LAMAN UTAMA TENTANG KAMI HUBUNGAN PELABUR INISIATIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
Sila Pilih Kategori
DASAR TSK KAMI

Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) merupakan perkara yang diutamakan oleh Pos Malaysia kerana ia selaras dengan prinsip-prinsip kami yang menjalankan perniagaan dengan penuh ketelusan dan bertanggungjawab serta mematuhi amalan-amalan utama pentadbiran korporat yang baik.

'Menyentuh Kehidupan' adalah tema untuk dasar TSK Pos Malaysia di mana sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab secara sosial dan dalam menyokong aspirasi kerajaan, kami komited untuk melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang akan menyumbang ke arah pembangunan masyarakatan dan ekonomi negara.

PERNYATAAN DASAR TSK POS MALAYSIA

Dasar TSK kami menumpukan kepada kaedah serampang dua mata iaitu bertujuan untuk membawa nilai kepada seluruh masyarakat dan negara melalui:
  • Meningkatkan Tahap Pendidikan:
    Pos Malaysia berusaha untuk menyumbang ke arah aktiviti-aktiviti yang menyokong pembinaan negara, terutamanya ke arah peningkatan pembangunan modal insan khususnya di kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik;
  • Membangunkan Masyarakat :
    Pos Malaysia juga berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam aktiviti perdagangan dan keusahawanan di dalam masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.
Tema-tema TSK di atas adalah sejajar dengan misi kami untuk sentiasa berusaha menjadi warga korporat yang penyayang dengan menyokong pembinaan negara dan perkhidmatan masyarakat?

OBJEKTIF-OBJEKTIF TSK

Pos Malaysia berpegang teguh kepada empat objektif yang luas dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti TSK kami:
  • Membezakan diri kami daripada para pesaing kami dengan memperkukuhkan imej dan kredibiliti awam dalam cara bukan komersil tetapi lebih bermakna;
  • Memperkukuh perasaan muhibah dan hubungan dengan para pelanggan dengan menonjolkan sikap kami yang bertanggungjawab terhadap masyarakat untuk membantu meneruskan perniagaan kami;
  • Mendorong dan menyediakan saluran untuk para pekerja bagi meningkatkan kesedaran tentang nilai-nilai korporat utama syarikat secara proaktif, yang dikenali sebagai PAKSI: PAKSI:
    P :
    • Penumpuan Kepada Kepuasan Pelanggan, (Customer Satisfaction Centric);
    • Penumpuan Kepada Kebajikan Pekerja (Employee's Welfare Centric);
    • Pulangan Kepada Pemegang Saham (Shareholders Centric);
    • Pematuhan Kepada Penguatkuasa (Authority /Regulator Centric).

    Amanah (Trustworthy);
    Kompeten (Competent);
    Sepasukan (Teamwork);
    Inovatif (Innovative).

  • Membangunkan nilai pemegang saham untuk jangka masa panjang.

APA YANG KAMI SOKONG
  • Pos Malaysia menerima ribuan permintaan untuk sumbangan / pelaburan masyarakat. Walaupun kami faham bahawa semua permintaan mempunyai merit secara individu, Pos Malaysia perlu menumpukan sumbernya ke atas objektif-objektif perniagaan dan faedah yang diterima oleh pemegang sahamnya.
  • Semasa Pos Malaysia mempertimbang dan memberi maklumbalas terhadap segala permintaan luar untuk penajaan, penekanan akan ditumpukan ke arah mewujudkan atau meneruskan aktiviti yang paling berfaedah dan sejajar dengan objektif perniagaan kami.
  • Dalam menentukan apa yang perlu disokong, kami berpandukan kepada bagaimana sumbangan kami kepada masyarakat akan:
    • Meningkatkan hubungan antara Pos Malaysia dengan media dan kerajaan
    • Mengukuhkan jenama Pos Malaysia dan reputasi korporat
    • Mempertingkat kesedaran, pemahaman dan penghayatan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia
    • Mempertingkat tahap pendidikan terutama untuk memanfaatkan golongan kurang bernasib baik
    • Menyediakan bantuan bagi individu untuk memulakan perniagaan kecil yang sejajar dengan strategi perniagaan kami;
    • Mampu untuk menghubungkan pelbagai kumpulan pengguna perkhidmatan Pos Malaysia
    • Mengenalpasti peluang melalui tajaan
    • Membuka peluang perniagaan dan promosi
    • Mampu untuk mempamerkan sokongan dan penglibatan syarikat dengan masyarakat.
    • Memberikan nilai positif yang meliputi seluruh segmen masyarakat
    • Mampu menunjukkan kewajaran pelaburan yang dilaksanakan dan hasil yang dijangkakan.

APA YANG KAMI TIDAK SOKONG

Pos Malaysia tidak akan mempertimbangkan permohonan untuk perkara / sebab-sebab / entiti-entiti / penggunaan yang berikut:
  • Membahayakan kepada jenama Pos Malaysia dan reputasi korporat
  • Menyalahi undang-undang, menggalakkan anti-sosial dan nilai-nilai negatif atau sesuatu yang boleh menyumbang kepada kontroversi atau menjejas keharmonian kaum
  • Semata-mata bersifat politik;
  • Berada dalam konflik secara langsung dan bercanggah dengan Pos Malaysia dari segi :
    • Nilai-nilai korporat mengenai sebarang isu semasa
    • Teras-teras utama TSK
  • Permintaan-permintaan yang dihantar secara umum seperti ‘Kepada sesiapa yang berkenaan’
  • Pengumpul dana professional yang bekerja bagi pihak sebuah organisasi
  • Pengiklanan dan promosi, termasuk mendapatkan pengiklanan bagi pihak organisasi yang lain
  • Bersifat meragukan dan mendatangkan kesangsian.

KRITERIA ORGANISASI

Pos Malaysia boleh mempertimbang dan meluluskan permohonan untuk organisasi berikut:
  • Persekutuan, Negeri dan Jabatan Kerajaan peringkat Daerah serta Badan-badan Berkanun
  • Badan bukan kerajaan yang memiliki kepentingan Pos Malaysia dan berkongsi hasratnya
  • Kelab-kelab rekreasi kerajaan dan institusi yang berkepentingan ke atas Pos Malaysia.