Mengenai Pos Malaysia

Pos Malaysia Berhad adalah pembekal perkhidmatan komunikasi fizikal yang terulung di Malaysia. Dengan rangkaian yang meluas melebihi 1,000 cawangan di seluruh negara yang merangkumi Cawangan-cawangan Pos Malaysia, Pos Mini, POS24 (Terminal Layan Diri) Post-on-Wheels (Pos Bergerak), wakil pos dan wakil setem, menjadikan Pos Malaysia sebagai salah satu daripada rangkaian perniagaan yang paling menyeluruh di Malaysia.

5 kluster perniagaan Pos Malaysia bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, dipercayai, menepati masa dan inovatif kepada para pelanggan kami dan ia meliputi :

Communication and Distribution Solutions (CDS)
  • Skop perniagaan mel yang diperluaskan, di mana rangkaian serahan fizikal yang luas dan terbesar dimanfaatkan untuk memberi perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelanggan.

  • Perniagaan mel semasa membentuk komponen utama CDS, merangkumi inisiatif strategik lain seperti Pos Edaran dan Direct Mail.
Supply Chain Solutions (SCS)
  • SCS dibentuk untuk memantapkan lagi perniagaan kurier domestik, menembusi pasaran kurier antarabangsa serta menceburi perniagaan logistik khas.

  • Jenama PosLaju akan digunakan bagi memacu pertumbuhan perniagaan kurier di dalam dan luar negara, sementara Al-Ajwa, logistik dan pergudangan akan melengkapkan serta menyempurnakan perkhidmatan SCS.
One-Stop Solutions (OSS)
  • OSS memberi tumpuan dalam menyediakan kemudahan kepada pelanggan dengan mengadakan perkhidmatan kewangan dan insurans, serta pelbagai produk lain yang berkaitan di bawah satu bumbung.

  • Produk dan perkhidmatan OSS akan dikenalpasti, dibentuk dan ditawarkan melalui PosNiaga, Ar-Rahnu, Pos Insurans dan Bank@POS.
Digital Solutions (DS)
  • Gabungan perkhidmatan oleh Datapos Sdn Bhd dan Digicert Sdn Bhd akhirnya menawarkan penyelesaian digital yang menyeluruh kepada pelanggan.

  • Kluster baru ini memperkukuhkan perniagaan sedia ada, meneroka peluang yang wujud oleh trend penggunaan dan pasaran digital lain.
International Business Solutions (IS)
  • IBS merupakan perkhidmatan operasi mel dan bungkusan yang merentas sempadan selain menjalin hubungan dengan organisasi pos antarabangsa yang lain dengan matlamat untuk menjadikan Pos Malaysia sebagai hab antarabangsa yang terkemuka di rantau ini.

  • Perkhidmatan yang ditawarkan turut merangkumi perkhidmatan dari Pos Malaysia International Hub (PMIH) dan Asia Express.

Pos Malaysia telah berkembang dengan pesat tahun demi tahun dan kini mengorak langkah dari penyedia perkhidmatan pos kepada penyedia perkhidmatan komunikasi fizikal yang dinamik dan menyeluruh. Untuk masa hadapan, Pos Malaysia akan meneruskan usaha untuk membangun dan memperbaharui kemampuannya bagi memantapkan kedudukan serta meningkatkan daya saing dan juga meneruskan kemampuannya untuk menghubungkan rakyat Malaysia ke serata dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Pos Malaysia, sila hubungi Penjagaan Pelanggan menerusi PosLine di 1-300-300-300 atau e-mel kepada care@pos.com.my. Anda juga boleh melayari laman web kami di www.pos.com.my atau berinteraksi dengan kami di laman media sosial yang berikut:

Facebook : https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad

Twitter : https://twitter.com/pos4you

Pinterest : http://www.pinterest.com/pos4you/