ArRahnu@POS

  1. Apakah jenis emas yang diterima untuk gadaian?

    Kami menerima semua jenis barangan emas.

  2. Mutu emas manakah yang diterima untuk gadaian?

    Kami menerima semua mutu emas dari 999, 950, 916, 875, 835, 585 dan 375.

  3. Adakah barang kemas yang mempunyai batu permata boleh digadai?

    Ya, tetapi jumlah berat (anggaran) batu akan ditolak untuk membuat gadaian. Nilai berat tersebut bergantung kepada budi bicara penilai.

  4. Bagaimanakah anda menguji emas?

    Kami akan menimbang berat dan kami juga akan melakukan ujian asid ‘aqua regia’ untuk memastikan ketulenan emas. Densimeter juga digunakan untuk mengetahui kandungan emas.

  5. Berapa kadar upah simpan yang dikenakan?

    Kadar upah simpan bulanan sebanyak RM0.75 bagi setiap RM100 marhun.

  6. Bagaimanakah cara pembayaran balik pembiayaan?

    • Bayaran secara ansuran (semasa masih dalam tempoh gadaian).
    • Tebus penuh, beserta jumlah upah simpan tertunggak.

  7. Adakah ArRahnu@POS menerima bayaran balik menggunakan kad kredit/debit ataupun cek?

    Tidak. Hanya bayaran tunai diterima.

  8. Bagaimanakah saya akan menerima pembayaran setelah menggadai?

    Anda akan menerima wang tunai setelah transaksi berjaya dilakukan.

  9. Berapa lamakah tempoh pembiayaan barang yang digadai?

    6 bulan + lanjutan 3 bulan + lanjutan 3 bulan.Lanjutan tempoh hanya dibenarkan sekiranya pelanggan menjelaskan upah simpan tertunggak.

  10. Harga apakah yang digunakan untuk menentukan nilai sandaran barang?

    ArRahnu@POS menggunakan harga emas pasaran semasa yang digunakan dalam London Metal Exchange.

  11. Berapakah had pembiayaan bagi seorang pelanggan?

    • Margin pembiayaan adalah sehingga 75%
    • Pembiayaan minimum adalah RM100.00
    • Pembiayaan maksimum bagi setiap pelanggan: RM10,000 (pada hari yang sama)
    • Jumlah pembiayaan terkumpul bagi setiap pelanggan: RM50,000.00.

  12. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Surat Akuan Gadaian (SAG) pelanggan hilang?

    • Aduan perlu dibuat segera oleh Penggadai (wakil tidak dibenarkan) di cawangan ArRahnu@POS di mana gadaian dibuat.
    • Penggadai dikehendaki mengisi borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan hendaklah mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah.
    • Pelanggan perlu datang semula ke cawangan ArRahnu@POS bersama dokumen di atas (item ii.) bagi mendapatkan salinan surat akuan gadaian.
    • Penalti sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap salinan SAG yang dikeluarkan.

  13. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan surat gadaian?

    Serta-merta jika kesemua dokumen seperti di no.10 lengkap diperolehi.

  14. Adakah penebusan boleh dilakukan oleh wakil (selain dari penggadai asal)?

    Tidak boleh. Sekiranya Penggadai tidak dapat hadir (disebabkan kematian, dipenjarakan atau dimasukkan ke hospital) wakil dibenarkan hadir dengan membawa dokumen seperti Sijil Kematian atau surat/laporan yang dikeluarkan oleh Hospital atau Jabatan Penjara.

  15. Bolehkah barang-barang yang digadai dalam satu SAG ditebus sebahagian sahaja?

    Tidak boleh. Dua atau lebih barang-barang yang digadai dalam satu SAG mestilah ditebus pada masa yang sama.

  16. Apakah kelayakan seseorang yang ingin menggadai?

    • Warganegara Malaysia
    • Penduduk Tetap
    • Warga Asing
    • Penggadai hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.

  17. Apakah dokumen yang diperlukan untuk melakukan gadaian?

    • Warganegara Malaysia : Kad Pengenalan asal
    • Penduduk Tetap : Kad Penduduk Tetap
    • Warga Asing : pasport yang sah sekurang-kurangnya 1 tahun

  18. Sekiranya pelanggan terlupa membawa Kad Pengenalan, adakah ArRahnu@POS menerima lesen memandu yang sah sebagai dokumen pengenalan?

    Tidak.

  19. Adakah tambahan pembiayaan boleh dilakukan?

    Boleh, jika jumlah pembiayaan terkumpul penggadai masih belum melebihi RM50,000.00.

  20. Bolehkah pelanggan membuat gadaian baru sekiranya aduan kehilangan SAG masih dalam proses?

    Boleh sekiranya jumlah pembiayaan terkumpul masih belum melebihi RM50,000.00.

  21. Apakah yang akan berlaku sekiranya penggadai tidak menebus barang gadaian selepas 12 bulan?

    Barang gadaian akan dilelong pada bulan ke-13.

  22. Jika barang yang dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan boleh menuntut baki tersebut?

    Baki lelongan akan dipulangkan kepada pelanggan setelah ditolak kos upah, baki pembiayaan yang tertunggak dan caj pentadbiran sebanyak 3%.

  23. Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut?

    Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan ArRahnu@POS melalui:

    • Laman sesawang www.pos.com.my; atau
    • Menghubungi talian khidmat pelanggan iaitu 1-300-300-300; atau
    • Menguhubungi cawangan ArRahnu@POS berdekatan. Senarai cawangan boleh didapati di sini.

  24. Adakah ArRahnu@POS menyediakan perkhidmatan lain?

    Ya, kami menyediakan perkhidmatan penilaian zakat secara percuma dan juga perkhidmatan mencuci barangan kemas dengan kadar yang sangat rendah.

  25. Apakah jaminan sekuriti yang ArRahnu@POS tawarkan kepada semua pelanggan yang membuat transaksi di sana?

    • Urusniaga dilaksanakan di hadapan pelanggan.
    • Ruang operasi dalam premis pejabat pos dilengkapi kelengkapan keselamatan seperti CCTV, alat penggera kecemasan dan bilik kebal dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaru.
    • Pihak ArRahnu@POS menitikberatkan pematuhan kepada setiap standard operasi
    • Unit Pematuhan ArRahnu@POS menjalankan audit bulanan di setiap cawangan untuk memastikan semua kakitangan mematuhi semua protocol yang ditetapkan.