Facebook Twitter Instagram You Tube
Terbitan Berkala

Terbitan Berkala

  • Perkhidmatan pos untuk majalah, katalog, surat khabar atau pelbagai bentuk cetakan lain yang mempunyai nama penerbitan khusus bagi setiap isu yang diterbitkan secara berkala dan mempunyai berat tidak melebihi 250gm
  • Hanya satu (1) terbitan dibenarkan untuk setiap penghantaran
  • Kiriman yang dimasukkan ke dalam sampul, “poly-wrapping” atau “poly-bag” mestilah boleh diperiksa oleh Pos Malaysia
  • Sebarang barangan yang tidak berjaya dikirim akan dikembalikan semula kepada pengirim mengikut alamat Peti Berkunci.Bagi pengirim yang tidak mempunyai alamat Peti Berkunci, barangan tersebut tidak akan dikembalikan dan akan dilupuskan
  • Jika barangan tersebut didapati tidak menepati definisi Terbitan Berkala, mengandungi barang peribadi atau tidak berkaitan, barangan tersebut akan diklasifikasikan sebagai Mel Bukan Standard
  • Perkataan “Terbitan Berkala” mesti dinyatakan atau ditulis di bahagian kiri sampul
  • Tiada bukti serahan atau jejak & kesan

 

Kadar bayaran pos Terbitan Berkala adalah berdasarkan skala berat seperti berikut:

 

Sehingga 20g RM0.50
20gm ke atas – 50gm RM0.60
50gm ke atas – 100gm RM0.80
100gm ke atas – 250gm RM0.90

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar semakan tarif dan zon, sila rujuk spesifikasi produk yang tertera di bawah Mel Antarabangsa atau hubungi Khidmat Pelanggan kami.  

 

Pautan Lain

1. Borang Permohonan Terbitan Berkala

2. Borang Kemaskini Maklumat Pelanggan

3. Borang Pembatalan/Penutupan

Mel Pukal

Mel Pukal

Mel Pukal adalah khidmat penghantaran mel dalam jumlah yang besar atau melalui ejen pos Mel Pukal dengan menggunakan Khidmat Pos Pra Bayar.  Pelanggan tidak perlu menimbang atau melekatkan setem pada setiap item mereka secara berasingan dengan adanya perkhidmatan Pos Pra Bayar ini.

 

Perkhidmatan Mel Pukal amat sesuai untuk kiriman berkuantiti besar seperti katalog, majalah, notis dan penerbitan lain.

 

Perkhidmatan Pos Pra Bayar boleh didapati dalam dua jenis:

  1. Khidmat Pos Pra Bayar Tempatan
  2. Khidmat Pos Pra Bayar Luar Negara

Lesen

Jumlah minimum kiriman melalui Khidmat Pos Pra Bayar Berlesen dan Tanpa Lesen adalah 100 barangan yang mempunyai saiz, bentuk, dan berat yang sama.  Segala urusan pengeposan hendaklah dijalankan di kaunter pejabat pos terpilih atau di Pusat Mel Perniagaan dan disertakan dengan Doket Pengeposan Pukal.

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan Borang Pos Mel 60 yang boleh diperolehi dari Pejabat Pos Negeri, Pos Malaysia Berhad atau Pusat Mel Perniagaan
  2. Lesen akan diberikan secara percuma
  3. Semua surat perlu dicetak bersama maklumat Pos Pra Bayar atau “indicia”.  Contoh “indicia” adalah seperti berikut:
    undefined
  4. Contoh tekapan (indicia) yang dilekatkan di atas sampul atau bungkusan perlulah disertakan bersama borang permohonan
  5. Semua surat mestilah mempunyai cetakan alamat pengirim

Tanpa Lesen

  1. Pelanggan tidak perlu memohon lesen
  2. Minima pengeposan adalah 100 keping
  3. Urusan kiriman boleh dilakukan di mana-mana Pusat Mel Perniagaan yang menyediakan Khidmat Mel Pukal
  4. Terhad untuk kiriman tempatan sahaja

Larangan

  1. Semua item “Penghantaran Semula” dilarang daripada dikirim ke luar negara
  2. Pengguna perkhidmatan Mel Pukal dilarang mengirim mel berlesen atau tanpa lesen di peti pos

Pembayaran boleh dilakukan dalam pelbagai kaedah

  • Tunai
  • Pesanan Belian Tempatan (LPO)
  • Draf Bank
  • Cek
  • Akaun Panjar (Akaun Imprest)

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar semakan tarif dan zon, sila rujuk spesifikasi produk yang tertera di bawah Mel Antarabangsa atau hubungi Khidmat Pelanggan kami. 

