Facebook Twitter Instagram You Tube
Kiriman Wang

Kiriman Wang POS Domestik

Ciri-ciri Kelebihan Kadar Bayaran
  • Satu cara mudah untuk mengirim wang melalui rangkaian Pejabat Pos yang meluas.
  • Kiriman maksimum sehingga RM10,000.00
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di semua cawangan Pejabat Pos berkomputer.
  • Pembayaran balik segera untuk Kiriman Wang yang luput (tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh keluaran).
  • Tarikh luput adalah tiga (3) bulan dari hari terakhir bulan pengeluaran.
  • Rangkaian Pejabat Pos yang meluas bagi transaksi kewangan serta pembelian Kiriman Wang dan pembayaran balik serta kemudahan pesanan atau surat lampiran.
  • Selamat dan boleh dibayar balik.
  • RM2.00 komisen untuk setiap Kiriman Wang

 

 

Wang Pos

Ciri-ciri Kelebihan Kadar Bayaran
  • Cara paling mudah untuk mengirim wang dalam jumlah yang kecil
  • Kiriman bermula dari nilai denominasi tetap RM1.00 hingga RM100.00
  • Boleh digabungkan bergantung kepada jumlah kiriman
  • Boleh didapati di semua Pejabat Pos
  • Penebusan boleh dibuat di semua Pejabat Pos dan Pejabat Pos Mini
  • Tarikh luput adalah tiga (3) bulan dari hari terakhir bulan pengeluaran
  • Rangkaian Pejabat Pos yang meluas untuk pembelian atau penebusan Kiriman Wang
  • Penebusan kiriman Wang Pos Singapura dan Brunei diterima

Komisen adalah berdasarkan denominasi seperti berikut:

  • RM1-10 sen
  • RM2-20 sen
  • RM3-20 sen
  • RM4-20 sen
  • RM5-30 sen
  • RM10-50 sen
  • RM20-50 sen
  • RM30-50 sen
  • RM40-50 sen
  • RM50-60 sen
  • RM100-RM1.20

 

 

Wang Ekspress

Ciri-ciri Kelebihan Kadar Bayaran
  • Pengirim boleh mengirim wang dengan pantas (penebusan boleh dilakukan dalam masa sehari)
  • Jumlah maksimum sehingga RM10,000.00
  • Boleh didapati di semua Pejabat Pos
  • Penebusan boleh dibuat di semua Pejabat Pos berkomputer
  • Ruang disediakan untuk menulis pesanan ringkas termasuk nombor telefon
  • Rangkaian Pejabat Pos yang meluas untuk pembelian atau penebusan Kiriman Wang
  • Pengirim boleh menyertakan pesanan tanpa surat
  • RM6.00 komisen untuk setiap Kiriman Wang

 

 

Kiriman Wang Perdagangan atau Pembayaran waktu Terima (COD)

Ciri-ciri Kelebihan Kadar Bayaran
  • Sesuai untuk usahawan memperkenalkan produk dan perkhidmatan.
  • Melalui perkhidmatan Kiriman Bungkusan Pejabat Pos, pengirim boleh mengirim produk kepada pelanggan.
  • Pembayaran akan dikenakan apabila bungkusan diterima oleh pelanggan/penerima.
  • Bayaran ditukar kepada Kiriman Wang Domestik dan dihantar kepada pengirim
  • Pengirim akan menebus pembayaran Kiriman Wang melalui mana-mana bank komersil atau Pejabat Pos
  • Kami membantu anda untuk mengutip pembayaran bagi jualan barangan dan perkhidmatan anda
  • Jimat masa dan wang
  • Kiriman Wang Perdagangan juga boleh dibuat dengan Singapura dan Brunei
  • Komisen adalah berdasarkan jumlah yang diisytiharkan oleh pengirim

 

International Express Money Order (IEMO)

A. Umum

  1. Apakah International Express Money Order (IEMO)?

    Merupakan Produk Pos untuk penerimaan dan penghantaran wang ke luar negara.

