Facebook Twitter Instagram You Tube
Mengenai Pos ArRahnu

Tentang Kami

Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Jun 2012 dengan pembukaan dua cawangan di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi dan Kuala Terengganu.  Kini, terdapat 65 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.

 

Pos ArRahnu menawarkan pembiayaan bercagarkan emas sehingga 75 peratus dari nilai marhun.  Perkhidmatan pembiayaan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga asing yang mempunyai pasport yang sah.

 

Kemudahan pembiayaan ini bakal membantu golongan peniaga kecil, keluarga berpendapatan rendah serta penjawat awam yang memerlukan khidmat pinjaman kredit dengan mudah dan selamat.

 

Pada November 2015, Pos ArRahnu telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu perkhidmatan jual beli jongkong emas dan dinar. Selain itu, Pos ArRahnu juga kini membeli emas lama dan emas terpakai dengan harga yang tertinggi di pasaran.

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang Ditawarkan

ArRahnu

  • Skim ini memberikan kemudahan pembiayaan kewangan bercagarkan emas bagi individu yang memerlukan tunai dengan kadar segera berlandaskan prinsip syariah
  • Semua barang gadaian diinsuranskan sepenuhnya

 

ArRahnu Simpan

  • Skim ini menyediakan perkhidmatan penyimpanan emas sebagai salah satu alternatif kepada peti deposit di bank
  • Semua emas yang disimpan diinsuranskan sepenuhnya

 

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Tetap (PR)
  • Warga asing yang mempunyai pasport yang sah
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

 

Margin Pembiayaan

ArRahnu

  • Pembiayaan kewangan sehingga 75% daripada nilai marhun
  • Pembiayaan tidak melebihi RM50,000.00 sehari
  • Jumlah pembiayaan terkumpul tidak melebihi RM100,000.00 bagi setiap individu

 

ArRahnu Simpan

  • Perkhidmatan penyimpanan barangan emas sahaja (Tiada pembiayaan dikeluarkan)

 

Tempoh

ArRahnu

  • Tempoh Pembiayaan: 6 bulan
  • Lanjutan: 6 bulan (dengan syarat tunggakan upah simpan dijelaskan)

 

ArRahnu Simpan

  • Tempoh: 1 hingga 6 bulan

 

Jenis Cagaran Yang Diterima

ArRahnu

  • Kami menerima pelbagai emas 18K hingga 24K (jenis emas: 750, 835, 875, 916, 950, 999)
  • Anggaran berat batuan akan ditolak dari jumlah berat barang
  • Hanya jongkong emas Pamp Suisse (sehingga 100gm) dan Public Gold (sehingga 250 gm) sahaja yang diterima

 

ArRahnu Simpan

  • Kami menerima pelbagai jenis emas daripada 9K hingga 24K

 

Upah Simpan

ArRahnu

  • RM0.85 bagi setiap RM100.00 nilai marhun

 

ArRahnu Simpan

  • RM0.65 bagi setiap RM100.00 nilai marhun

 

Caj Lelongan

ArRahnu

  • Apabila barang gadaian tidak dituntut, barang tersebut akan dilelong mengikut harga emas semasa
  • Pos ArRahnu akan mengenakan caj pentadbiran ke atas barang lelongan
  • Lebihan lelongan akan dikembalikan kepada penggadai

 

ArRahnu Simpan

  • Tidak berkaitan

 

Perkhidmatan Terbaharu

  • Perkhidmatan mencuci emas dengan caj RM3.00 (termasuk GST) bagi setiap barang
  • Penilaian emas secara percuma
  • Pengiraan zakat emas secara percuma
  • Jual beli emas 1gm edisi terhad Pos Malaysia
  • Jual beli jongkong emas dan dinar
  • Belian balik emas lama, rosak atau terpakai
Cawangan

 

 

Perlis

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Kangar

JKR 751, Jalan Penjara,

01670 Kangar

Ramlah Binti Romli 04-9760317 ar-rahnu.kangar@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Kedah

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Sungai Petani

JKR F748, Jalan Pengkalan,

08000 Sungai Petani

Norhayati Binti Ismail 04-4211223 ar-rahnu.sungaipetani@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Kulim

JKR 1349, Jalan Raya,

09000 Kulim

Salwani Binti Ramli 04-4900375 ar-rahnu.kulim@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Jitra