 

Pautan Lain 


1. Terma dan Syarat Pos Jelas Berlesen

2. Borang Permohonan Pos Jelas Berlesen

3. Borang Kemaskini Maklumat Pelanggan

4. Borang Pembatalan/Penutupan

Perkhidmatan Jawapan Perniagaan

Perkhidmatan Jawapan Perniagaan

Perkhidmatan Jawapan Perniagaan adalah sampul jawapan yang tersedia dengan tujuan untuk menggalakkan penerima membalas kajian, membayar bil seperti kad kredit kad atau peraduan dengan percuma.

 

Ini membuatkan penghantaran surat menjadi mudah, senang dengan kadar yang berpatutan dan responsif. Malah, caj yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jawapan yang diterima sahaja.

 

Kadar

  • Berdasarkan kepada berat surat.
  • Caj perkhidmatan adalah sebanyak RM0.02 bagi setiap barangan yang diposkan.

 

Bagaimana menggunakan Perkhidmatan Jawapan Perniagaan (PJP)?

  • Dapatkan lesen daripada Pejabat Pengurus Negeri yang boleh didapati secara percuma.
  • Sediakan sampul jawapan perniagaan dalam bentuk surat, poskad, surat berlipat yang di tetapkan oleh Pos Malaysia Berhad.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa.

 

Pautan Lain

1. Borang Permohonan Perkhidmatan Jawapan Perniagaan

2. Borang Kemaskini Maklumat Pelanggan

3. Borang Pembatalan/Penutupan

Perkhidmatan Frangki

undefinedundefined

Apa itu Perkhidmatan Frangki?

Frangki merupakan kaedah alternatif pengeposan mel dengan menggunakan cetakan tekapan pada item pos yang menunjukkan tarikh dan nilai kadar bayaran pengeposan menggantikan setem. Ia merupakan cara yang mudah dan pantas untuk mengurus mel anda di samping dapat menjimatkan masa serta wang anda.  Kaedah ini mudah digunakan dan amat sesuai untuk kegunaan syarikat yang perlu menghantar mel dalam kuantiti yang besar.

 

Contoh Tekapan Frangki

 

undefined

 

Kelebihan Frangki

Pantas dan Efisien

Mesin frangki mencetak serta memproses bayaran pos dan beratus mel mengikut kadar, berat, saiz dan destinasi secara automatik.  Kaedah ini merupakan cara yang lebih profesional untuk mengurus dan memproses mel berkuantiti besar tanpa perlu melekatkan setem atau bimbang akan masalah kehabisan setem.

 

Mudah dan menjimatkan masa 

Anda boleh menambah nilai bayaran pos ke dalam akaun (akaun prabayar) dan mengawal serta mengurus cetakan tekapan tanpa perlu mengunjungi Pejabat Pos.  Anda tidak perlu lagi membeli atau menyimpan pelbagai nilai setem mengikut kadar bayaran pos yang diperlukan.

 

• Promosi perniagaan anda menerusi mel 

Cetakan frangki boleh ditempah khas menampilkan logo syarikat atau mesej promosi yang ingin anda sampaikan.

undefined

 

Permulaan

Langkah 1 - Memilih Mesin Frangki

Anda boleh membeli atau menyewa mesin frangki melalui Pengedar Sah Pos Malaysia dan memilih mesin yang bersesuaian dengan keperluan kiriman pos anda.

Pengedar Sah Pos Malaysia:

 

Bil

Pengedar

Talian

Jenama

1

Pitney Bowes (M) Sdn. Bhd.

Suite C-11-1 to C-11-2 

Level 11, Wisma Goshen

Plaza Pantai. No. 5 Jalan 4/83A 

Off Jalan Pantai Baru, 59200 KL

T: 03-20277799

F: 03-22828099

Pitney Bowes

2

Neosys Documail (M) Sdn. Bhd.

2.07 Level 2, Wisma Academy 

Lot 4A, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya

T: 03-79582266

F: 03-79583266

Neopost

3

Dicklin Sdn Bhd

Wisma Dicklin

No 80B, Jalan Bangsar

59100 Kuala Lumpur

T: 03-22822250

F: 03-22824936

Frama

4

Vertical Rivers Sdn Bhd

C-3A-46 101 Boulevard 

Jalan Kenari 5 

Bandar Puchong Jaya

47170 Puchong

Selangor Darul Ehsan.

