UTAMA PERKHIDMATAN FAQ  POS DAFTAR
Sila Pilih Kategori

POS DAFTAR

  1. Apakah perkhidmatan PosDaftar?
  2. Perkhidmatan PosDaftar adalah merupakan perkhidmatan penghantaran surat yang selamat dan berdaftar bagi dokumen penting dan dan berharga terus ke tangan penerima. Penghantaran item berupa paket-paket kecil yang kurang daripada 2kg juga boleh didaftarkan.

  3. Apakah kandungan berharga yang tidak boleh dihantar menggunakan sampul ini?
  4. Gantirugi tidak akan dibayar jika wang tunai, wang bank, cek pengembara, sijil-sijil saham dan sekuriti, batu permata dan logam berharga, lukisan dan ukiran bernilai diposkan.

  5. Apakah akibatnya jika pelanggan menghantar barang-barang larangan tersebut?
  6. Barangan tersebut akan ditahan sementara dan pelanggan akan dihubungi oleh pihak Pos Malaysia Berhad.

  7. Bagaimana menggunakannya?
  8. Kaedah penghantaran dengan cara menggunakan sampul surat biasa dan membeli label PosDaftar, lekatkan label pada sampul surat serta mengisikan maklumat seperti yang diperlukan. Selain itu dengan membeli sampul khas PosDaftar yang berharga RM2.50, hanya boleh digunakan bagi destinasi domestik sahaja. Berat maksimum untuk menikmati kemudahan ini adalah 20gm untuk sampul biasa manakala 50gm bagi sampul khas. Sekiranya pelanggan melebihi berat yang ditetapkan, pelanggan perlu menambah harga setem mengikut kadar berat item tersebut.

  9. Apakah ciri-ciri yang ada pada sampul khas PosDaftar yang telah siap ditampal label berbarkod yang dijual untuk kemudahan pelanggan tersebut?
  10. a. Kegunaan - Pengiriman domestik sahaja b. Saiz sampul - 240 mm x 129 mm
    c. Saiz label barkod - 85 mm x 90 mm
    d. Bilangan label ’die-cut’ - 5
    e. Harga - RM 2.50
    f. Berat isikandungan (tanpa bayaran setem tambahan) - 50 gram

  11. Dimanakah label dan sampul khas Posdaftar tersebut dijual?
  12. Label PosDaftar dan sampul khas PosDaftar (domestik sahaja) dijual di semua kaunter Pejabat Pos Besar, Pejabat Pos, Pejabat Pos Mini dan Wakil Pos setiap negeri.

  13. Apakah caj pendaftaran yang dikenakan untuk perkhidmatan PosDaftar ini?
  14. a. Destinasi domestik - RM2.20, termasuk bayaran pos bagi item yang tidak melebihi berat 20gm.
    b. Destinasi Antarabangsa - RM4.10, tidak termasuk bayaran pos.

  15. Apakah berat minimum dan maksimum untuk pengeposan perkhidmatan PosDaftar ini?
  16. a. Minimum : 20 gm
    b. Maksimum : 2 kg

  17. Apakah perkhidmatan tambahan yang disediakan bagi PosDaftar?
  18. a. Kad Pemberitahuan Penerimaan (AR) bagi kegunaan domestik dan internasional.
    Perlu ditampal pada item PosDaftar beserta setem (RM0.60 untuk domestik, RM1.50 untuk Singapura dan Brunei serta RM1.50 untuk luar negara) untuk bayaran perkhidmatan AR tersebut.
    b. Insurans
    Domestik :Kadar minimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM100, Kadar maksimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM3000. Internasional :Kadar minimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM100, Kadar maksimum adalah mengikut negara tempat tuju.

  19. Apakah kelebihan PosDaftar?
  20. a. Perkhidmatan penghantaran yang selamat dan berdaftar.
    b. Penghantaran terus ke tangan penerima.
    c. Menggunakan label khas berbarkod.
    d. Mempunyai barkod untuk jejak dan kesan.
    e. Mempunyai resit mengepos dan akuan terimaan.

  21. Adakah status penghantaran PosDaftar ini boleh dijejak kesan sehingga serahan kepada penerima?
  22. Ya. Status penghantaran item PosDaftar boleh diketahui melalui:
    a. Talian Khidmat Pelanggan POSLINE di 1 300 300 300
    b. sistem Jejak & Kesan (Track & Trace) di laman web www.pos.com.my

  23. Adakah PosDaftar mempunyai bukti serahan (POD)?
  24. Ya.

  25. Berapa jenis label PosDaftar yang disediakan dan apakah ciri-ciri bagi setiap jenis label tersebut?
  26. Terdapat lima jenis label berbarkod yang akan ditampal pada setiap PosDaftar untuk tujuan pengimbasan dan pengesanan melalui sistem ’Track-On’. Label-label yang berbarkod yang digunakan dalam sistem ’Track-On’ mempunyai ciri-ciri berikut:

    TrackOn 1
    Dalam Negeri

    Track-On 2
    Ke Luar Negeri

    Track-On 3
    Dari Luar Negeri

    Harga RM 2.20

    Harga RM 4.10

    -

    Warna Merah

    Warna Biru

    Warna Pink

    Pengiriman domestik

    Pengiriman ke luar negeri

    Dari luar negeri untuk serahan dalam negeri

    13 digit alpha numeric
    (RD12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.

    13 digit alpha numeric
    (RR12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.

    13 digit alpha numeric
    (RF12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.

    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.

