Facebook Twitter Instagram You Tube
Tiket Serahan Tingkap

Tiket Serahan Tingkap

Tiket Serahan Tingkap menawarkan keistimewaan dan akses kepada perkhidmatan kutipan mel untuk rakyat Malaysia.

 

Ciri utama

Perkhidmatan ini berfungsi sebagai rumah kedua anda dengan ciri keselamatan tambahan apabila mel hanya boleh diambil dengan Tiket Serahan Tingkap. Kami akan tempatkan semua item yang dikirim kepada anda di alamat yang telah anda tetapkan semasa memohon perkhidmatan ini. Anda boleh datang pada waktu pejabat untuk mengambil kiriman anda.

 

Kaedah

Anda boleh memohon perkhidmatan ini dengan mengisi borang yang boleh didapati di semua Pejabat Pos/Cawangan Serahan/Pusat Mel di seluruh negara dan hantarkan borang tersebut bersama dokumen berkaitan ke Pejabat Operasi Negeri / Pejabat Operasi Wilayah.

 

Kadar sewaan

  • Untuk tempoh setahun mengikut tahun kalendar: RM30
  • Untuk tempoh enam (6) bulan terakhir mengikut tahun kalendar: RM15

 

Peti Surat Persendirian

Peti Surat Persendirian

Peti Surat Persendirian menyediakan kemudahan sewaan peti surat di Pejabat Pos / Cawangan Serahan/Pusat Mel di seluruh negara untuk orang awam, organisasi serta syarikat. Anda boleh mendapatkan mel anda pada atau selepas waktu pejabat. Anda juga boleh mendapatkan surat anda pada hujung minggu atau cuti umum.

 

Ciri utama

Perkhidmatan ini disediakan untuk golongan individu dan korporat. Aspek keselamatan dan kerahsiaan alamat peribadi pelanggan turut terjamin.

 

Kadar sewaan

  • Untuk tempoh setahun mengikut tahun kalendar: RM50
  • Untuk tempoh enam (6) bulan terakhir mengikut tahun kalendar: RM25
  • Deposit Kunci: RM30

 

Kaedah

Semua permohonan perlu dihantar kepada Pejabat Operasi Negeri / Pejabat Operasi Wilayah dengan menggunakan borang yang disediakan berserta dokumen berkaitan.

 

Sila baca atau muat turun borang melalui capaian di bawah:
Paparkan Borang atau Muat turun Borang

 

Karung Berkunci

Karung Berkunci

Perkhidmatan ini membolehkan anda mengambil mel milik syarikat anda dalam karung berkunci dan pada masa yang sama menjimatkan kos kakitangan dan masa.

 

Ciri utama

Semua mel akan dikumpulkan, dimasukkan ke dalam karung dan seterusnya dikunci sebelum diserahkan kepada para pelanggan. Keselamatan mel adalah terjamin dan anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dalam jangka masa pendek.Perkhidmatan ini hanya disediakan di semua Pejabat Pos Besar di seluruh negara.

 

Kadar sewaan

  • Untuk tempoh setahun mengikut tahun kalendar: RM50
  • Untuk tempoh enam (6) bulan terakhir mengikut tahun kalendar: RM25

 

Kaedah

Anda boleh memohon melalui:

 

  • Borang di Cawangan Pejabat Pos/Cawangan Serahan/Pusat Mel
  • Borang diisi dengan lengkap berserta dengan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke Pejabat Operasi Negeri/Pejabat Operasi Wilayah.

 

Karung berkunci hanya boleh diambil pada waktu pejabat di semua Pejabat Pos Besar. Anda perlu menyediakan dua beg serta anak kunci yang mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Pos Malaysia Berhad.

Khidmat Pos Renti

Khidmat Pos Renti

Pernahkah anda terfikir untuk meninggalkan kerja yang penuh dengan tekanan dan pada masa yang sama ingin mengembara ke destinasi idaman? Namun ada sesuatu yang merunsingkan anda. Anda masih mahu berkomunikasi dengan keluarga dan rakan sepanjang kembara tersebut tetapi anda mungkin tidak mempunyai akses kepada komunikasi elektronik di destinasi itu. Adakah cara berkomunikasi tradisional menggunakan surat masih wujud?

 

Poste Restante (Khidmat Pos Renti) sedia membantu anda. Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan untuk pengembara yang tidak mempunyai alamat tetap. Pengembara boleh mendapatkan mel yang dialamatkan ke POSTE RESTANTE di Pejabat Pos Besar yang berdekatan.

 

Ciri utama

Surat kiriman yang dihantar ke POST RESTANTE dari Brunei dan Singapura akan disimpan selama sebulan manakala surat dari destinasi luar negara yang lain akan disimpan selama dua bulan. Selepas tarikh luput, surat-surat ini akan dikirim ke Pejabat Surat Mati. Para pelanggan boleh mendapatkan mel mereka pada bila-bila masa di Pejabat Pos Besar.

 

Arahan

Perkhidmatan ini adalah amat mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah dapatkan alamat Pejabat Pos Besar di lokasi percutian anda dan sampaikan maklumat tersebut kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

 

Seterusnya, anda boleh bertanya di Kaunter Pertanyaan Pejabat Pos Besar tersebut sama ada anda mempunyai sebarang kiriman mel.

 

Sila bawa Kad Pengenalan atau Pasport untuk pengesahan butiran peribadi.