UTAMA PERIBADI BANTUAN & FAQPRODUK INSURANS

PRODUK INSURANS - INSURANS MOTOR

  1. Apakah jenis insurans kenderaan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia kepada pelanggan?
  2. Insurans kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggan di Pejabat Pos ialah:
    - Insurans Kenderaan Persendirian (Komprehensif & Pihak Ketiga)
    - Insurans Motorsikal (Komprehensif & Pihak Ketiga)
    - Insurans Kenderaan Komersil (hanya untuk MMIP)

  3. Siapakah Panel Insurans Motor untuk Pos Malaysia?
  4. Panel Insurans Motor untuk Pos Malaysia (setakat 1 Oktober 2010) adalah seperti berikut:
    - Kurnia Insurans
    - Allianz General Insurance
    - MAA Assurance
    - Etiqa Insurance & Takaful
    - Syarikat Takaful Malaysia
    - Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP)

  5. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membeli insurans di Pos Malaysia?
  6. Dokumen yang diperlukan adalah sangat minima, iaitu:
    - Nota Pembaharuan / Polisi Insurans terdahulu
    - Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (geran kereta); untuk rujukan no. chassis enjin

  7. Saya mempunyai NCD/NCB (No Claim Discount/No Claim Bonus) sebanyak 55% dari ejen insurans lain sebelum ini. Bolehkah saya mengekalkan NCD saya jika saya beli di Pejabat Pos?
  8. Ya, sistem insurans di Pos Malaysia menggunakan sistem NCD Online, di mana status NCD akan diperiksa & disahkan secara ‘online’ dan telah dikemaskini oleh semua syarikat insurans di Malaysia.

  9. Jika saya mempunyai masalah dengan status NCD saya, siapakah yang saya boleh hubungi?
  10. Pelanggan boleh menghubungi panel syarikat insurans yang terbabit untuk mendapatkan kepastian.

  11. Jika saya membeli insurans motor di Pejabat Pos, bilakah saya akan mendapat polisi insurans saya dari syarikat insurans?
  12. Sistem insurans di Pos Malaysia telah dipertingkatkan untuk membolehkan polisi insurans dikeluarkan kepada pelanggan dengan serta-merta, tidak perlu tunggu penghantaran polisi dari syarikat insurans.

  13. Apakah perlindungan tambahan yang boleh saya beli untuk insurans kenderaan saya?
  14. Tambahan perlindungan seperti disediakan oleh ejen insurans lain, iaitu:
    - Cermin (Windscreen)
    - LLP & LLoP (Legal Liability to Passenger & Legal Liability of Passenger)
    - Perlindungan Banjir
    - Perlindungan untuk aksesori kenderaan
    - Insurans PA untuk pemilik kenderaan

  15. Di manakah saya boleh beli insurans kenderaan ini?
  16. Insurans Kenderaan Motor ini boleh dibeli di lebih 700 pejabat pos yang mempunyai kemudahan online & JPJ

  17. Bolehkah saya melakukan transaksi ‘transfer name’ dan ‘endorsement’ insurans di Pejabat Pos?
  18. Maaf, transaksi ‘transfer name’ dan ‘endorsement’ tidak boleh dilakukan di Pejabat Pos buat masa ini. Pelanggan diminta untuk ke cawangan syarikat insurans terdekat untuk melakukan transaksi tersebut.