Facebook Twitter Instagram You Tube

Perkhidmatan Mel Ekspress (EMS) merupakan perkhidmatan pos antarabangsa yang disediakan oleh pengendali perkhidmatan pos di bawah Universal Postal Union (UPU).

 

Rangkaian EMS ini menghubungkan 177 pengendali pos seluruh dunia dan menyediakan khidmat menyeluruh dengan sokongan negara ahli UPU.

 

Perkhidmatan ini boleh diperoleh di semua cawangan Pos Laju dan Pejabat Pos seluruh negara dengan penghantaran ke 232 destinasi seluruh dunia.

 

Ciri-ciri istimewa EMS:

  • Perkhidmatan penghantaran yang dipercayai dan pantas
  • Penghantaran dari pintu ke pintu
  • Untuk kiriman dokumen atau barangan
  • Keutamaan pengendalian diberikan bermula dari masa penghantaran sehingga tiba ke destinasi
  • Perkhidmatan jejak dan kesan untuk ketelusan sepanjang penghantaran
  • Resit penerimaan
  • Caj kiriman berdasarkan berat atau berat volumetrik, atau mana-mana yang lebih tinggi
  • Insurans disediakan sebagai pilihan. Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut
  • Perlindungan dan ganti rugi sehingga kadar maksimum yang dibenarkan berdasarkan Terma dan Syarat

 

Sila klik di sini untuk Terma dan Syarat Perkhidmatan Express Mail Service (EMS)

 

Sila klik di sini untuk kadar baharu dan zon EMS bermula 1 September 2016

 

Sila klik di sini untuk Anggaran Masa Penghantaran dan Had Berat EMS bermula 1 September 2016

 

Kini kami menawarkan Perkhidmatan On Demand Pick Up untuk EMS. Hanya dail 1-300-22-LAJU(5258) untuk menikmati kemudahan penghantaran ke serata dunia tanpa perlu meninggalkan premis anda. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan PosLine di 1-300-300-300 atau e-mel kepada care@pos.com.my.