    Kirim Wang (ke): Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Bangladesh

    Terima Wang (daripada): Indonesia dan Kemboja

    Kelebihan IEMO adalah:

    • Tunai kepada tunai
    • Murah, kadar yuran tetap – Hanya RM8.48 (dibulatkan kepada RM8.50)
    • Selamat
    • Pantas (Kiriman & Penebusan boleh dibuat pada hari yang sama)

  2. Siapa yang sesuai menggunakan khidmat IEMO?
    • Warga Indonesia / Vietnam / Kemboja / Bangladesh yang bekerja / bermastautin / belajar di Malaysia
    • Warga Malaysia yang bekerja / bermastautin / belajar di Indonesia  / Vietnam / Kemboja / Bangladesh
    • Pelancong yang memerlukan wang tunai segera atau dalam kecemasan

B. Kiriman wang dari Malaysia

  1. Apa yang perlu saya sediakan untuk melakukan transaksi IEMO?

    Anda perlu sediakan dokumen serta maklumat berikut:

    • Pasport asal berserta sekeping salinan pasport (bagi Bukan Warganegara Malaysia)
      atau
      Kad MYKAD/Tentera/Polis asal berserta sekeping salinan kad pengenalan tersebut (Bagi Warganegara Malaysia)
    • Maklumat Penerima
      • Nama
      • Alamat
      • Nombor telefon + Nombor Pengenalan (Pasport atau Kad Pengenalan)
      • Kod Rahsia
      • Borang Kiriman Wang IEMO yang lengkap diisi (Pos MO 20) – borang boleh didapati di semua Pejabat Pos

  2. Apa langkah yang seterusnya?

    Pengirim perlu memaklumkan kepada penerima bahawa:

    • Transaksi pemindahan wang sudah dijalankan
    • Dua (2) butiran penting diperlukan untuk menuntut Wang Kiriman:
      • Nombor Pengenalan Antarabangsa dan
      • Kod Rahsia
    • Menuntut Kiriman Wang dalam tempoh 30 hari

  3. Adakah perkhidmatan ini disediakan di semua cawangan Pos Malaysia?

    Ya, perkhidmatan ini boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia.

  4. Apakah kaedah bayaran kepada penerima bagi Kiriman Wang?

    Tunai dan dalam matawang negara penerima.

  5. Apakah jumlah maksimum untuk pemindahan IEMO?

    Jumlah maksimum adalah USD 2,000 untuk setiap transaksi.

  6. Adakah penerima akan menerima jumlah kiriman wang yang tepat?

    Tidak, jumlah yang diterima adalah tidak tepat kerana ia bergantung kepada kadar pertukaran wang asing ketika penerima menebus wang tersebut di pejabat pos/pusat perkhidmatan negara masing-masing.

  7. Apa yang patut saya lakukan jika penerima tidak menerima wang tersebut?

    Sekiranya kiriman wang tidak dituntut dalam tempoh 30 hari, pengirim boleh mengemukakan borang tuntutan (yang boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia) untuk pembayaran balik.  Bayaran balik akan dibuat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan borang.


    Nota: Penebusan adalah untuk jumlah asal dan berdasarkan kadar tukaran wang asing semasa bayaran dilaksanakan.  Yuran yang dikenakan tidak akan dibayar balik.

  8. Bilakah Kiriman Wang akan diterima oleh penerima?

    Pada hari yang sama.

  9. Berapakah yuran yang dikenakan untuk khidmat IEMO?

    RM8.48 sahaja (dibulatkan kepada RM8.50) (untuk sebarang amaun Kiriman Wang)

C. Terima wang di Malaysia

  1. Di mana saya boleh menuntut pindahan IEMO?

    Anda boleh menuntut wang di seluruh cawangan Pos Malaysia.

  2. Apa yang perlu saya sertakan untuk menerima pindahan IEMO?

    Anda perlu sertakan dokument/informasi berikut:

    • Pasport asal berserta sekeping salinan (Bukan Warganegara Malaysia)
      atau
      Kad MYKAD/Tentera/Polis asal berserta salinan (Warganegara Malaysia)
    • Borang Penerimaan Wang IEMO (Pos MO 21) yang lengkap diisi – boleh didapati di seluruh Cawangan Pos Malaysia (disediakan oleh pengirim)
    • Nombor Pengenalan Antarabangsa (disediakan oleh pengirim)
    • Kod Rahsia

  3. Apakah jumlah maksimum yang boleh dituntut?

    RM 10,000.00 untuk setiap transaksi.

  4. Adakah saya akan menerima jumlah kiriman wang yang tepat?

    Tidak, jumlah wang yang diterima adalah bergantung kepada kadar pertukaran wang asing semasa tuntutan kiriman wang dibuat di cawangan Pos Malaysia.

  5. Apakah kaedah pembayaran?

    Tunai dan dalam mata wang tempatan iaitu Ringgit Malaysia (RM).

  6. Adakah penerima dikenakan sebarang bayaran perkhidmatan?

    Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada penerima

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan di 1300-300-300

Insurans dan Takaful

Pos Hayat

 

Berdasarkan konsep insurans untuk rakyat dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap ahli masyarakat mempunyai perlindungan insurans hayat, Pos Malaysia dengan kerjasama Gibraltar BSN Life mengambil inisiatif untuk memperkenalkan POS Hayat, satu insurans hayat berkelompok yang menawarkan perlindungan asas pada harga yang amat berpatutan.

