Cara paling mudah untuk menghantar bungkusan anda.
Jika biasanya anda membungkus dahulu barangan atau dokumen anda, baru menimbang berat dan seterusnya membayar untuk penghantaran, kini tidak perlu lagi. Dengan Kotak dan Sampul Prabayar PosLaju, kami perkenalkan cara paling mudah untuk menghantar bungkusan anda. Hanya perlu beli kotak/sampul Prabayar PosLaju, bungkus dan terus hantarkan.

Kotak/Sampul Prabayar PosLaju hanya untuk kegunaan dalam Semenanjung Malaysia sahaja dan boleh didapati di lebih 300 cawangan termasuklah PosLaju, Pejabat Pos dan agen jualan terpilih di Semenanjung Malaysia.

Cara Menggunakan
1. Beli Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar di mana-mana pusat jualan yang terpilih.
2. Isikan slip pengeposan (borang PL1A) yang disertakan bersama Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tersebut.
3. Masukkan slip pengeposan (borang PL1A) di dalam poket plastik tersedia pada Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tetapi JANGAN tutup pelekat tepi poket plastik tersebut.
4. Serahkan Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar kepada Pusat PosLaju atau Pejabat Pos yang berdekatan untuk pengeposan.

Ciri-ciri dan Kelebihan
-PENGHANTARAN EKSPRESS: Serahan esok hari, tertakluk di dalam kawasan Serahan PosLaju dan hari bekerja sahaja
-Lengkap dengan sistem Track & Trace
-Lengkap dengan bukti penerimaan bungkusan
-Tuntutan gantirugi untuk kehilangan/kerosakan sehingga Rm300*. PosLaju tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan lebihan had berat atau isi kandungan terlarang
*Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
a. Pusat Khidmat Pelanggan di talian PosLine 1-300-300-300
dari 8:30 pagi – 8:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan
dari 8:30 pagi – 5:00 petang pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum)
b. Layari www.poslaju.com.my atau www.pos.com.my

 

Jenis: Sampul Prabayar S
Saiz: 280mm x 200mm
Berat Maks.: 500g
Harga: RM6

 

Jenis: Sampul Prabayar L
Saiz: 380mm x 320mm
Berat Maks.: 1kg
Harga: RM9

 

Jenis: Kotak Prabayar S
Saiz: 340mm x 250mm x 80mm
Berat Maks.: 2kg
Harga: RM13

 

Jenis: Kotak Prabayar M
Saiz: 340mm x 250mm x 150mm
Berat Maks.: 5kg
Harga: RM20

 

Jenis: Kotak Prabayar L
Saiz: 380mm x 320mm x 200mm
Berat Maks.: 10kg
Harga: RM30