UTAMA PERIBADI MEL BIASA MEL ANTARABANGSA

Selama lebih 200 tahun, Pos Malaysia telah menjadi pengendali pos utama negara yang terus menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia dengan menyediakan khidmat pos termasuk mel, paket kecil dan bungkusan ke dalam dan luar negara.

Bersandarkan keupayaan mengendalikan lebih 4 juta mel sehari, Pos Malaysia terus menganjak ke hadapan dengan merintis program-program untuk memodenkan operasi perniagaan mel dan bungkusan yang bertujuan untuk terus memberikan solusi berkualiti dan menyenangkan pelanggan. Inisiatif-inisiatif strategik ini termasuklah pengkhususan pakej perkhidmatan antarabangsa dengan penstrukturan semula harga untuk penambahbaikan perkhidmatan dan lebih nilai untuk pelanggan. Sejajar dengan ini, Pos Malaysia telah mengkaji semula kadar tarif mel dan bungkusan antarabangsa serta menstruktur semula zon destinasi penyerahan yang akan berkuatkuasa mulai Mei 2013.

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

ATAU

Hubungi Jabatan Penjagaan Pelanggan kami di:

Nombor talian Posline 1 300 300 300 (tempatan) atau
603 – 27279100 (luar)
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat : 8.30 pagi to 8.00 malam
Sabtu: 8:30 pagi to 5:00 ptg

( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum ).
Fax 03-2273 3927
E-mail care@pos.com.my