 

Kini POS Hayat ditambah nilai dengan perlindungan manafaat tunai hospital setinggi RM 70 disebabkan demam denggi dan perlindungan kehilangan nyawa disebabkan demam denggi.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini.

 

Pos Bestari

 

Ramai diantara kita merasa sukar untuk menyimpan serta mendapatkan perlindungan insurans hayat, dan kosnya yang dianggap tinggi. Hakikatnya, ada jalan penyelesaian bijak yang boleh diambil untuk mendapatkan kedua-duanya.

 

Pos Malaysia dengan kerjasama Gibraltar BSN, kini memperkenalkan POS Bestari, pelan perlindungan insurans hayat seumur hidup yang menggabungkan perlindungan insurans serta simpanan sehingga umur 88 tahun untuk masa depan yang lebih terjamin.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini.

 

Untuk keterangan lanjut bagi insuran POS Bestari dan POS Hayat, sila kunjungi Pejabat Pos yang berhampiran atau hubungi Pegawai Pembangunan Perniagaan kami di nombor yang tertera dibawah:

 

Senarai Nama Pegawai Pembangunan Perniagaan

 

NAMA

NO. TEL

WILAYAH

EMAIL

1

Zuhaimi Othman

019-656 9842

TENGAH

zuhaimi@pos.com.my

2

Azrul Shaffizam Jamri

013-9109003

PANTAI TIMUR

azrul.jamri@pos.com.my

3

Mohd Muzamir Makhtar

012-558 7211

UTARA

muzamir@pos.com.my

4

Joura Lian

016-810 1057

SABAH

joura@pos.com.my

5

Maliki Affandi

019-8173327

SARAWAK

maliki@pos.com.my

Insurans Kenderaan

Setiap kenderaan di Malaysia wajib mempunyai insuran kenderaan untuk kegunaan di jalan raya. Insurans kenderaan ini melindungi anda dari sebarang kecelakaan yang berlaku seperti kehilangan kenderaan, kemalangan, kecurian dan juga kebakaran.

 

Jenis-jenis Insurans Kenderaan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia:

  1. Insurans Komprehensif - Kenderaan Persendirian
  2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian – Kenderaan Persendirian
  3. Insurans Pihak Ketiga – Kenderaan Persendirian 
  4. Insurans Komprehensif – Motosikal 
  5. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian - Motosikal
  6. Insurans Pihak Ketiga – Motosikal

  

Panel Insurans yang terdapat di Pos Malaysia :

  1. AIG Malaysia Insurance Berhad
  2. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  3. Amgeneral Insurance Berhad (Also known as Kurnia Insurance)
  4. AXA Affin General Insurance Berhad
  5. Etiqa Takaful Berhad
  6. Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad (Previously known as Overseas Assurance Corporation (Malaysia)
  7. Liberty Insurance Berhad (Previously known as Uni.Asia General Insurance Berhad)
  8. MPI Generali Insurance Berhad
  9. RHB Insurance Berhad
  10. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  11. The Pasific Insurance Berhad
  12. Tune Protect Malaysia (Also known as Tune Insurance Malaysia Berhad)
  13. Zurich Insurance Malaysia Berhad
  14. Zurich Takaful Malaysia Berhad (Previously known as MAA Takaful Berhad)

 

undefinedundefined undefined undefined     

 undefinedundefined 

undefinedundefined   undefined  

Perlindungan Insurans Peribadi yang disediakan adalah seperti dibawah: 

  • Plan Pendapatan Tunai Hospital Pos Malaysia

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini.

 

  • Pos Insurans 1 Malaysia Pelan Keluarga

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini.

 

  • Pos Insurans 1 Malaysia Plan Individu

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini.

 

  • Pos Auto Assist

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini

 

  • Pos Motor Shield PA

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini

 

  • Pos Auto Ikhtiar

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini

 

  • Takaful Driver and Passenger

           Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini

 

  • Takaful Flexi PA

           Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini

 

  • Critical Guard

           Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila kunjungi pejabat pos yang terdekat. 

 

  • Maid Protector

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini.

 

  • House Owner House Holder

           Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila kunjungi pejabat pos yang terdekat

 

  • Foreign Worker

           Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila kunjungi pejabat pos yang terdekat

 

  • Pos Festive Insurans

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini

 

  • Pos Khairat Takaful

          Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, sila klik disini

 


Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi Pejabat Pos yang berhampiran.

