Filateli boleh ditafsirkan sebagai mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem-setem bayaran pos, laluan-laluan pos, surat-surat, sampul-sampul dan sebagainya. Koleksi ini, sama ada setem, sampul dan sebagainya lazimnya, didokumenkan untuk tujuan mengesan acara-acara utama yang bersejarah dan acara-acara lain.
Tidak dapat dibuktikan bila filateli mula-mula dijadikan sebagai satu hobi kerana tidak ada sebarang dokumen untuk mengesahkannya. Namun, apa yang pasti ialah filateli hanya bermula setelah setem-setem bayaran pos diperkenalkan pada 1840.
Pengenalan Album setem yang diperkenalkan telah memudahkan koleksi setem. Album pertama dihasilkan di England pada 1852. Apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Bertambah ramai orang menaruh minat dalam hobi mengumpul setem dan filateli kemudiannya mula berkembang. Ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah dimiliki oleh Ratu England. DYMM Sultan Selangor juga ada memiliki koleksi setem yang baik.
Perkataan "filateli" dikatakan telah dicipta di Perancis oleh Georges Herpin pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Yunani: "philos" bermakna mengasihi dan "llateleiall" bermaksud bebas daripada pembayaran. Pada asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label-label, melambangkan pembayaran untuk perkhidmatan pos. Daripada sini, ia diperluaskan untuk merangkumi kajian mengumpul setem bayaran pos secara sistematik, poskad, sampul surat pos, tanda pos dan bahan-bahan pos yang lain.
Biro Filateli di Malaysia ditubuhkan dengan satu matlamat iaitu untuk menanamkan minat mengumpul setem di kalangan orang ramai bukan sekadar sebagai hobi malah sebagai satu aktiviti yang berharga.
Biro ini juga mempromosikan secara aktif hobi mengumpul setem di kalangan kanak-kanak sekolah dengan melawat mereka di sekolah, mendidik kanak-kanak mengenai nilai setem dan memupuk minat mereka untuk mengumpul setem serta mempelawa mereka mengunjungi Galeri Setem.
Setiap tahun, Biro ini juga berusaha untuk memperkenalkan lebih daripada 10 setem bertema dan bahan-bahan filateli untuk para pengumpul bagi memenuhi permintaan mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Biro Filateli menyertai secara aktif dalam pameran-pameran di Malaysia serta pameran setem antarabangsa. Di arena antarabangsa, setem memainkan peranan penting sebagai duta sesebuah negara.
Biro Filateli dengan kerjasama Persatuan Filateli Malaysia, kerap bertemu untuk bertukar-tukar idea dengan para pengumpul setem semasa pameran setem, pesta setem, serta seminar setem yang diadakan secara berkala di seluruh negara.
Harap Maaf, kami sedang menaiktaraf laman web kami.
Nota : Anda boleh menghantar soalan serta pendapat anda kepada kami melalui email kami filateli@pos.com.my atau hubungi kami di +603-2267-2000
Nota: Anda boleh mengemukakan pertanyaan atau maklum balas secara terus kepada e-mel kami di filateli@pos.com.my.
Sila nyatakan nama serta nombor akaun anda bagi memudahkan kami membantu anda.
SetemKu Individu dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menampilkan imej mereka semasa satu masa khas atau majlis di setem. Imej-imej ini bersama-sama dengan setem asas akan membentuk setem pos yang sah. Pelanggan boleh menempah bagi setiap reka bentuk dengan pesanan minimum adalah 1 helaian sahaja.
SetemKu Individu juga boleh didapati di Galeri Setem (Ibu Pejabat), di lebih daripada 25 Cawangan Pos terpilih seluruh negara dan di gerai promosi kami / jerayawara di seluruh negara. Senarai penuh Cawangan Pos terlibat seperti di SINI.
