UTAMA PERIBADI BANTUAN & FAQFILATELI DAN AKAUN PESANAN TETAP/SODA

FILATELI DAN AKAUN PESANAN TETAP/SODA (STANDING ORDER DEPOSIT ACCOUNT)

  1. Apakah maksud filateli?
  2. Filateli boleh ditafsirkan sebagai mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti Sampul Surat Hari Pertama, Setem Khas, Setem Kenangan, Setem Definitif, Lembaran Mini, Surat Udara, Album Tahunan dan produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Pos.

  3. Apakah yang dimaksudkan dengan hari keluaran setem ?
  4. Hari keluaran setem merupakan hari pertama setem tema baru diperkenalkan dan dijual di kaunter pejabat-pejabat pos di seluruh negara.

  5. Berapakah jumlah keluaran Setem dalam tempoh satu tahun?
  6. Dianggarkan 14 hingga 17 keluaran setem tema baru dalam setahun (tertakluk kepada perubahan)

  7. Bagaimana untuk dapatkan senarai keluaran terkini?
  8. Senarai keluaran setem terkini boleh didapati di laman sesawang rasmi Pos Malaysia www.pos.com.my atau menghubungi Unit Setem dan Filateli di 03-2275 6569/6567

  9. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan produk filateli?
  10. Produk filateli boleh dibeli dengan tujuh cara:
    1. Pelanggan boleh mendaftar sebagai Akaun Pesanan Tetap atau Standing Order Deposit Account (SODA)
    2. Di semua Pejabat Pos Besar di seluruh negara
    3. Di Biro Setem dan Filateli yang terdapat di pejabat-pejabat pos terpilih di seluruh negara
    4. Membeli secara online di www.posonline.com.my
    5. Di Setem Galeri, Tingkat 2, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur
    6. Melalui pengedar-pengedar setem di seluruh negara
    7. Melalui tapak pameran dan jualan setem yang diadakan dari masa ke semasa (rujuk Unit Setem dan Filateli untuk pameran dan jualan setem yang akan datang)

  11. Adakah produk filateli boleh didapati di pejabat pos seluruh Malaysia?
  12. Bagi pembelian secara datang sendiri, Produk Filateli hanya boleh didapati di Pejabat Pos Besar di seluruh negara, Biro Setem dan Filateli yang terdapat di pejabat-pejabat pos terpilih di seluruh negara dan Galeri Setem dan Filateli di tingkat 2, Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur.

  13. Dimanakah lokasi Biro Setem dan Filateli ?
  14. Sila rujuk lampiran 1 untuk mengetahui lokasi-lokasi Biro Setem dan Filateli di seluruh negara

  15. Apakah itu SODA?
  16. SODA bermaksud ‘Standing Order Deposit Account’ atau Akaun Pesanan Tetap untuk pesanan produk-produk filateli secara langganan di mana pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli dan pesanan akan dihantar ke alamat penerima setiap kali keluaran setem tema baru. Pesanan akan dihantar selagi baki akaun mencukupi.

  17. Bagaimana menjadi ahli SODA?
  18. Terdapat 3 langkah mudah:

    Langkah 1
    Pelanggan perlu melengkapkan borang keahlian Akaun Pesanan Tetap yang boleh didapati seperti berikut:
    1. Laman sesawang rasmi Pos Malaysia www.pos.com.my
    2. Semua pejabat-pejabat pos di seluruh negara
    3. Di Setem Galeri, Tingkat 2, Pejabat Pos Besar, Bangunan Pos Malaysia Berhad
    4. Secara Online di talian www.posonline.com.my (pembayaran dan “top-up” di terima melalui pindahan bank secara online)

    Langkah 2
    Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bayaran deposit RM50.00 samada melalui penyerahan terus kepada kakitangan kaunter di Pejabat-pejabat pos, Biro-biro Filateli, di Setem Galeri atau secara online.
    Untuk serahan secara pos, bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang, Wang Pos atau Cek atas nama POS MALAYSIA BHD yang di hantar ke alamat berikut:

