Facebook Twitter Instagram You Tube

Komuniti Kami

Kami komited dalam membina masa depan yang mampan serta menyalurkan sumbangan positif kepada komuniti.

SKROL KE BAWAH

Untuk pengguna kami

    Kami percaya dalam
  • Membina perhubungan yang jujur serta adil dengan pembekal, vendor dan kontraktor.
  • Menggalakkan vendor untuk mengamalkan etika kerja serta perniagaan yang bersesuaian dengan amalan kerja (contoh perolehan hijau)
  • Memastikan ketelusan dan kualiti kerja yang tinggi, beretika, serta menepati urus tadbir korporat yang ditetapkan.
    Antara komitmen kami adalah aktiviti seperti:
  • Aktiviti bersama pihak berkepentingan
  • Taklimat kepada para pelabur
  • Membina serta mengukuhkan jalinan bersama pelanggan dan rakan niaga
  • Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
  • Pengedaran Hamper Musim Perayaan
  • Anugerah dan Penghargaan (Reader's Digest Most Trusted Brand Award dan lain-lain)
  • Pengukuhan perhubungan dengan pengawal selia melalui penglibatan dalam aktiviti serta kempen yang dianjurkan
  • Membaik pulih serta menaik taraf kondisi cawangan kami

Di tempat kerja

    Memastikan
  • Menyediakan peluang kerja yang sama rata
  • Menyediakan ruang perkembangan kerjaya profesional untuk para pekerja
  • Menyediakan kondisi kerja yang sihat, selamat dan amalan hormat-menghormati di kalangan para pekerja kami
    Antara aktiviti yang menjadi komitmen kami adalah:
  • Biasiswa bersama ICAM International University bagi anak-anak pekerja kami
  • Sumbangan kebajikan warga kerja
  • Skim ganjaran Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi anak-anak pekerja kami
  • Kempen keselamatan bagi para posmen dan kempen OSH
  • Aktiviti sosial untuk mengukuhkan jalinan hubungan antara warga kerja
    • Sesi Berbuka Puasa & Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitr
    • Karnival Sukan
    • Pertandingan Nyanyian Pos Malaysia
    • Makan Malam Tahunan
  • Menaik taraf persekitaran kerja untuk para pekerja (membaik pulih pejabat, 5S dan Program Gemba Kaizen)

Untuk Komuniti

    Menerusi pelaksanaan program dan aktiviti, kami komited untuk
  • Menyumbang balik kepada masyarakat dengan menyediakan masa hadapan yang lebih baik untuk para pelanggan dan komuniti
  • Menjadi entiti dan individu korporat yang bertanggungjawab dan menyumbang impak positif kepada masyarakat
    Antara aktiviti yang menjadi komitmen kami adalah:
  • Sumbangan untuk tujuan kebajikan dan amal
  • Aktiviti bantuan bencana alam
  • Aktiviti pengukuhan pendidikan
    • Program sekolah angkat
    • Program anak-anak angkat
    • Penajaan program pendidikan akhbar (NST & Utusan Malaysia)
  • Menyokong Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kurang berkemampuan
  • Sesi berbuka puasa bersama golongan kurang berkemampuan dan anak-anak yatim
  • Menyokong aspirasi dan agenda Kerajaan

Persekitaran Kami

    Menerapkan kesedaran dan keprihatinan terhadap persekitaran dengan mendidik melalui
  • Menghormati dan menghargai alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan tenaga berlebihan
  • Menggunakan sumber tenaga dengan lebih efisyen
  • Sumbangan dan cara untuk mengukuhkan persekitaran dan kepelbagaian bio
    Antara aktiviti serta komitmen kami adalah:
  • Aktiviti gotong-royong peringkat negeri dan Ibu Pejabat
  • Kitar semula di peringkat jabatan