JKR 2706, KM 21, Jalan Changloon,

06000 Jitra

Faizah Binti Zainol Abidin 04-9170925 ar-rahnu.jitra@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
GPO Alor Setar

Bangunan Pejabat Pos Besar, Jalan Stadium,

05670 Alor Setar

Takhiyuddin Bin Abd Aziz 04-7312059/8 ar-rahnu.alorsetar@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Pendang

JKR 2441, Jalan Sungai Tiang,

06700 Pendang

Mohamad Anas Bin Abdullah

04-7590816

04-7590650

ar-rahnu.pendang@
posarrahnu.com.my
Sunday - Thursday 8:30am - 5:30pm

Pulau Pinang

Cawangan  Alamat  Pegawai Operasi  Hubungi  Email  Waktu Operasi
Bukit Mertajam

JKR 836, Jalan Arumugam Pillai,

14000 Bukit Mertajam

Khairul Azian Binti Abdul Rahim 04-5305630 ar-rahnu.bkt_mertajam@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Kepala Batas

JKR A13, Jalan Bertam,

13200 Kepala Batas

Hasnah Helmiyyah Binti Mohd Aziz 04-575 4603 ar-rahnu.kepala_ batas@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Dato Keramat

JKR 56, Jalan Dato Keramat,

10460 Dato Keramat

Mohd Nasrul Faisal Bin Abdul Samat 04-2246784
04-2260221
ar-rahnu.datokeramat@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Perak

Cawangan Alamat Pegawai Operasi  Hubungi  Email  Waktu Operasi
Gerik

JKR 17, Berkeley Square,

33300 Gerik

Shahidah Bt Dzulkifli 05-7913418 / 3294 ar-rahnu.grik@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Sri Manjung

JKR 607F, Jalan Ketapang,

32040 Sri Manjung

Khairiah Binti Sulaiman 05-6885863 ar-rahnu.sri_manjung@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Tanjung Malim

JKR 228, Jalan Kotoyong,

35900 Tanjong Malim

Noor Badariah Binti Ibrahim 05-4583185 / 182 AR-Rahnu.Tg_Malim@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Batu Gajah

Jkr60a Jalan Pejabat Pos,

31000 Batu Gajah

Siti Hajar Binti Mohame Yusoff 05-3652685 ar-rahnu.batu_gajah@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Ipoh

JKR 5120, Jalan Kelab,

30670 Ipoh

Siti Nurul Akma Binti Arifin 05-241 2075 Ar-Rahnu.ipoh@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Parit Buntar

JKR 32 - 34, Jalan Stesyen,

34200 Parit Buntar

Nurshuhada Binti Taridi 05-7172759 Ar-Rahnu.pbuntar@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Kuala Kangsar

JKR 40, Jln Petani,

33000 Kuala Kangsar Perak

Nur Asyikin Binti Mad Desa 05-7763481
05-7763508
kuala.kangsar@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Taiping

JKR 102 Jln Barak,

34000 Taiping

Nurul Huda Binti Md Husin 05-8054735 taiping@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Selangor

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Bandar Baru Bangi

JKR, 208 A, Jalan 6C/9,

43650 Bandar Baru Bangi

Faridah Binti Ismail 03-89221261 Ar-Rahnu.Bangi@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Klang Utara

JKR 1093, Jln Pos Baru,

41300 Klang 

Siti Nurul Akma Binti Arifin 03-33411679 ar-rahnu.klang.utara@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Semenyih

No.232, Kg. Baru,

43500 Semenyih

Nor Isnaini Binti Abu Bakar 03-87231746 Ar-Rahnu.Semenyih@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Dengkil

JKR 1164-A, Bt 13 Jalan Banting,

43800 Dengkil

Norazwa Binti Samad 03-87680637 ar-rahnu.dengkil@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Telok Panglima Garang

JKR 1348, Jalan Besar,

42500 Telok Panglima Garang

Issayuslinda Binti Ismail 03 - 3122 0725 ar-rahnu.tpgarang@
posarrahnu.com.my
Monday - Friday 8:30am - 5:30pm
Kajang JKR 78, Jln Hishamuddin, 43000 Kajang, Selangor Farah Fatahiyyah Binti Che Yusoff 03-87334459
03-87334580
Ar-Rahnu.kajang@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
GPO Shah Alam