T: 03- 80715188

F: 03- 80715199

Francotyp Postalia

 

Pilihan Untuk Menyewa Mesin Frangki:

Neosys Documail Sdn Bhd

• Vertical Rivers Sdn Bhd

 

Langkah 2 Memohon Permit Mesin Frangki 

Selepas memilih mesin frangki, anda perlu memohon permit frangki Pos Malaysia melalui Pengedar Sah.

 

Langkah 3 - Tambah Nilai Kredit 

Anda boleh menambah nilai mesin frangki menggunakan pilihan tambah nilai kredit seperti wang tunai, cek atau draf bank melalui Maybank dan Pesanan Tempatan bagi Agensi Kerajaan. Pos Malaysia akan memberi butiran akaun bank untuk proses tambah nilai melalui notis makluman kelulusan permit.

 

Langkah 4 - Memulakan Frangki

Anda boleh menggunakan frangki untuk pelbagai produk mel termasuklah:

  • Mel Standard
  • Mel Bukan Standard
  • Bungkusan
  • Terbitan Berkala
  • PosDokumen
  • Pos Daftar (caj tambahan bayaran pengeposan)
  • Mel Antarabangsa

 

Pengeposan Mel

Anda perlu mematuhi terma dan syarat pengeposan mel frangki yang ditetapkan oleh Pos Malaysia.

  • Semua mel frangki perlu dibuat pengeposan pada hari yang sama mengikut tarikh tekapan.
  • Pengeposan mel frangki hanya diterima di Pejabat Pos yang telah ditetapkan berdasarkan permohonan pelanggan.
  • Mel frangki tidak boleh dibuat pengeposan dipeti pos jalanan

 

Pautan Lain

 

Pos Dokumen

Pos Dokumen

Pos Dokumen merupakan satu perkhidmatan yang membolehkan anda menghantar apa juga dokumen seperti majalah, buletin syarikat, laporan tahunan dan lain-lain dokumen yang seperti dengannya. Perkhidmatan ini hanya tertakluk untuk penghantaran serta edaran dalam negara sahaja.

Ciri-ciri:

Spesifikasi Pos Dokumen

 

  • Dokumen atau bahan bercetak dimana beratnya tidak melebihi 2kg
  • Saiz: 340mm (p) x 250mm (l) x 30mm (t)
  • Setiap pengeposan hanya boleh mengandungi satu (1) item sahaja.
  • Perkataan "POS DOKUMEN" mesti dicetak pada sebelah kiri bahagian atas muka surat hadapan.
  • Item yang dimasukkan ke dalam sampul surat, "poly-wrapping" atau "poly-bag" mestilah boleh dibuka untuk tujuan pemeriksaan pos.
  • Item yang tidak dapat diserahkan akan dikembalikan kepada pengirim menggunakan alamat Peti Surat Persendirian atau jika tiada alamat Peti Surat Persendirian, item tidak akan dikembalikan dan akan dilupus.
  • Jika dikesan tidak menepati definisi Pos Dokumen, mengandungi "personalized item" atau bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan penerbitan, item akan diklasifikasikan sebagai Mel Bukan Standard.
  • Tiada bukti pengeposan dan serahan atau perkhidmatan jejak dan kesan.

 

undefined

Caj penghantaran melalui PosDokumen adalah berdasarkan kepada berat sesuatu barang.

 

Mod Transmisi Berat Kadar Bayaran Pos (RM)
Mel Darat/Laut Sehingga 500gm 1.80
Lebih 500gm - 1kg 3.00
Lebih 1kg - 2kg 4.50
Mel Udara Sehingga 500gm 1.80
Lebih 500gm - 1kg 4.50
Lebih 1kg - 1.5kg 7.50
Lebih 1.5kg - 2kg 9.00

 

Bagi penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak atau sebaliknya, caj tambahan pengangkutan udara sebanyak RM1.50 untuk setiap 500g akan dikenakan bagi barangan yang lebih daripada 500g hingga 2 kg.

 

Pautan Lain

1. Borang Permohonan Pos Dokumen

2. Borang Kemaskini Maklumat Pelanggan

3. Borang Pembatalan/Penutupan

 

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

Admail

Admail

Perkhidmatan Admail Pos Malaysia Berhad dapat membantu pelanggan dalam penyampaian maklumat promosi/pengklanan terus kepada sasaran pelanggan di dalam skala yang besar. Dengan lebih daripada 686 rangkaian pejabat pos di seluruh negara dan liputan rangkaian yang luas, perkhidmatan ini dapat membantu menjimatkan masa, kos dan sumber tenaga.

 

Admail adalah:

  • Pengedaran mel pengiklanan kepada penerima secara tidak khusus.
  • Pelanggan boleh memilih kawasan atau permis yang disasarkan dan Pos Malaysia akan menguruskan berkenaan dengan proses penghantaran tersebut.

 

Admail boleh membantu mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan anda melalui pengagihan dengan harga yang berpatutan.

 

Untuk informasi lebih lanjut tentang perkhidmatan ini, sila rujuk disini:

Unit Admail

PosMel

Pusat Mel Nasional

Persiaran Perkilangan

40300 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-5565-3281/3288

Fax: 03-5565-3299

Email: Posmel.DM@pos.com.my

Corporate Postal Solutions

Corporate Postal Solutions

Corporate Postal Solutions adalah penyelesaian yang menyeluruh dalam pengurusan mel harian anda. Kakitangan kami akan ditempatkan di premis anda untuk mengendalikan semua urusan mel keluar dan masuk.

Mereka akan mengambil mel-mel di pejabat pos dan diserahkan untuk edaran dalaman. Dalam masa yang sama, mereka juga akan mengutip, mengisih dan menghantar keluar semua mel daripada setiap unit di syarikat anda untuk penghantaran ke pejabat pos. Edaran dalaman ini dilakukan dua hingga tiga kali sehari.

 undefined

Kelebihan

  • Dipercayai
  • Menepati masa
  • Tepat
  • Jimat (masa, sumber tenaga, pengangkutan dan kos-kos operasi yang lain)
  • Penghantaran Mel masuk dengan segera
  • Jimat masa untuk pengutipan Mel Keluar
  • Kekerapan pengedaran dan kutipan Mel (3 hingga 4 kali sehari)
  • Menyediakan perkhidmatan pengganti tenaga kerja mel

 

Pengangkutan

  • Mel akan diambil dari Pejabat Pos Besar ke syarikat anda.
  • Mel akan diambil dari syarikat anda ke Pejabat Pos Besar
  • Pengangkutan (Van dan motor) disediakan oleh Pos Malaysia Bhd

 

Mel masuk

  • surat biasa, surat serahan tangan, surat daftar, Pos Ekspres, kurier dan bungkusan.
  • Surat diterima, direkod dan disisih
  • Penghantaran mel ke setiap unit/jabatan/ seksyen dalam syarikat anda
  • Mengemaskini rekod bagi surat serahan tangan, surat daftar, Pos Ekspres, kurier, dan bungkusan

 

Mel Keluar

  • surat biasa, surat daftar, Pos Ekspres, kurier, Pos Jelas.
  • Mengumpulkan segala mel disetiap unit/jabatan/ seksyen di syarikat anda
  • Memasukkan serta melipat segala surat/pernyataan/bil ke dalam sampul surat
  • Merekod, menimbang, franki dan mengisih mel-mel
  • Menyediakan doket pengeposan bagi surat biasa untuk di poskan.
  • Mengemaskini catatan rekod, surat daftar, PosEkspres, Kurier dan serahan tangan bagi penghantaran luar

 

Perkhidmatan Tambahan

  • Menguruskan kemasukan dan cetakan data
  • Memperbaharui nilai kredit mesin franki
  • Menguruskan lesen kontrak mel, contoh: Pra-pembayaran dan lesen mesin franki
  • Pembayaran bil, penghantaran dokumen, dan lain-lain (despatch service)
  • Surat khabar bagi edaran dalam.
  • Jualan setem, sampul Pos Ekspres dan sebagainya

 

Perkhidmatan ini berlandaskan kontrak dimana syarikat anda yang menentukan sama ada perkhidmatan ini berteraskan perjanjian jangka panjang mahupun sebaliknya.

 

Dengan perkhidmatan yang menyeluruh ini, syarikat anda perlu menyediakan kemudahan seperti bilik mel yang mempunyai perabot asas dan rak untuk kerja-kerja menyisih. Pos Malaysia Berhad akan menyediakan kakitangan, pengangkutan, dan keperluan lain yang diperlukan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

DM Reach

 

undefined

 

Cara yang efektif untuk memacu perniagaan anda

Anda mempunyai produk atau perkhidmatan baru untuk dipromosi dan diwarwarkan?  Anda ingin berhubung terus dengan pelanggan sedia ada atau mencari pasaran baharu? DM Reach mampu menghubungkan anda kepada pelanggan dan prospek pada masa yang sama. Bertindak dan hebahkan jenama anda. Bersandarkan kemampuan, kepakaran, dan rangkaian yang luas, DM REACH pasti dapat membantu menjayakan kempen promosi anda.

