelanggan kami

SKROL KE BAWAH

Kurier, Ekspres & Bungkusan Pos Laju

Pos Laju merupakan perkhidmatan kurier pilihan Malaysia dengan rangkaian penghantaran dan pusat perkhidmatan yang luas. Pos Laju menyediakan perkhidmatan penghantaran pintu ke pintu, dan pelanggan boleh memilih untuk menghantar dokumen atau bungkusan menggunakan perkhidmatan Serahan Sampai Esok, Serahan Sampai Hari Yang Sama, atau Serahan Waktu Tetap untuk kiriman dalam atau luar negara. Antara produk terkini dan yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah Kotak dan Sampul Prabayar Pos Laju yang memudahkan pelanggan untuk “bayar dahulu, bungkus dan kirim kemudian”.

Pos Malaysia International

Pos Malaysia International menguruskan penghantaran mel dan bungkusan antara sempadan dan menyediakan perkhidmatan nilai tambahan seperti Khidmat Mel Ekspres (EMS), bungkusan prabayar FlexiPack International dan Paket POSTerus, serta pelepasan Kastam. Melalui hab antarabangsa di KLIA, Pos Malaysia menghubungkan Malaysia dengan 225 buah negara dan wilayah jajahan di serata dunia. Melalui khidmat beli-belah atas talian yang terkini, EZiPoz, rakyat Malaysia boleh menikmati kadar penjimatan dan kemudahan untuk membeli terus barangan dari Amerika Syarikat.

Data Pos

Data Pos menawarkan perkhidmatan percetakan pukal bagi pelanggan-pelanggan yang kebanyakkannya terdiri daripada sektor perbankan dan industri khidmat utiliti. Data Pos diiktiraf sebagai pemberi perkhidmatan kelima terbesar di dalam industri pemprosesan data dan dokumen dengan cetakan melebihi 100 juta unit setahun.

Pos ArRahnu

Pos ArRahnu merupakan perkhidmatan perniagaan pembiayaan bercagarkan emas patuh syariah yang menawarkan pembiayaan sehingga 70% ke atas nilai kadar emas semasa. Sistem Pembiayaan Mikro Islam tanpa faedah ini adalah untuk membantu peniaga kecil-kecilan, keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah, dan kakitangan awam dengan memberi perkhidmatan kewangan yang selamat dan mudah.

Pos Digicert

Pos Digicert menyediakan perkhidmatan penghasilan identiti digital melalui penggunaan sijil digital yang membantu melancarkan proses pentadbiran dan perniagaan melalui tiga elemen penting di dalam keselamatan Internet seperti pengesahan, integriti dan kerahsiaan serta tiada bangkangan penghantaran (non-repudiation).

Pos Solutions

Pos Solutions membekalkan khidmat bantuan penyelesaian pengurusan berkaitan dokumen berbentuk fizikal atau digital yang memperkasakan organisasi anda dalam mengurus maklumat, dan meningkatkan produktiviti, kecekapan serta keuntungan.

Pos Online

Pos Online merupakan cara yang efisyen untuk membayar bil anda secara digital. Pos Online membolehkan anda membayar bil utiliti, telefon dan bil internet, serta sewa dengan mudah dan selamat. Transaksi adalah mudah dan pantas sejajar dengan kehidupan yang kontemporari di abad ini.