Pejabat Pos Besar Shah Alam,

Persiaran Dato Menteri,

40670 Shah Alam

Juhana Mohd Idris 03-55100190 Ar-Rahnu.shahalam@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Rawang

Pos Malaysia Rawang

Jln Maxwell

48000 Rawang Selangor

Nordina Binti Che Nadzir 03-60913203 ar-rahnu.rawang@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Kelana Jaya

No 2 Jalan SS6/2 Kelana Jaya,

47301 Petaling Jaya

Sharifah Fairus Binti Syed Abdul Rahman 03-78030594
03-78030690
kelana.jaya@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Ulu Langat 

JKR 387, Jalan Ulu Langat,

43100 Ulu Langat, Selangor

Muhammad Shahdan Bin Abdullah

03-90211052

03-90211122

ulu.langat@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Kuala Kubu Bharu

JKR165 Jalan Abdul Hamid,

44000 Kuala Kubu Bahru 

Nurnadia Binti Mohd Yusop 03-60641772 kuala.kubu.bharu@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Kuala Lumpur

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Jinjang

JKR 1693, Jalan Besar Kepong,

52000 Kuala Lumpur

Noreen Binti Nooh 03-62500114 Ar-Rahnu.Jinjang@ posarrahnu.com.my Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Gombak

1950 & 2793, Batu 5, Jalan Gombak,

53000 Kuala Lumpur

Siti SafarahidaBinti Mohd Jamri 03-40211628 Ar-Rahnu.gombak@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Negeri Sembilan

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Port Dickson

JKR 586P, Jalan Baru,

71000 Port Dickson

Mohd Hairi Bin Samsudin 06-6462506 Ar-Rahnu.Port_Dickson@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Tampin

JKR 77, Jalan Kelab,

73000 Tampin

Mohd Firdaus Bin Abd Rahim 06-4415092 ar-rahnu.tampin@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
GPO Seremban

Jln Tuanku Antas,

70000 Seremban

Baharom Bin Daud 06-7629373 Ar-Rahnu.seremban@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Melaka

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Jasin

JKR 3671, Jalan Besar,

77000 Jasin

Jafriwan Bin Ja'afar 06-5291954 ar-rahnu.jasin@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
GPO Melaka Pejabat Pos Besar, 75670 Bukit Baru Melaka Shazeah Binti Zainal 06-2818728 Ar-Rahnu.GPO melaka@posarrahnu.com.my Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Masjid Tanah

JKR 2880 Jalan Besar,

78300 Masjid Tanah

Mohd Jefry Afanizam Bin Mat Isa 06-3848223 ar-rahnu.m_tanah@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Ayer Keroh

Jalan Lebuhraya, Ayer Keroh,

75450 Melaka

Muhammad Syazwan bin Johari 06-2530695 Ar-Rahnu.akeroh@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Alor Gajah

JKR 2121, Jalan Besar,

78000 Alor Gajah

Mohamad Bin Abdullah 06-5562319 Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Johor

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Skudai

PTD 1712, Jalan Skudai Batu 10,

81300 Skudai

Noorul Wahidah Binti Mohd Nor 07-5566180 ar-rahnu.skudai@ posarrahnu.com.my Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Muar

JKR 2200, Jalan Othman,

84000 Muar

Ahmad Bin Adli 06-9556796 ar-rahnu.muar@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Segamat

JKR 1146, Jalan Awang,

85000 Segamat

Zulaikha Binti Zaki 07-9325214 ar-rahnu.segamat@ posarrahnu.com.my Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Bandar Tenggara Lot 1214, Jalan Tun Mahmud, 81000 Kulai Mohd Azizi A Rahman 07-8962245 ar-rahnu.bandar.tenggara@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
GPO Johor Bahru

JKR 2521, Jalan Dato' Onn,

80000 Johor Bharu

Azi Ayub Bin Abdul Raub 07 2212896 Ar-Rahnu.jb@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Gelang Patah

JKR 4891, Jalan Besar,

81550 Gelang patah

Mariah Suhaini Binti Mohd Sayuthi 07-510 1227
07-5101264
ar-rahnu.glgpatah@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Simpang Renggam

JKR 1363, Jalan Johor,

86200 Simpang Renggam

Norsiah Binti Yunus 07-7551362 ar-rahnu.spgrenggam@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Parit Raja