Pembelian atas talian boleh didapati melalui www.posonline.com.my
SetemKu individu ditawarkan dalam sepuluh reka bentuk eksklusif dan membolehkan seseorang individu memperingati acara-acara khas seperti:
Maklumat | Garis Panduan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jualan / Tempahan | Borang Langganan (Format pdf) Paparan Borang Untuk memuat turun, sila klik kanan dan pilih 'Save Target As'. (1) Simpan sasaran Save target as bagi pengguna Internet Explorer atau (2) Simpan jaringan Save link as bagi pengguna Netscape / Mozilla Firefox / Google Chrome Klik di sini untuk memuat turun Acrobat Reader |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan Penghantaran | Kutipan dan penghantaran @ kos tambahan (Pilihan untuk menggunakan Pos Laju untuk penghantaran pantas) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jangkamasa Pemprosesan | Dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula dari hari penerimaan (Sila berikan masa yang berpatutan sekiranya item ini diperlukan untuk sesebuah majlis rasmi / pelancaran) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cara Pembayaran | Tunai/Kiriman Wang/Cek atau Kad Kredit (di cawangan Pos terpilih yang menawarkan perkhidmatan SetemKu sahaja) Untuk pembelian atas talian melalui www.posonline.com.my, khidmat perbankan atas talian & kad kredit ditawarkan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keperluan Teknikal | Bagi Foto: Kualiti 3R yang baik (Anggaran 85 x 125mm) atau 4R (Anggaran 100x 150mm) Format foto adalah menegak. Saiz font (Jika ada): Sekurang-kurangnya5 poin *NOTA: Kebenaran bagi ruang sebanyak 1MM mesti dibenarkan (Pilihan untuk latar belakang hendaklah berdasarkan reka bentuk setem) perlu disertakan bersama borang tempahan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengesahan Reka Bentuk | Berdasarkan reka bentuk (atas tanggungan anda) yang dipersetujui oleh kedua belah pihak | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saiz Setem | 28mm x 38mm (format menegak), 32mm x 27mm (format melintang) & 30mm x 30mm (format menegak) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tempahan Minimum | 1 lembar (8 keping / 10 keping & 20 keping setem) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Harga | Terdapat 13 reka bentuk untuk dipilih. Papar reka bentuk
Lembaran Setem = 8/10/20 berdasarkan tab kosong setem 8/10/20 *Harga termasuk GST 0% |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saluran Komunikasi |
UNIT SETEM & FILATELI
|
%MCEPASTEBIN%
Untuk maklumat mengenai keluaran setem terdahulu, terkini dan akan datang, serta aktiviti promosi pengumpulan setem, Pos Malaysia Berhad menyediakan Kaunter Informasi untuk membantu anda.
Terletak di Biro Filateli Kuala Lumpur, kaunter perkhidmatan pelanggan ini memberi kemudahan untuk para pelanggan menjalankan aktiviti seperti kemaskini, kutipan atau deposit ke dalam akaun masing-masing pada waktu pejabat serta khidmat lain yang berkaitan. Semua maklumat mengenai isu baharu turut disediakan di kaunter ini.
Unit Setem & Filateli, Pos Niaga
Tingkat 1, Ibu pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon:
+603-2267-2000 - Pertanyaan SODA
+603-2267-2001 - Kaunter Filateli
+603-2267-2002 - Pertanyaan Setemku (Setem Peribadi)
Faks: +603-2694-2139
E-mel :filateli@pos.com.my / setemku@pos.com.my
MODUL KELAB SETEM & FILATELI (KESEF)
Prakata
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, garis panduan Kelab Setem dan Filateli (KESEF) ini berjaya diterbitkan. Garis panduan ini sangat penting kepada semua sekolah dan pendidik kerana ia merupakan rujukan utama kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menubuh dan seterusnya menjalankan aktiviti bagi KESEF. Garis panduan pelaksanaan aktiviti KESEF ini juga diharap dapat melahirkan murid yang mengenali serta mencintai setem dan filateli. Seterusnya, dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berdaya saing di peringkat global.
Pelaksanaan aktiviti KESEF juga selari dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ke arah transformasi pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan pengurusan murid demi menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menyediakan murid dan warga sekolah ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Pelaksanaan aktiviti KESEF dapat melahirkan murid yang kreatif dan berinovasi serta bersedia menghadapi cabaran; secara tidak langsung ia selari dengan dasar KPM dalam PPPM 2013-2025 untuk mencapai 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Pos Malaysia Berhad dan Panel Penggubal yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan penerbitan garis panduan ini. Semoga komitmen dan kesungguhan ini dapat diteruskan serta menjadi satu sumbangan yang amat bermakna untuk negara.
Sila muat turun fail PDF daripada jaringan di bawah:
Borang Pendaftaran Sekolah KESEF
Borang Pendaftaran Keahlian Ahli KESEF
Sekian, terima kasih.
SetemKu Korporat merupakan setem kiriman sah yang mana gambar foto atau identiti korporat atau logo korporat boleh ditambah oleh sesebuah organisasi/entiti (lazimnya logo/imej korporat) pada setem tersebut.
SetemKu Korporat boleh didapati dalam sepuluh (10) reka bentuk eksklusif bagi menonjolkan identiti korporat. Antara kelebihan utama SetemKu Korporat adalah: