Sila Pilih Kategori

PosDaftar

PosDaftar adalah perkhidmatan tambah nilai untuk penghantaran barangan atau dokumen yang penting dan dihantar kepada penerima dengan bukti serahan serta ciri-ciri Jejak dan Kesan melalui sistem “Track & Trace”.

Resit akan dikeluarkan sebagai bukti penghantaran.

Penerima akan menurunkan tanda tangan semasa menerima barangan atau surat tersebut.

Pampasan akan diberi sekiranya berlaku kehilangan mahupun kerosakan, (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pos Malaysia Berhad)

Terdapat 2 perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan oleh PosDaftar. Anda perlu membayar bayaran pos tambahan bagi perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

  • Makluman Penerimaan (AR)
    • Anda akan menerima makluman apabila barangan anda telah diterima mengikut alamat penerima.
    • Tandakan pada kotak AR di label barkod PosDaftar- dapatkan kad AR di kaunter pos.
    • Bayar yuran AR dalam bentuk setem bernilai (0.60 sen dalam negara Malaysia, dan 1.50 untuk negara-negara lain)
    • Tampalkan setem di atas sudut kanan pada penjuru sampul dan sertakan sekali kad AR pada barangan PosDaftar
  • Insuran
    • Tandakan pada kotak INSURED di label barkod PosDaftar dan masukkan jumlah yang ingin diinsurankan
    • Bayar yuran insuran dalam bentuk setem
    • Yuran Insuran adalah RM 3.00 bagi setiap RM100 nilai yang diinsurankan atau sebahagian daripadanya.
    • Tampalkan setem di atas penjuru kanan sampul surat
    • Bagi penghantaran domestik, jumlah nilai minimum adalah RM 100 dan maksimum berjumlah RM3000
    • Fagi penghantaran ke luar negara, had dan jenis barangan adalah bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan peraturan yang ditetapkan oleh negara berkaitan. Anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut di pejabat-pejabat pos yang berhampiran.

Pelanggan boleh mendaftar mel menggunakan sampul surat biasa dengan cara:

  • Dapatkan label PosDaftar daripada kaunter pos.
  • Lengkapkan mengikut arahan.
  • Serahkan item kepada petugas kaunter.
  • PosDaftar mestilah diserahkan di kaunter dan bukannya dimasukkan di mana-mana peti surat.

Label domestik

  • Boleh didapati dengan harga RM 2.20 setiap satu termasuk bayaran timbang sehingga 20g.
  • Bagi barangan yang melebihi 20g, pelanggan boleh menampal setem tambahan di sudut atas sebelah kanan pada sampul surat.
  • Bagi penghantaran domestik, label ini dapat mengesan barangan dihantar sehingga sampai ke alamat penerima.

PosDaftar Fee Details

Type Description Old Charges New Charges Remark
Track On 1
RD
Domestic
(Dalam Negara)
RM 1.70 RM 2.20 Registration fees (RM 1.60) and posting fees less than 20g (RM 0.60)
Track On 2
RR
International
(Luar Negara)
RM 3.90 RM 4.60 Dijual pada harga RM 4.60 setiap satu (RM 1.60 bagi yuran pendaftaran dan RM 3.00 bagi caj penghantaran luar negara) tidak termasuk bayaran pos.
Track On 3
RF
Domestic
(Pejabat Pertukaran Mel)
Free Free Office of Exchange
Track On 4
RS
Postal Service
(Urusan Pos)
Free Free Official use
Track On 6
RP
Domestic RM 1.40 RM 1.60 Posting fees exemption
Track On 7
RA
Domestic
(Effective 1 December 2011)
- RM 2.80 Registration fees (RM1.60), posting fees less than 20g(RM0.60) and  AR service fee (RM0.60)
Sampul PosDaftar
SP 1
Domestic
(Dalam Negara)
RM 2.00 RM 2.50
  1.  Registration fees and posting fees less than 50g
  2.  3.0mm thickness

* POSTING FEES FOR POSDAFTAR ITEMS ARE SUBJECT TO SIZE AND WEIGHT ONLY.

Label bagi barangan yang didaftarkan bagi destinasi luar negara

  • Dijual pada harga RM 4.60 setiap satu (RM 1.60 bagi yuran pendaftaran dan RM 3.00 bagi caj penghantaran luar negara) tidak termasuk bayaran pos.
  • Bayaran pos adalah berdasarkan kepada berat barangan dan destinasi negara yang ingin dihantar.
  • Manakala bagi penghantaran ke destinasi luar negara, pengesanan hanya dapat dilakukan di pejabat pertukaran atau pusat mel di Malaysia. Sila hubungi Posline di talian 1 300 300 300 untuk status terkini.

Alternatifnya , anda boleh membeli Sampul Posdaftar khas (SP1) di pejabat pos dengan harga RM 2.50 setiap satu iaitu termasuk caj Posdaftar dan bayaran pos bagi barangan yang mempunyai berat 50 g. Namun, sampul surat ini hanya untuk kegunaan penghantaran dalam negara sahaja.

Jika PosDaftar tidak dapat diposkan disebabkan perkara-perkara tertentu atau tidak dituntut, ia akan dikembalikan kepada pengirim selepas15 hari kalendar. Sila pastikan bahawa alamat anda dituliskan dengan lengkap di atas barangan tersebut.

Pelanggan boleh menyemak status penghantaran melalui:

Telefon

  • Hubungi pejabat pos yang berhampiran atau hubungi PosLine di talian 1 300 300 300

Internet

  • www.pos.com.my

Datang sendiri

  • Dapatkan borang penyemakan status di pejabat pos yang berhampiran, lengkapkan dan serahkan kepada pejabat pos

Segala pertanyaan berkenaan PosDaftar perlu dibuat tidak lebih daripada 6 bulan dari tarikh Pengeposan.

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

ATAU

Hubungi Jabatan Penjagaan Pelanggan kami di:

Nombor talian Posline 1 300 300 300 (tempatan) atau
603 – 27279100 (luar)
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat : 8.30 pagi to 8.00 malam
Sabtu: 8:30 pagi to 5:00 ptg

( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum ).
Fax 03-2273 3927
E-mail care@pos.com.my