HOME BUSINESS FAQs PERKHIDMATAN JAWAPAN PERNIAGAAN

Perkhidmatan Jawapan Perniagaan

  1. Apakah Perkhidmatan Jawapan Perniagaan?
  2. Perkhidmatan ini sesuai untuk syarikat atau individu yang ingin mendapatkan jawapan daripada pelanggan-pelanggan mereka tanpa kos pengeposan yang perlu dibiayai oleh pelanggan mereka.

  3. Bagaimana saya boleh dapatkan perkhidmatan ini?
  4. a. Pelanggan perlu mendapatkan lesen dari Pos Malaysia Berhad
    b. Pelanggan sediakan jawapan perniagaan dalam bentuk sampul surat, poskad atau surat berlipat mengikut spesifikasi
    c. Pemegang lesen akan dikenakan bayaran berdasarkan bilangan jawapan yang diterima daripada pelanggan

  5. Apakah caj perkhidmatan ini?
  6. Caj yang dikenakan adalah berbeza, iaitu bergantung kepada berat surat berkenaan. Pemegang lesen akan dikenakan bayaran perkhidmatan iaitu sebanyak RM0.02 sen bagi setiap jawapan perniagaan yang dipos dari dalam negara.

  7. Boleh saya gunakan perkhidmatan ini untuk hantaran ke luar negara?
  8. Boleh.

  9. Berapakah caj perkhidmatan untuk hantaran ke luar negara?
  10. Rujuk kadar bayaran bagi setiap item yang dikembalikan dari luar negara seperti di bawah:-

    Negara Caj perkhidmatan (RM)
    Singapura dan Brunei Darussalam 1.00
    Afghanistan Bangladesh,Bhutan,China,India,Indonesia,Korea,Laos, Maldives,Myanmar,Nauru,Nepal,Pakistan,Papua New Guinea, Filipina,Sri Lanka, Thailand dan Vietnam 1.50
    Australia, Jepun, New Zealand, Afrika, Negara-Negara di Amerika, Eropah dan Timur Tengah termasuk Mesir dan Kesatuan Rusia 2.00
    Bayaran perkhidmatan bagi setiap jawapan 0.10

  11. Apakah spesifikasi sampul jawapan?
  12. a. Jawapan perniagaan dalam bentuk sampul surat, kad jawapan atau surat berlipat

    b. Bahan sampul hendaklah daripada jenis kertas berat sekurang-kurangnya 63 gm setiap meter persegi. Manakala poskad hendaklah daripada kad berat sekurang-kurangnya 190 gm setiap meter persegi dan ketebalan hendaklah 0.16mm

    c. Setiap sampul hendaklah mudah digam dengan sempurna. Pengetip atau kelip besi tidak dibenarkan untuk tujuan menutup sampul.
    d. Tiada sampul bertingkap dibenarkan.

    e. Warna sampul tidak terlalu gelap. Sebaik-baiknya warna putih dan krim disyorkan.

    f. Unsur-unsur promosi hendaklah berada disudut atas kiri sampul, jauh dari Zon Alamat atau dibahagian belakang sampul.

    g. Setiap baris alamat hendaklah sama besar huruf dan bentuknya. Elakkan bentuk italic atau gaya tulisan lama. Gunakan saiz font 10 atau 12.

  13. Apakah ukuran jawapan perniagaan yang dibenarkan?
  14. Rujuk jadual di bawah:-

    Dalam negeri dan Singapura
    Ukuran minimum 90mm (L) X 140mm (P)
    Ukuran maksimum 165mm (L) X 250mm (P)
    Antarabangsa
    Ukuran minimum 90mm x 140mm
    Ukuran maksimum 110mm x 220mm