HOME BUSINESS FAQs POSDOKUMEN

PosDokumen

  1. Apakah perkhidmatan PosDokumen?
  2. Posdokumen adalah perkhidmatan yang dikhususkan untuk menghantar sebarang dokumen yang berat maksimumnya 2kg dan tidak tergolong dalam kategori surat standard.

  3. Apakah jenis dokumen yang boleh dihantar menggunakan PosDokumen?
  4. a. Majalah
    b. Laporan tahunan syarikat
    c. Buku

  5. Boleh saya gunakan PosDokumen untuk hantar majalah ke luar negara?
  6. Tidak. Perkhidmatan ini terhad kepada pengeposan dan serahan dalam negara sahaja.

  7. Apakah ciri-ciri PosDokumen?
  8. a. Hanya melibatkan pengeposan dan penyerahan dalam negeri sahaja.
    b. Berat maksimum : 2 kilogram
    c. Saiz maksimum : 340mm (lebar) x 250mm (panjang)
    d. Tebal maksimum : 30mm
    e. Perkataan ‘PosDokumen’ hendaklah dicetak di sebelah kiri bahagian atas muka hadapan sampul

  9. Berapakah caj perkhidmatannya?
  10. Cara Penyaluran Peringkat Berat Bayaran Pos (RM)
    Mel Biasa Sehingga 500gm 1.80
    Lebih 500gm – 1 kg 3.00
    Lebih 1 kg – 2 kg 4.50
    Mel Udara * Sehingga 500gm 1.80
    Lebih 500gm – 1 kg 4.50
    Lebih 1 kg – 1.5 kg 7.50
    Lebih 1.5 kg – 2 kg 9.00

    *Bagi penghantaran item melebihi 500gm melalui udara di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, caj tambahan pengangkutan udara akan dikenakan sebanyak RM1.50 bagi setiap 500gm tambahan.

  11. Apa akan jadi pada PosDokumen yang tidak dapat diserahkan?
  12. Walaupun PosDokumen adalah perkhidmatan sehala iaitu item yang tidak dapat dihantar tidak akan dipulangkan kepada pengirim, PosDokumen akan dihantar semula kepada pengirim sekiranya ada tertera alamat premis menggunakan Peti Surat P.O. di atas setiap sampul dan bayaran pengeposan kali kedua akan dikenakan bagi setiap item yang dikembalikan.

  13. Boleh saya dapat gantirugi bagi PosDokumen saya yang hilang?
  14. Tiada pampasan akan diberikan. Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk tidak menghantar barang berharga menggunakan PosDokumen.

  15. Bolehkah saya hantar PosDokumen menggunakan franking?
  16. Boleh. Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan Bayaran Pos Jelas, Franking atau pun mengepos secara biasa menggunakan setem.

  17. Bolehkah saya dapatkan rebet jika saya gunakan Khidmat Bayaran Pos Jelas unuk mengepos PosDokumen?
  18. Boleh dengan syarat sampul ada tertera tekapan lesen Pos Jelas dan telah memenuhi syarat-syarat pemberian rebet.