    Die-cut A
    Resit serahan

    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter

    Die-cut C
    Rekod Hantaran

    Die-cut D
    Rekod Serahan

    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan

    4 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.

    Die-cut A
    Resit serahan

    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter

    Die-cut C
    Rekod Hantaran

    Die-cut D
    Simpanan digunakan mengikut keperluan

    3 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.

    Die-cut A
    Resit serahan

    Die-cut B
    Rekod Hantaran

    Die-cut D
    Rekod Serahan

    Track-On 4
    Urusan Pos

    Track-On 5
    Dalam Negeri

    Track-On 6
    PDRM

    -

    Harga RM 1.60

    Harga Rm 1.60

    Warna Hijau

    Warna Merah

    Warna Coklat

    Urusan Pos Malaysia

    Pengiriman domestik bagi pelanggan yang mendapat keistimewaan pengecualian bayaran pos.

    Pengiriman domestik bagi pelanggan yang mendapat keistimewaan pengecualian bayaran pos.

    13 digit alpha numeric
    (RS12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.

    13 digit alpha numeric
    (RP12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.

    13 digit alpha numeric
    (RP12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.

    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.

    Die-cut A
    Resit serahan

    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter

    Die-cut C
    Rekod Hantaran

    Die-cut D
    Rekod Serahan

    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan

    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.

    Die-cut A
    Resit serahan

    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter

    Die-cut C
    Rekod Hantaran

    Die-cut D
    Rekod Serahan

    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan

    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.

    Die-cut A
    Resit serahan

    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter

    Die-cut C
    Rekod Hantaran

    Die-cut D
    Rekod Serahan

    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan

     

  27. Apakah syarat-syarat pengeposan bagi perkhidmatan PosDaftar ini?
  28. a. sampulnya kemas serta kukuh dan tidak ada kesan sampulnya telah dibuka dan ditutup semula atau setemnya telah ditanggalkan. Barang pos seperti peket yang tidak ditutup dengan menggunakan bahan pelekat hendaklah diikat dengan tali secara kemas. Tali ikatan bagi kertas bercetak termasuk surat khabar yang diterima untuk didaftarkan mestilah boleh dibuka untuk diperiksa; mengikut peraturan bagi penerimaan dan penghantaran barang-barang melalui pos;
    b. nama dan alamat lengkap penerima hendaklah dicatatkan dengan terang dalam tulisan rumi. Bagi sampul surat bertingkap mestilah jelas kelihatan nama dan alamat penerima. Barang yang menggunakan nama ringkas penerima tidak boleh didaftarkan;
    c. nama dan alamat pengirim dicatatkan di bahagian belakang sampul atau pembalut.
    d. pengirim telah mengisi maklumat yang diperlukan pada label dan resit mengepos PosDaftar dan menampal label ’Track-On’ PosDaftar ini disebelah kiri alamat penerima;
    e. catatan akuan nilai isi kandungan di sampul tidak dibenarkan kecuali pada Label Ikrar Kastam (PosMel 23/CN22), jika diperlukan. Pengirim yang mencatatkan akuan nilai isi kandungan mestilah memberitahu bahawa barang berkenaan hanya boleh dihantar melalui perkhidmatan insurans dengan syarat ada perkhidmatan insurans di tempatuju;
    f. pengeposan tidak bertentangan dengan peraturan bagi hantaran melalui perkhidmatan pos;
    g. bayaran mencukupi bagi bayaran pos dan caj perkhidmatan PosDaftar.

  29. Sekiranya pelanggan ingin membeli sampul PosDaftar secara pukal (banyak), adakah diskaun atau rebet diberikan?
  30. Tidak.

  31. Jika penerima tiada di rumah, bagaimanakah serahan dilakukan?
  32. Kad Pemberitahuan akan ditinggalkan supaya penerima boleh menuntut di pejabat serahan yang berdekatan. Sekiranya penama tiada, wakil penama juga boleh menuntut item PosDaftar tersebut dengan membawa Kad Pengenalan / Pasport sebagai bukti pengenalan diri.

  33. Berapa lamakah tempoh pertanyaan atau tuntutan berkaitan serahan item PosDaftar ini boleh dibuat?
  34. Pertanyaan atau tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengeposan dengan menggunakan borang rasmi dan hendaklah disertakan dengan Resit Pengeposan Kad AR bercap rasmi Pos Malaysia.

  35. Bagaimanakah sekiranya pertanyaan, aduan atau tuntutan item PosDaftar ini dikemukakan selepas 6 bulan?
  36. Pertanyaan, aduan atau tuntutan item PosDaftar ini dikemukakan selepas 6 bulan tidak akan dilayan. Sila rujuk label.

  37. Berapa lamakah tempoh simpanan item tersebut di pejabat serahan sebelum ianya dituntut oleh penerima?
  38. Tempoh simpanan item tersebut di pejabat serahan adalah 15 hari kalendar sebelum dikembalikan semula kepada pengirim.

  39. Dimanakah pertanyaan item PosDaftar ini boleh dibuat?
  40. Pertanyaan item Posdaftar boleh dibuat di semua kaunter pejabat pos atau menghubungi talian bantuan Pos Malaysia.

  41. Apakah talian bantuan yang boleh dihubungi?
  42. Anda boleh menghubungi:
    a. Pusat Khidmat Pelanggan di talian PosLine 1-300-300-300 dari 8:30 pagi hingga 9:00 malam setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu: 8:30 pagi hingga 5:00 petang (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum).
    b. e-mel ke care@pos.com.my atau layari laman web www.pos.com.my.