 

undefined

 

Penggerak perniagaan anda

DM REACH merupakan cabang komunikasi yang efektif, responsif, berpatutan dan boleh diukur dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Bagaimana? Mudah sahaja. Pastinya di setiap kediaman atau premis perniagaan ada mempunyai peti surat. Dengan DM Reach, promosi anda akan terus di hantar ke dalam peti surat tersebut dan seterusnya ke tangan pelanggan. Dengan data dan rangkaian penghantaran kami yang meluas, anda dapat berhubung secara langsung dengan sasaran pelanggan anda.

 

Bagaimana DM Reach Dapat Membantu Anda

undefined

Menepati sasaran
Membolehkan anda memilih siapa pelanggan anda

  • Dipasarkan hanya kepada pelanggan yang memerlukan dan berminat dengan perkhidmatan atau produk anda.
  • Memastikan pelanggan  menerima maklumat tentang produk dan perkhidmatan anda.
undefined

Capaian yang luas 

  • Memberi peluang kepada pelanggan untuk mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan mereka melalui mel iklan pada kadar yang berpatutan
  • Khidmat penghantaran terus ke alamat di seluruh Malaysia.
undefined

Kadar respon yang boleh diukur

  • Pelanggan boleh memantau keberkesanan produk dan perkhidmatan sebelum melancarkan kempen mel iklan yang sepenuhnya.
  • Pulangan pelaburan (ROI) yang boleh di ukur.
undefined

Medium Deria

  • Bahan bercetak dapat mengaktifkan lima deria dan mudah di serap ke minda.
  • Mesej yang unik dan menarik akan senang di ingat oleh pelanggan.

DM Reach 'Machinable'

Jenis

Saiz Minimum

Saiz Maksimum

Bentuk

Ciri-Ciri

Sampul Standard

 

140mm

(panjang)

x 90mm (lebar) x 0.25mm (tebal)

250mm

(panjang)

x 165mm (lebar) x 6mm (tebal)

Segi empat tepat atau segi empat sama

  1. Zon kod bar perlulah dibiarkan kosong 15mm dari bawah sampul  (hujung ke hujung)
  2. Sampul mestilah berwarna lembut (berwarna putih)
  3. Berat maksimum adalah 50gm
  4. Sampul hendaklah yang tidak berkilat
  5. Sampul hendaklah yang berasaskan kertas
  6. Sampul hendaklah yang tidak mempunyai cetakan
  7. Sampul hendaklah yang tidak mengandungi objek atau item yang tidak fleksibel seperti VCD, CD, DVD atau kaset
  8. Sampul hendaklah ditutup rapi untuk melindungi isi kandungan.

 

*Sila rujuk Spesifikasi Sampul Standard di dalam Mel Standard

 

DM Reach 'Non-Machinable'

Jenis

Saiz Minimum

Saiz Maksimum

Bentuk

Ciri-ciri

Sampul Bukan Standard

600mm (panjang) x 250mm (lebar) x   30mm (tebal)

1kg (dalam berat)

 

Segi empat tepat

 

Isi kandungan dengan sampul kertas atau plastik

undefined

Poskad

140mm (panjang) x  90mm (lebar)

148mm (panjang) x 105mm (lebar)

Segi empat tepat

 

Berat maksimum 20gm

undefinedundefined

 

DM Reach 'Non-Machinable'

Jenis

Saiz Minimum

Saiz Maksimum

Bentuk

Ciri-ciri

Poskad Kreatif

Pelbagai Saiz

Pelbagai Saiz

Bentuk 2D Ganjil

Berat maksimum 20gm

Contoh:

undefined

Mel 3D

600mm (panjang) x 250mm (lebar) x   30mm (tebal)

1kg (dalam berat)

 

Bentuk Ganjil

 

  1. 3D
  2. Tanpa Sampul

Contoh:

undefinedundefinedundefined

Kotak

600mm (panjang) x 250mm (lebar) x   30mm (tebal)

1kg (dalam berat)

Segi empat tepat

3D

Contoh:

undefined

Kotak berbentuk ganjil

600mm (panjang) x 250mm (lebar) x 30mm (tebal)

1kg (dalam berat)

 

Kotak Bentuk Ganjil

 