JKR 1148, Jalan Besar,

86400 Parit Raja

Sarah Nadia Binti Mohd Khan 07-4530619 ar-rahnu.paritraja@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Kota Tinggi

JKR 670, Jalan Lombong,

81900 Kota Tinggi

Mohd Saiful Bin A Rahman 07-8823591 ar-rahnu.kotatinggi@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang

Pahang

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Jerantut

JKR 69, Jalan Besar,

27000 Jerantut

Mohd Amri bin Amir Rawa  09-2663303 ar-rahnu.Jerantut@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
GPO Kuantan

JKR 1436, Jalan Abd. Aziz,

25670 Kuantan

Norzuidayu Binti Zulkifli 09-5130157
09-5131726
ar-rahnu.kuantan@ posarrahnu.com.my Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Mentakab

JKR 14 Jalan Besar 28400,

Mentakab Pahang

Mohd Abdul Malik Bin Awang 09-2770260 ar-rahnu.mentakab@
posarrahnu.com.my
Tel : 09-2770260
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
Temerloh

JKR 104 Jln Hj Ahmad Shah,

28000 Temerloh pahang

Habibah Nazifah Binti Mukhtar 09-2961033 ar-rahnu.temerloh@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang
 Pusat Bandar Jegka

No. 1, Jln Besar,

26400 Bandar Pusat jengka

Syumaisyi Bin Omar Mokhtar @ Umar

09-4661862                    

09-4661863

jengka@
posarrahnu.com.my
 Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Terengganu

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Kuala Terengganu

JKR 445, Jalan Sultan Zainal Abidin,

20670 Kuala Terengganu

Suhaiman B. Omar 09-6224760 ar-rahnu.kualaterengganu@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Jerteh JKR 231 Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh Siti Dahlia Binti Abu Bakar 09-6903451 Ar-Rahnu.Jerteh@
posarrahnu.com.my
Tel : 09-6903451
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Chukai

JKR 280 Jalan Masjid,

24000 Cukai

Hazmaneyza Binti Mohamad 09-8504115 Ar-Rahnu.Chukai@
posarrahnu.com.my
Tel : 09-8504115
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Dungun

JKR 911, Jalan Merbok,

23000 Dungun

Nor Shaida binti Che Hashim 09-8442067 ar-rahnu.dungun@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Chabang Tiga

JKR 525 Jln Hiliran,

20670 Kuala Terengganu

Saadiah Abdul Aziz 09-6205731 chabang.tiga@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Kuala Berang

JKR 264,Jalan Besar,

21700 Kuala Berang Terengganu

Djazlina Binti Mohd Ghazali  09-6812142  kualaberang@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang

Kelantan

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Selising

JKR 488, Jalan Kota Bharu / Pasir Putih,

16810 Selising

Zakaria Bin Ismail 09-7891042 ar-rahnu.selising@ posarrahnu.com.my Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Wakaf Che Yeh

Jalan Kuala Krai,

15100 Kota Bharu

Zaira Nurain Binti Che Lah 09-7471517
09-7471486
Ar-rahnu.WakafCheYeh@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Wakaf Bharu JKR 1134, Jalan Puteri Saadong, 16250 Wakaf Baru Sukriah Binti Kamarudin 09-7190170 wakafbharu@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
GPO Kota Bharu

Jalan SultanIsmail,

15670 Kota Bharu

Norhaszelina Baizora Bte Hassan 09-7472062 ar-rahnu.kualakrai@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Machang

JKR 22, Jalan Kweng Umat,

18500 Machang

Hasnah Binti Ahmad 09-9751481 ar-rahnu.kbahru@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Tumpat

JKR 681, Jalan Besar,

16200 Tumpat

Jurina Binti Jaafar 09-7252166 ar-rahnu.tumpat@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Pasir Mas

JKR 411 Jln Pejabat Jajahan,

17000 Pasir Mas, Kelantan

Zulkifli Bin Yaacob 09-7901068 pasir.mas@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang
Kuala Krai

Lot PT 4011, Lebuhraya Kuala Krai/Gua Musang,

18000 Kuala Krai

Ahmad Eddie Hafiez Bin Che Tengah 09-9609966 kuala.krai@
posarrahnu.com.my
Ahad - Khamis
8:30 pagi - 5:30 petang