Perancangan dan Pentadbiran Harta

Perancangan dan Pentadbiran Harta

 

Rujukan Pentadbiran Harta Pusaka merupakan projek kerjasama strategik antara Amanah Raya Berhad dan Pos Malaysia Berhad di mana bakal pelanggan AmanahRaya boleh memulakan langkah pertama bagi membuat Permohonan Perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka di AmanahRaya dengan mengunjungi mana-mana 596 Cawangan Pos Malaysia di Semenanjung Malaysia.

 

Perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka di AmanahRaya dapat memberikan penyelesaian kepada kes-kes pentadbiran pusaka yang tertangguh dan agak kompleks. Dengan kepakaran dan pengalaman lebih daripada 90 tahun dalam bidang Pentadbiran Harta Pusaka, AmanahRaya mampu menguruskan pembahagian Harta Pusaka kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum syariah dan undang-undang sivil.

 

Bagi memulakan proses Pentadbiran Harta Pusaka, pelanggan kini boleh mendapatkan Borang Permohonan Perkhidmatan Mentadbir Harta Pusaka AmanahRaya di Pos Malaysia dengan membawa salinan kad pengenalan pemohon, salinan sijil mati (yang telah disahkan) dan bayaran sebanyak RM55.30 (termasuk GST).

 

Untuk keterangan lanjut mengenai Pentadbiran Harta Pusaka, sila hubungi CARELine AmanahRaya di talian 03-2072 9999 atau layari laman sesawang www.amanahraya.com.my.

Lihat brosur kami di sini.

Perkhidmatan Penulisan Wasiat (Muslim & Bukan Muslim) boleh di lakukan di 13 Pejabat Pos Malaysia yang terpilih di Seluruh Semenanjung Malaysia. Objektif utama adalah memberi pendedahan mengenai kepentingan penulisan wasiat bagi mengelakkan harta pusaka terbeku dan sukar untuk di selesaikan. Memberi fokus kepada golongan yang berisiko tinggi terjadinya permasalahan dalam pentadbiran pusaka selepas kematian.

 

Bayaran RM371 (termasuk GST) sekali seumur hidup dan Pindaan Percuma. Dapatkan Borang Wasiat Asas (BWA), sertakan Salinan ID pemohon dan berjumpa pegawai Pos Malaysia untuk pendaftaran.

 

Perkhidmatan Rujukan Pusaka boleh dilakukan di semua Pejabat Pos Malaysia di seluruh Semenanjung Malaysia. Pos Malaysia akan menjadi penghubung kepada orang ramai untuk membuka fail pusaka dan seterusnya segala pentadbiran akan di laksanakan oleh MyAngkasa Amanah Berhad sehingga selesai mengikut persetujuan semua waris.

 

Bayaran RM53 (termasuk GST) dikenakan semasa pendaftaran kes Rujukan Pusaka Di Pos Malaysia. Manakala bayaran 2% daripada nilai asset dikenakan setelah fail di tutup. Dapatkan Borang Pemakluman Kematian (BPK), sertakan Salinan sijil mati, ID Pemohon dan berjumpa pegawai Pos Malaysia untuk pendaftaran.

 

Untuk keterangan lanjut dan segala permasalahan mengenai produk, hubungi kami di talian mesra pengguna 03-7887 5600 dan bercakap terus dengan pegawai kami atau email sahaja di admin@myangkasaamanah.com.my untuk tindakan pantas.

Unit Amanah

Amanah Saham Nasional Berhad

 

undefined

 

PERKHIDMATAN

KEWANGAN

 

HARGA TETAP

ASB2, AS1M, ASM, ASB,  ASW, ASD

Pelaburan tambahan dan Jualan Balik

 

HARGA BERUBAH

ASN, ASN2, ASN3, ASG

BUKAN KEWANGAN

  • Pendaftaran
  • Pertukaran dari akaun remaja ke Dewasa ASB
  • Penggantian buku akaun
  • Transaksi Skim antara ASN & ASB
  • Bantuan Khairat
  • Pertukaran maklumat peribadi

 

Perbankan

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Deposit tunai
  • Pengeluaran tunai
  • Bayaran balik pinjaman

Untuk maklumat tambahan, sila klik disini

 JENIS

PERKHIDMATAN

Transaksi (melalui kaunter)

Deposit tunai - simpanan & semasa

Pengeluaran tunai - simpanan

Bayaran Pinjaman

Pindahan dari Akaun Simpanan ke Akaun Simpanan / Semasa

Pindahan GIRO antara Bank

Untuk maklumat tambahan, sila klik disini.