  1. 3D
  2. Tiada sampul

Contoh:

undefined

Item Bergulung

600mm (panjang) x 100mm (diameter)

1kg (dalam berat)

Bergulung

  1. 3D
  2. Berbalut

Contoh:

undefined

Bungkusan Kecil

250mm (panjang) x 200mm (lebar) x 100mm (tebal)

1kg (dalam berat)

 

Segi empat tepat

 

  1. 3D
  2. Berbalut

Contoh:

undefined

Katalog

Tiada

250gm (dalam berat)

Pelbagai bentuk

Pelbagai dimensi saiz

Contoh:

undefined

 

Kadar Pengeposan Item DM Reach

Berat

Machinable (RM)

Non-Machinable (RM)

 

20g dan ke bawah

*0.40

*0.60

>20g – 50g

*0.50

*0.60

>50g – 100g

NA

*0.70

>100g – 250g

NA

*0.70

>250g – 500g

NA

*1.50

>500g – 1kg*

NA

*2.50

* Tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa

 

Terma dan Syarat

  • Minimum 1,000 keping / bungkusan bagi setiap Serahan.
  • DM Reach diklasifikasikan sebagai perkhidmatan bukan utama dan akan diproses pada hari berikutnya.
  • Pos Malaysia Berhad mempunyai kelulusan untuk membuka mel bagi tujuan pengesahan.
  • Item DM Reach mesti menggunakan lesen mel prabayar sahaja
  • Sebelum penghantaran, contoh item harus dihantar ke Unit DM Reach untuk tujuan pengesahan terlebih dahulu.
  • Item perlulah diisih mengikut isihan Pos Malaysia Berhad
  • Berat maksimum bagi barangan DM Reach adalah 1 kilogram
  • Untuk penghantaran domestik sahaja

 

 Untuk maklumat lanjut, sila:

  • Rujuk di sini untuk melayari Soalan Lazim mengenai DM Reach
  • Hubungi Unit DM Reach: +603 5565 3281/3288
  • Waktu Operasi: 8:30pg to 5:30ptg (Isnin hingga Jumaat)
  • Hubungi Khidmat Pelanggan Posline
  • E-mel persoalan anda ke Posmel.DM@pos.com.my
PosBox

undefined

undefined

 

Kami di Pos Malaysia beriltizam untuk menghubungkan anda melalui perhubungan yang mudah, rangkaian penghantaran yang luas serta penyelesaian inovatif bagi keselesaan dan kemudahan anda. Dengan itu, kami pemperkenalkan PosBox, pusat khidmat perniagaan sehenti yang memudahkan urusan perniagaan serta penghantaran anda melalui kepelbagaian perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia.

 

Di PosBox, keutamaan kami adalah untuk membantu perniagaan anda.

   

Produk serta perkhidmatan yang ditawarkan di PosBox

 

undefined

  • Penyewaan Peti Surat
  • Penyelesaian Kiriman Mel
  • Penyelesaian Penghantaran
  • Khidmat Dokumen
  • Khidmat Komunikasi

Lokasi Baharu PosBox

POSBOX Bangsar South

LGF-13,

The Sphere, Avenue 1,

Bangsar South City,

59200 Kuala Lumpur

 

Telefon dan faks: +603-2242-2573

E-mel: posbox.bs@pos.com.my

 

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat: 8:30 pagi - 6:30 petang

Sabtu: 10:00 pagi - 2:00 petang

 

Lokasi / Temui Kami

undefined

undefined

 

Alamat Peribadi

PosBox menawarkan alamat unik untuk disewa bagi tujuan penerimaan mel atau bungkusan tempatan atau dari luar negara, tanpa mengira tujuan atau di mana sahaja anda berada.

 

Terima, maklum, simpan atau majukan item anda

PosBox menerima mel, paket kecil atau bungkusan anda dari pelbagai khidmat kiriman tempatan mahupun luar negara.  Kami akan menyimpan dan memaklumkan kepada anda tentang kiriman yang anda terima, atau memberi kemudahan untuk memajukannya ke alamat pilihan anda di dalam Malaysia.

