Menghantar Wang Antarabangsa
| Ciri-ciri | Faedah | Caj-caj |
- Cara yang boleh di percayai untuk penghantaran wang ke luar negara
- Terdapat di semua Pejabat Pos
| - 20 negara yang mempunyai perkhidmatan dua hala
- Tiada caj untuk pertanyaan
| - RM 4 komisen untuk setiap transaksi
|
Negara dengan Perkhidmatan 2 hala
| Negara | Jumlah Maksimum* |
| Bangladesh | USD 2,000 |
| Brunei | BND 2,000 |
| Canada | CAD 2,000 |
| China | USD 1,000 |
| Mesir | USD 350 |
| India | INR 1,000 |
| Indonesia | USD 1,500 |
| Jepun | USD 2,000 |
| Korea | USD 2,000 |
| Myanmar | KYT 600 |
| Pakistan | PKR 50,000 |
| Filipina | USD 2,000 |
| Qatar | USD 2,000 |
| Singapura | SGD 2,000 |
| Afrika Selatan | USD 2,000 |
| Sri Lanka | LKR 50,000 |
| Taiwan | USD 2,000 |
| Thailand | THB 50,000 |
| Turki | USD 1,000 |
| Emiriyah Arab Bersatu/td> | USD 350 |
| Vietnam | USD 2,000 |
* Tertakluk kepada perubahan
Western Union
Ringkasan
Kini anda boleh menghantar dan menerima wang dari seluruh dunia dengan cepat, mudah dan dijamin selamat. Kami turut manawarkan perkhidmatan kewangan Western Union iaitu rangkaian pemindahan wang terbesar dunia di pejabat-pejabat pos terpilih.
Ciri-ciri Utama
Pembentukan perkongsian strategik Pos Malaysia Berhad dan Western Union, rangkaian pengiriman yang paling dipercayai di dunia merupakan satu langkah yang bijak. Penggabungan dua nama ini membawa satu jangkauan perkhidmatan yang tidak terbatas untuk merentasi sempadan urusniaga kewangan.
Kekuatan
- Cepat
- Dengan Western Union, wang boleh diterima dalam masa beberapa minit selepas dihantar - Mudah
- Western Union berada di lebih 190 negara dan wilayah dengan lebih 200,000 ejen
di seluruh dunia dan boleh didapati di hampir semua bank, pejabat pos, stesen keretapi
dan lapangan terbang. - Boleh dipercayai
-Western Union telah menawarkan perkhidmatan pemindahan wang sejak 130 tahun dahulu. Rangkaian komputer berteknologi terkini yang digunakan membolehkan proses urusniaga dilakukan dengan cepat di semua 190 negara dan wilayah di seluruh dunia. - Selamat
- Setiap pemindahan wang adalah dilindungi oleh sistem keselamatan Western Union yang diiktiraf di seluruh dunia dan boleh dikesan dengan nombor rujukan, malah menjamin pemindahan wang yang cepat, hanya kepada penerima. - Mudah
-Nombor akaun bank tidak diperlukan untuk menghantar wang melalui Western Union
Arahan / Panduan
Untuk menghantar atau menerima wang, sila ikuti langkah mudah berikut:
- Untuk menghantar Wang
- Kunjungi Pejabat Pos kami yang menyediakan perkhidmatan Western Union
- Lengkapkan borang 'To Send Money' yang terdapat di kaunter
- Serahkan borang yang telah lengkap diisi beserta pengenalan yang sah / KP, jumlah amaun yang ingin dihantar dan bayaran pemindahan wang kepada kerani kaunter
- Ambil resit dan Nombor rujukan Pemindahan Wang
- Hubungi penerima dan maklumkan maklumat yang dikehendaki untuk menuntut wang
- Untuk Menerima Wang
- Kunjungi mana-mana pejabat pos, bank atau lain-lain institusi yang menyediakan perkhidmatan Western Union
- Lengkapkan borang 'To Receive Money' dan masukkan nama dan negara pengirim serta amaun yang dihantar
- Serahkan borang tersebut beserta pengenalan yang sah/KP untuk mengesahkan transaksi
- Sebaik saja maklumat disahkan, penerima boleh mengambil wang serta merta