Facebook Twitter Instagram You Tube
Pos Malaysia Mobile Apps

Pos Malaysia Mobile Application

 

 

 

 

Perkhidmatan Pos Malaysia hanya beberapa ketikan sahaja


 

 

 

 

Gunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia kami hari ini!

Bawa aplikasi mudah alih kami ke mana sahaja anda pergi, di mana sahaja anda berada, dan mula gunakan perkhidmatan kami. Aplikasi mudah alih kami boleh menyediakan anda dengan pelbagai perkhidmatan semudah beberapa pautan. Jejak dan kesan, mengira kadar kiriman penghantaran anda, pencarian poskod, dan juga menyemak produk prabayar PosLaju anda secara terus dari mana-mana peranti Android atau iOS.



 

 

 

 

Lihat apa yang ditawarkan oleh aplikasi mudah alih kami:

 

 

 

 

 

jejak_kesan

 

 

Jejak dan Kesan penghantaran anda atau pesanan anda

 

Kami telah menyediakan aplikasi kami untuk kemudahan anda sendiri. Dengan fungsi Track And Traceanda boleh menjejak barang anda yang dihantar atau pesanan anda dengan mudah. Anda juga boleh menyemak sejarah pengesanan anda dari pesanan atau penghantaran sebelum ini.

 

 

 

 

 

hitung_kos

 

Kira kadar kiriman penghantaran anda


Bimbang akan kadar kiriman penghantaran anda? Tak perlu risau lagi, anda boleh mengira secara mudah dengan memilih jenis mel, memasukkan berat dan aplikasi ini akan mengira untuk anda.


Bukan itu sahaja, anda boleh mengira untuk kedua-dua Pos domestik dan juga antarabangsa.

 

 

 

 

  
cari_lokasi

Cari lokasi atau poskod anda melalui Postcode Finder kami


Hilang arah? Tidak tahu poskod lokasi tertentu?

 

Dengan menggunakan Postcode Finder, anda boleh mencari lokasi yang dikehendaki, sama ada dengan memasukkan poskod atau nama lokasi.

 

 

 

 

 cari_saluran

 

Mencari pejabat pos kami kini lebih mudah dengan Outlet Finder.


Jika anda pernah tertanya-tanya di manakah pejabat pos yang terdekat, anda kini boleh mencari sebarang pejabat pos dengan lebih mudah menerusi Outlet Finder.


Pilih negeri, dan masukkan lokasi dan aplikasi kami akan memaparkan setiap pejabat pos yang hampir dengan lokasi yang dimasukkan.

 

 

 

  sah_prabayar
 

Semak produk prabayar Pos Laju anda

 

Dengan aplikasi mudah alih Pos Malaysia kami, anda boleh menyemak produk prabayar Pos Laju anda bagi memastikan bahawa anda telah membeli produk Pos Laju yang sah.

 

 

 

 

 

Muat naik aplikasi mudah alih kami secara percuma