Ringkasan

Barangan yang dibawa masuk ke negara ini adalah tertakluk kepada cukai oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia. Mereka akan memeriksa dari segenap sudut dan cukai mestilah dijelaskan sebelum barangan tersebut boleh dikeluarkan.

Seperti barangan lain, semua item pos yang dibawa masuk juga perlu melalui pemeriksaan di KLIA Sepang, Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu, Pejabat Pos Miri, Pejabat Pos Bintulu, Pejabat Pos Sibu, Pejabat Pos Besar Kuching, Pejabat Pos Besar Johor Bahru, Pejabat Pos Besar Ipoh dan Pejabat Pos Besar Butterworth. Pegawai pemeriksaan kastam sedia membantu pelanggan jika menghadapi sebarang masalah.

Ciri-ciri

Pegawai Pos Malaysia bertanggungjawab untuk memberitahu pelanggan bagi menuntut barangan mereka di pejabat pos yang berkenaan.

Arahan

Sebelum barangan boleh dikeluarkan daripada pejabat pos yang berkenaan, pelanggan perlu menilainya dan membayar caj cukai yang dikenakan.

Jika pelanggan tidak boleh menuntut barangan mereka di pejabat pos, mereka boleh melantik Pos Malaysia Berhad selaku ejen mereka. Pos Malaysia akan mengenakan caj dengan kadar yang berpatutan dan barangan pelanggan boleh melalui proses pemeriksaan dan boleh dikeluarkan apabila semua proses tersebut selesai.

Pos Malaysia Berhad akan membuat pelepasan kastam dan menuntut barangan bagi pihak pelanggan. Pelanggan perlu membuat bayaran caj cukai yang di kenakan di Pejabat Pos yang berdekatan dan mengambil barang tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

ATAU

Hubungi Jabatan Penjagaan Pelanggan kami di:

Nombor talian Posline 1 300 300 300 (tempatan) atau
603 – 27279100 (luar)
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat : 8.30 pagi to 8.00 malam
Sabtu: 8:30 pagi to 5:00 ptg

( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum ).
Fax 03-2273 3927
E-mail care@pos.com.my