 

Kelebihan

  • Eksklusif – Anda boleh memohon dan  menempah nombor peti surat tersendiri.
  • Fleksibel - Dapatkan mel anda walau di mana anda berada dan pada bila-bila masa
  • Privasi – Alamat anda rahsia dan terjamin.
  • Akses Mudah – Akses kepada peti surat fizikal
  • Notifikasi Barangan – Kami akan maklumkan kepada anda melalui e-mel atau telefon mengenai penerimaan mel/bungkusan anda.
  • Simpanan atau Penghantaran – Kami boleh menyimpan atau menghantar mel, faks & bungkusan anda untuk simpanan atau kutipan atau memajukan mel/bungkusan tersebut ke mana-mana alamat pilihan anda di Malaysia
  • Peti surat pelbagai saiz – Mengikut kesuaian dan pilihan anda

 

Mula

  • Isikan Borang Permohonan atau kunjungi cawangan PosBox atau mohon melalui e-mail di posbox.bs@pos.com.my
  • Pilih nombor eksklusif  sendiri atau pilih nombor yang ditawarkan
  • Kepilkan dokumen anda 
    • Kad Pengenalan: untuk permohonan peribadi / individu
    • ROC/ROB: untuk permohonan korporat / perniagaan
  • Hantar borang permohonan anda kepada cawangan PosBox untuk pemprosesan

 

 

undefined

 

Pos Malaysia menyediakan pelbagai penyelesaian mel dan lain-lain lagi.

 

Di PosBox, anda boleh:

  • Membeli setem, mendaftar kod bar mel, mendapatkan sampul Pos Ekspress
  • Mengirim surat di Peti Surat
  • Kaunter penerimaan surat dan barangan perniagaan secara pukal

undefined

 

Kami bersedia membantu dalam permintaan penghantaran anda

 

Penghantaran domestik dan antarabangsa

PosBox merupakan pusat sehenti untuk perkhidmatan penghantaran pintu ke pintu sama ada untuk dalam atau luar negara.  Kami menyediakan perkhidmatan premium melalui rangkaian dan kepakaran terbaik Pos Malaysia berserta khidmat kurier terbaik antarabangsa.

 

Pilihan Bungkusan

Terdapat pelbagai pilihan bungkusan di PosBox.  Anda hanya perlu membawa barangan anda dan pilih bungkusan mengikut keperluan.

 

Khidmat kutipan dan pembungkusan

Anda cuma perlu memaklumkan kepada kakitangan kami jika memerlukan khidmat kutipan dan pembungkusan barangan secara pukal atau bersaiz besar.

 

undefined

 

Kami menawarkan pelbagai khidmat dokumen seperti:

  • Cetakan: Warna atau hitam dan putih
  • Imbasan: Asal, Pembesaran atau Pengecilan
  • Laminat dan penjilidan

undefined

 

Kami tahu perniagaan anda sukar beroperasi tanpa komunikasi.  Justeru, kami di PosBox menawarkan:

  • Penyewaan waktu komputer lengkap dengan akses Internet 
  • Perkhidmatan faks
Definitif Setem

Setem Definitif

Setem definitif merupakan setem jenis biasa yang dikeluarkan untuk kegunaan beberapa tahun. Tidak sebagaimana setem peringatan yang kerap dikeluarkan sempena sesuatu acara atau ulangtahun, rekabentuk setem definitif tidak semestinya berkait dengan acara tertentu.

Kebiasaannya setem definitif dikeluarkan berasingan untuk siri kebangsaan dan untuk siri negeri. Untuk siri kebangsaan, setnya membariskan setem-setem yang bernilai tinggi sementara untuk setem siri negeri, walaupun mengguna imej yang sama, namun diletakkan nama dan lata negeri pada imej setem tersebut dan nilai mukanya juga lebih rendah.

Di Malaysia tema flora dan fauna digunakan dalam pengeluaran setem definitif sejak 1965 lagi. Jabatan Pos ketika itu mengeluarkan siri burung mengandungi lapan keping setem untuk setiap negeri di Malaysia. Setem tersebut memaparkan Burung Siul untuk setem 25 sen; Burung Murai Gajah untuk 30sen; Burung Kunyit Besar untuk 50sen;Burung Enggang untuk 75sen; Burung Merbok untuk $1; burung kuang untuk $2; Burung Murai Ekor Gading untuk $5;dan Burung Pacat untuk $10.

Siri itu bertahan selama lima tahun sebelum digantikan oleh siri rama-rama yang menghiasi sudut atas kanan sampul surat sehingga tahun 1979. Selepas itu, muncul pula siri haiwan mengandungi harimau, kelawar, rusa, tenggiling, penyu, tenuk, seladang dan Orang Utan. Setem dengan gambar belimbing besi, pisang emas, kuini, betik, manggis, durian dan rambutan yang mencorakkan siri buah-buahan tempatan bagi setem definitif nasional mula dikeluarkan pada 5 Jun 1986. Siri setem definitif terlama dikeluarkan di Malaysia ialah siri bertemakan pertanian iaitu dari tahun 1986 sehingga 2005.

