HOME BUSINESS FAQs PERKHIDMATAN TERBITAN BERKALA

Perkhidmatan Terbitan Berkala

  1. Apakah itu perkhidmatan Terbitan Berkala?
  2. Terbitan berkala adalah kategori perkhidmatan mel yang disediakan untuk menghantar majalah, katalog, atau surat khabar yang dikeluarkan secara berkala dengan kekerapan penerbitan minima sebanyak 2 kali setahun dalam tahun kalender yang sama.

  3. Apakah berat maksimum untuk perkhidmatan ini?
  4. Berat maksimum adalah 250 gm setiap item.

  5. Bagaimana boleh saya gunakan perkhidmatan ini?
  6. a. Menggunakan tekapan nombor lesen Bayaran Pos Jelas
    b. Tanpa menggunakan tekapan nombor lesen Bayaran Pos Jelas
    c. Menggunakan tekapan mesin Franki

  7. Apakah caj pengeposan untuk perkhidmatan ini?
  8. Berat Kadar (RM)
    Sehingga 20gm 0.50
    Lebih 20gm – 50gm 0.60
    Lebih 50gm – 100gm 0.80
    Lebih 100gm – 250gm 0.90

  9. Bagaimana cara untuk saya buat pengeposan Terbitan Berkala?
  10. a. Permohonan pengeposan boleh dibuat di Pejabat Pengurus Negeri menggunakan Borang Permohonan Pengeposan Terbitan Berkala.

    b. Setiap pengeposan mestilah disertakan dengan Doket Pengeposan Mel Pukal atau Doket Pengeposan Mel Franki.

    c. Poskan melalui kaunter pejabat pengeposan atau Pejabat Pos yang dibenarkan seperti dalam lesen Pos Jelas atau Franki

    d. Buat bayaran secara tunai, bank draft, mendebitkan dalam Akaun Imprest atau dengan cek yang dijamin oleh Bank atas nama POS MALAYSIA BERHAD.

  11. Saya ingin menghantar Terbitan Berkala dengan tekapan nombor lesen Bayaran Pos Jelas. Bolehkah saya mengepos Terbitan Berkala di peti surat pejabat pos?
  12. Tidak. Terbitan Berkala yang menggunakan tekapan nombor lesen Bayaran Pos Jelas atau Frangki adalah dilarang untuk:-

    a. Membuat pengeposan ke dalam mana-mana peti surat pos
    b. Membuat serahan sendiri
    c. Membuat pengeposan di Pejabat Pos selain Pejabat Pengeluar Lesen yang dibenarkan.

  13. Boleh saya buat tuntutan untuk item Terbitan Berkala saya yang hilang?
  14. Tiada pampasan akan diberi terhadap Terbitan Berkala jika berlaku kehilangan, kerosakan atau kelewatan penyerahan.

  15. Apa akan jadi pada Terbitan Berkala yang tidak dapat diserahkan?
  16. Walaupun Terbitan Berkala adalah perkhidmatan sehala iaitu item yang tidak dapat dihantar tidak akan dipulangkan kepada pengirim,ianya akan dihantar semula kepada pengirim sekiranya ada tertera alamat premis menggunakan Peti Surat P.O. di atas setiap sampul dan bayaran pengeposan kali kedua akan dikenakan bagi setiap item yang dikembalikan.