Sabah

Cawangan Alamat Pegawai Operasi Hubungi Email Waktu Operasi
Sandakan

Jalan Leila,

90000 Sandakan, Sabah

Nurul Atiqah Binti Abdullah 089-223107 ar-rahnu.sandakan@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 4:30 petang
Tawau

Jalan Tun Hamdan,

91000 Tawau, Sabah

Hajra Binti Rahman 089-753030 ar-rahnu.tawau@
posarrahnu.com.my
Tel : 089-753030
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 4:30 petang
GPO Kota Kinabalu

Jalan Chong Thein Vun, Off Jalan Tun Razak,

88670 Kota Kinabalu

Siti Kasmidah Binti Julinin 088-318962 Ar-Rahnu.KotaKinabalu@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 4:30 petang
Lahad Datu

Jalan Teratai,

91100 Lahad Datu

Yusnizah Binti Yunus 089-884661 Ar-Rahnu.LahadDatu@
posarrahnu.com.my
Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 4:30 petang
Kalkulator Marhun

Harga Emas Malaysia (Ringgit Malaysia)

Kadar Tukaran: 1 auns troy = 31.1034768 gram

 

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits

Ringgit Malaysia per Gram

Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits
Ringgit Malaysia per Kilo
Soalan Lazim

Soalan Lazim

  1. Apakah keistimewaan Pos ArRahnu berbanding Pajak Gadai Islam yang lain?
    • Pos ArRahnu menawarkan margin pinjaman tinggi sehingga 75% dari nilai marhun.
    • Upah simpan yang dikenakan adalah berpatutan iaitu RM0.85 bagi setiap RM100 marhun.
    • Tempoh pinjaman yang fleksibel iaitu 6 bulan + 6 bulan.
    • Menerima semua jenis emas.
    • Menerima jongkong emas Pamp Suisse sehingga 100gm dan jongkong emas Public Gold dengan berat sehingga 250gm.
    • Kesemua barang gadaian diinsuranskan.
    • Perkhidmatan terdapat di 65 lokasi pejabat pos terpilih seluruh negara.
    • Sistem keselamatan yang canggih dan selamat.
    • Tiada caj tersembunyi.

     

  2. Jenis emas apakah yang diterima sebagai gadaian?

    Kami menerima emas dalam pelbagai jenis dan bentuk. Kami juga menerima jongkong emas Pamp Suisse (sehingga 100gm) dan Public Gold (sehingga 250gm).

     

  3. Mutu emas apakah yang diterima sebagai gadaian?

    Kami menerima pelbagai jenis mutu emas iaitu 999, 950, 916, 875, 835 dan 750.

  4. Adakah emas dengan berlian atau batu permata diterima sebagai gadaian?

    Ya. Walau bagaimanapun, anggaran berat batuan akan ditolak atas budi bicara kami.

  5. Bagaimanakah ujian ketulenan emas dilakukan?

    Kami akan menimbang barang tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur ‘aqua regia’ untuk memastikan ketulenan emas.  Ujian densimeter akan turut dilakukan bagi menentukan isipadu serta kepadatan emas.

  6. Berapakah upah simpan yang dikenakan setiap bulan?

    Upah simpan bulanan dikenakan pada kadar RM0.85 bagi setiap RM100.00 marhun.

  7. Bagaimanakah pelanggan boleh melangsaikan pembiayaan?
    • Secara ansuran (selagi masih dalam tempoh pinjaman)
    • Penebusan penuh

     

  8. Adakah Pos ArRahnu menerima bayaran balik menerusi kad debit, kad kredit atau cek?

    Tidak. Pos ArRahnu hanya menerima bayaran secara tunai.

      

  9. Bagaimanakah pelanggan akan menerima bayaran pembiayaan?

    Pelanggan akan menerima wang tunai apabila transaksi berjaya.  Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menjalankan transaksi pemindahan deposit ke akaun Maybank atau RHB Bank mereka di Pejabat Pos terpilih melalui perkhidmatan Perkongsian Perbankan.

  10. Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang dibenarkan?

    6 bulan. Lanjutan tempoh (6 bulan) hanya dibenarkan apabila pelanggan menyelesaikan tunggakan upah simpan.

  11. Harga apakah yang digunakan untuk penilaian marhun?

    Pos ArRahnu menggunakan harga emas berdasarkan harga yang didagangkan di London Metal Exchange (LME).