Siri ini memaparkan kepelbagaian tanaman pertanian yang diusahakan di Malaysia iaitu koko, kelapa, lada hitam, getah, kelapa sawit, dan padi. Namun begitu, pada ketika ini setem bertemakan buah masih digunakan terutama bagi nilai muka setem yang berharga tinggi.

Pada 2005, siri burung pula mengambil tempat seterusnya. Antara burung yang terdapat di setem ini ialah Burung Tekukur, Burung Merbah Beringin, Burung Bayan Nuri, Burung Murai Batu, Burung Kelicap Bukit, Burung Punai Tanah, Burung Pacat Bukit dan Burung Pergam Besar. Setem-setem itu dikeluarkan dalam lapan denominasi iaitu 20 sen, 30 sen, 40 sen, 50 sen, 75 sen, RM1, RM2 and RM5. Siri terkini (2010) merupakan siri setem bertemakan taman bunga kebangsaan dengan nilai muka 30 sen, 50 sen, 60 sen, 70 sen, 80 sen, 90 sen, RM1 dan RM2. Antara paparan yang terdapat pada setem tersebut ialah Bunga Seri Pagi, Bunga Kertas, Bunga Raya dan dua reka bentuk baru, Bunga Tasbih dan Bunga Cempaka.

Walaubagaimanapun, pihak Pos Malaysia masih menggunakan sesetengah nilai muka setem definitif yang lama. Nilai muka setem definitif untuk 5 sen dan 10 sen masih menggunakan setem bertemakan siri pertanian. Manakala nilai muka setem definitif untuk 40 sen, RM5, RM10 dan RM20 menggunakan tema siri buah.

  1. 1965 - Siri Orkid
  2. 1965 - Siri Burung Kebangsaan
  3. 1970 - Siri Rama Rama (I)
  4. 1971 - Siri Rama Rama (II)
  5. 1979 - Siri Haiwan
  6. 1979 - Siri Bunga (I)
  7. 1986 - Siri Buah
  8. 1986 - Siri Pertanian
  9. 2005 - Siri Burung
  10. 2007 - Siri Bunga (II)
  11. 2010 - Siri Taman Bunga Kebangsaan

* Diskaun RM5 untuk tiket masuk Zoo Negara (DEWASA) dengan setiap pembelian buku setem bernilai RM3.

  • Boleh didapatkan di 65 buah kaunter Pejabat Pos sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan & PosBox Bangsar South.
  • Terdiri daripada 5 keping setem definitive dengan denominasi RM0.60.
  • Penebusan tiket hanya boleh dilakukan di kaunter Zoo Negara sahaja.
  • Sila bawa bersama buku setem anda semasa proses penebusan.
  • Tempoh promosi HANYA SAH sehingga 31 Disember 2016.
  • Dapatkan segera SELAGI STOK MASIH ADA!
  • Satu keratan diskaun hanya sah untuk diskaun satu penebusan tiket dewasa sahaja. Tidak boleh ditukar dengan nilai wang ringgit ataupun nilai harga tiket dewasa.

 

Sila klik sini untuk senarai penuh Cawangan Pos yang terlibat.

Sila klik sini untuk Soalan-soalan lazim bagi Buku Setem Definitif RM3.

* Diskaun RM50 untuk tiket masuk ke Taman Tema LEGOLAND® Malaysia dengan setiap pembelian Buku Setem Definitif bernilai RM4.80 (harga tertakluk kepada 6% GST).

  • Dapatkan di 189 Pejabat Pos terpilih di seluruh Malaysia, PosBox Bangsar South dan 11 Kiosk Pos Laju.
  • Setiap buku setem LEGOLAND® Malaysia mengandungi 8 keeping setem definitif dengan denominasi RM0.60.
  • Penebusan baucar hanya boleh dilakukan sewaktu membeli tiket masuk di kaunter tiket Taman Tema LEGOLAND® Malaysia.
  • Bawa bersama buku setem anda semasa membuat penebusan.
  • Tempoh promosi HANYA SAH sehingga 31 Mac 2017.
  • Dapatkan segera selagi stok masih ada!

Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Sila tekan di sini untuk senarai Pejabat pos terpilih.

Sila tekan di sini untuk melayari soalan-soalan lazim berkaitan Buku Setem Definitif RM4.80.