- Boleh tolong semakkan status kiriman wang saya?
Boleh encik berikan no siri kiriman wang encik?
Status kiriman wang encik ialah …………….(sudah dituntut / belum dituntut / sudah dihantar ke jabatan akta wang tak dituntut (unclaims money))
- Berapakah komisen kedua untuk lanjut tarikh untuk kiriman wang?
Kiriman wang – RM 2.00 untuk sekeping kiriman wang.komisen kedua sama seperti komisen semasa pertama kali membuat permohonan.
- Bagaimanakah proses untut saya membuat pertanyaan dan tuntutan?
Pengirim boleh membuat pertanyaan dan tuntutan dimana-mana pejabat pos atau menghantar surat pertanyaan dan tuntutan kealamat
CUSTOMER CARE
TINGKAT 6 IBU PEJABAT POS
KOMPLEKS DAYABUMI 50670 KUALA LUMPUR.
- Perlukah saya sertakan bersama surat kuasa syarikat (letter head) semasa membuat pertanyaan dan tuntutan?
Bagi pengirim/penerima syarikat perlu sertakan surat kuasa syarikat (letter head).
- Bolehkan saya wakilkan seseorang untuk membuat tuntutan?
-jika penerima/pengirim adalah SYARIKAT - boleh dengan membawa bersama surat kuasa syarikat (letter head) sebagai bukti wakil tuntutan.
-jika penerima/pengirim adalah INDIVIDU - tidak boleh melainkan sakit kronik yang telah diakui oleh pihak hospital dengan membawa surat pengesahan dari pihak hospital.
- Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon kembalian (refund)?
Dokumen yang diperlukan adalah keratan borang MO6 asal atau kiriman wang asal dan encik perlu mengisi borang pos MO37 dimana-mana pejabat pos berhampiran.jika pemohon adalah syarikat lampirkan sekali surat kuasa syarikat (letter head)
- Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon lantut tarikh (refund)?
Dokumen yang diperlukan adalah kiriman wang asal (MO9) dan encik perlu mengisi borang pos MO37 dimana-mana pejabat pos berhampiran. jika pemohon adalah syarikat lampirkan sekali surat kuasa syarikat (letter head)
- Berapa lamakah bagi tempoh proses kembalian / lanjut tarikh dari tarikh permohonan?
Kawasan dalam negeri – 2 minggu hari bekerja
Kawasan imo – bagi Indonesia , singapura dan brunei 2 minggu hari bekerja
Bagi lain-lain Negara 1 bulan hari bekerja
- Jika penerima/pengirim sudah meninggal dunia,apakah dokumen yang diperlukan untuk proses kembalian (refund)/ lantut tarikh (refund)?
jika suami/isteri - surat kematian,kad pengenalan pemohon dan surat nikah
jika anak/adik beradik – surat kematian,kad pengenalan dan surat beranak
- Jika kiriman wang melebihi 3 tahun,adakah Pelanggan layak untuk memohon kembalian (refund)/ lantut tarikh (refund)?
Layak dan permohonan kembalian boleh dimohon dimana-mana pejabat pos berhampiran tetapi proses kembalian hendaklah mendapat kelulusan ketua pegawai kewangan
- Berapa lamakah bagi tempoh proses kelulusan ketua pegawai Kewangan untuk permohonan kembalian (refund)/ lantut tarikh (refund)?
Tempoh pemprosesan adalah 3 bulan hari bekerja.