    Ketua
    Unit Setem dan Filateli
    Tingkat 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia
    Kompleks Dayabumi
    50670 Kuala Lumpur
    Nota: Keahlian Akaun Pesanan Tetap mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk di proses dari tarikh penerimaan bayaran untuk membolehkan penerimaan setem tema keluaran yang seterusnya

    Langkah 3
    Pihak filateli akan memaklumkan keahlian semasa penghantaran tempahan dan penyata Akaun Pesanan Tetap pertama kepada pelanggan.

  19. Bolehkah saya mendaftar secara atas talian ‘online’?
  20. Boleh. Pelanggan perlu melayari laman sesawang www.posonline.com.my dan mendaftar sebagai pengguna posonline terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai ahli SODA. Untuk mengaktifkan akaun SODA, pelanggan perlu membuat bayaran deposit RM50.00 secara pindahan bank atau ‘bank transfer’ dengan mana-mana bank yang ditawarkan oleh posonline.

  21. Bagaimanakah pesanan dihantar kepada saya?
  22. Pesanan pelanggan akan dihantar dengan menggunakan pos berdaftar setiap kali keluaran setem terkini.

  23. Adakah saya akan dikenakan caj bagi setiap penghantaran?
  24. Ya. Setiap penghantaran melalui pos akan dikenakan caj penghantaran surat berdaftar mengikut kadar yang di tetapkan oleh Pos Malaysia. Caj penghantaran tersebut akan ditolak dari baki Akaun Pesanan Tetap.

  25. Adakah saya dimaklumkan jika akaun saya telah habis atau tidak mencukupi?
  26. Ya . Tuan akan dimaklumkan melalui Penyata Akaun Pesanan Tetap yang dihantar setiap kali keluaran setem terkini.

  27. Bagaimana cara untuk saya membuat tambahan deposit ke dalam akaun saya?
  28. Pelanggan boleh membuat tambahan deposit ke dalam akaun melalui 3 cara:
    1. Membuat tambahan di pejabat-pejabat pos yang berdekatan yang tedapat di seluruh negara
    2. Melalui Pos dengan mengirim Wang Pos, Kiriman Wang atau cek atas nama POS MALAYSIA BHD dan di alamatkan ke Unit Setem dan Filateli, Kuala Lumpur. (alamat penuh seperti di S9)
    3. Secara atas talian ‘Online’ di www.posonline.com.my
    4. Melalui mesin PAM (Post Automated Machine) yang terdapat di lokasi pejabat-pejabat pos yang terpilih

  29. Berapakah had umur untuk membuka keahlian SODA?
  30. Tiada had umur yang dikenakan untuk menjadi ahli SODA

  31. Apakah faedah yang boleh saya perolehi dengan menyertai SODA?
  32. Pemegang akaun SODA:
    1. Tidak perlu tergesa-gesa ke pejabat pos terutama pada hari bekerja bagi mendapatkan setiap keluaran terkini
    2. Dapat menjimatkan masa dan tidak perlu beratur panjang untuk membeli keluaran terkini
    3. Tidak akan terlepas keluaran terkini kerana tempahan akan dihantar terus ke alamat penerima
    4. Akan menerima tawaran untuk membeli produk-produk setem edisi terhad hanya untuk ahli SODA
    5. Pembelian produk-produk SetemKu dan Setem Tahunan dengan harga istimewa

  33. Siapakah perlu saya hubungi sekiranya berlaku kesulitan atau ingin mengajukan pertanyaan?
  34. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Setem dan Filateli di talian 03-2275 6569/6567, Fak: 03-2694 2139, e-mel: filateli@pos.com.my
    atau hantarkan surat ke alamat berikut:

    Ketua
    Unit Setem dan Filateli
    Tingkat 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia
    Kompleks Dayabumi
    50670 Kuala Lumpur