  12. Berapakah had pembiayaan bagi setiap pelanggan?
    • Nilai pembiayaan sehingga 75%
    • Nilai pembiayaan minimum: RM100
    • Nilai pembiayaan seorang pelanggan sehari: RM50,000
    • Nilai maksimum terkumpul bagi seorang pelanggan: RM100,000

     

  13. Apakah yang perlu dilakukan oleh pelanggan sekiranya mereka kehilangan Surat Akuan Gadaian (SAG)?
    • Pelanggan perlu melengkapkan Borang Aduan Kehilangan dan mendapatkan pengesahan daripada mana-mana Pesuruhjaya Sumpah.
    • Pelanggan perlu menyerahkan borang serta dokumen yang diperlukan di cawangan untuk mendapatkan salinan SAG.
    • Denda RM10 akan dikenakan untuk setiap SAG yang dikeluarkan.

  14. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan baru SAG yang hilang?

    Sekiranya kesemua dokumen sokongan lengkap, salinan baru akan diberikan serta-merta.

  15. Bolehkah penggadai menghantar wakil untuk membuat penebusan barang gadaian?

    Tidak. Jika pelanggan tidak boleh hadir (atas sebab kematian, dipenjarakan atau dimasukkan ke hospital), wakil perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti Sijil Kematian, Surat/Laporan daripada Doktor atau Warder, dan lain-lain.

  16. Bolehkah gadaian ditebus secara sebahagian sahaja?

    Tidak. Dua atau lebih barang yang digadai dalam satu SAG perlu ditebus bersama.

  17. Siapakah yang boleh membuat gadaian di Pos ArRahnu?
    • Warganegara Malaysia
    • Penduduk Tetap (PR)
    • Warga Asing dengan pasport yang sah
    • Berusia 18 ke atas

  18. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat gadaian?
    • Warganegara Malaysia: Kad Pengenalan asal
    • Pemastautin Tetap: Kad Pemastautin Tetap asal
    • Warganegara Asing: Pasport asal dan masih sah

  19. Sekiranya pelanggan terlupa membawa kad pengenalan, adakah Pos ArRahnu menerima lesen memandu yang asal untuk pengesahan?

    Tidak.

  20. Bolehkah pembiayaan tambahan dilakukan?

    Ya, tertakluk kepada had maksimum pembiayaan individu sebanyak RM100,000.

  21. Bolehkah pelanggan melakukan transaksi sekiranya kehilangan SAG sedang dijalankan?

    Ya, tertakluk kepada had maksimum pembiayaan individu sebanyak RM100,000.

  22. Apa akan terjadi sekiranya pelanggan tidak menuntut barang gadaian selepas tempoh 6 bulan?

    Barangan akan dilelong pada bulan berikutnya.

  23. Sekiranya lelongan mempunyai lebihan baki, bolehkah pelanggan menuntut jumlah tersebut?

    Baki lelongan akan dikembalikan kepada pelanggan setelah ditolak upah simpan, jumlah pembiayaan dan caj pentadbiran sebanyak 3%.

  24. Siapakah yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut?

    Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi:

    • Laman sesawang www.pos.com.my; atau
    • Talian Khidmat Pelanggan di 1-300-300-300; atau
    • Hubungi cawangan Pos ArRahnu.  Senarai cawangan ada di sini.

  25. Adakah perkhidmatan lain yang disediakan oleh Pos ArRahnu?

    Selain perkhidmatan pajak gadai Islam, Pos ArRahnu juga menawarkan perkhidmatan berikut:

    • ArRahnu Simpan
    • ArRahnu Cuci
    • Penilaian emas secara percuma
    • Penilaian zakat emas secara percuma
    • Jual beli jongkong emas Public Gold
    • Jual beli jongkong emas Pos Malaysia edisi terhad 1gm
    • Belian balik emas lama, rosak atau terpakai

     

  26. Apakah ciri-ciri  keselamatan yang ditawarkan oleh Pos ArRahnu kepada semua pelanggan?
    • Semua transaksi dilakukan di hadapan pelanggan
    • Ruang/bilik di dalam premis pejabat dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini seperti CCTV, penggera keselamatan dan bilik kebal.
    • Pos ArRahnu mempunyai prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi pada setiap masa
    • Kesemua barang gadaian di Pos ArRahnu diinsuranskan 
    • Pos ArRahnu melakukan audit bulanan ke atas setiap cawangan bagi memastikan semua prosedur dipatuhi