Facebook Twitter Instagram You Tube

Persuratan Bagi Orang Buta

Kami berusaha untuk menghubungkan dan memberikan kemudahan kepada semua rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negara. Perkhidmatan kami juga tidak mengabaikan keperluan pelanggan cacat penglihatan.

 

Khidmat Persuratan Orang Buta disediakan khusus untuk pelanggan menghantar bahan bacaan Braille seperti buku dan majalah

 

Berat dan saiz

  • Berat maksima adalah 7kg bagi setiap kadar penghantaran

 

Kadar pengeposan

  • Tiada caj pengeposan dikenakan bagi kiriman dalam Malaysia dan kiriman melalui laut ke luar negara
  • Barangan yang dikirim melalui mel udara akan dikenakan caj berdasarkan kadar pengeposan/kiriman kelas kedua

 

Anda boleh menghantar kiriman di kaunter atau mana-mana peti surat. Pastikan ayat ‘PERSURATAN ORANG BUTA’ ditulis dengan jelas di bahagian kiri atas sampul surat dan mematuhi peraturan yang telah digariskan.

 

Peraturan

  • Semua kiriman hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang tidak dilekatkan atau boleh dibuka untuk pemeriksaan pos
  • Jangan sertakan surat, catatan atau dokumen peribadi