Facebook Twitter Instagram You Tube
Mel Standard

Mel Standard

Sebarang bentuk dokumen bertulis dikirim antara pengirim dan penerima dengan mengikut spesifikasi Mel Standard seperti dibawah:

Berat

Tidak lebih 50gm

Dimensi Minimum: 140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
Maksimum: 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
Ketebalan Minimum: 0.25 mm
Maksimum: 6.00 mm

Jenis Sampul dan Warna

  • Berwarna putih atau mempunyai tona warna yang lembut di hadapan sampul, dan tidak berkilat
  • Tiada ukiran atau bergancu / ditebuk
  • Dilekatkan sepenuhnya

Penerangan tentang muka depan sampul surat (rujuk imej di bawah)

  • Zon Kiriman Pos / Setem: 74mm (panjang) x 40mm (lebar)
  • Zon Pengirim: Maklumat pengirim, alamat, logo atau iklan. Panjang tidak memasuki Zon Bayaran Pengeposan
  • Zon Penerima: Nama dan alamat penerima ditulis atau dicetak dalam tulisan gelap dan tidak berkilat
  • Zon Kod Bar: Keseluruhan ruang 15mm di bahagian bawah sampul surat perlu dibiarkan kosong

*Bentuk selain dari yang dinyatakan seperti spesifikasi di atas tidak diterima sebagai Mel Standard

 

Kadar Pengeposan Bagi Mel Standard

Kategori

Berat

Jumlah Bayaran Pengeposan

(RM)
Mel Standard Sehingga 20gm 0.60
Lebih 20gm - 50gm 0.70

 

undefined

Untuk makluman lanjut mengenai kadar tarif dan perubahan zon, sila rujuk produk terpilih yang tercatat di bawah Mel Antarabangsa.

Mel Bukan Standard

Mel Bukan Standard

Mel Bukan Standard merupakan perkhidmatan kiriman yang di datangkan dalam tiga pilihan: sampul, kotak dan bergulung.

Berat

Tidak lebih 2kg

Dimensi

1. Kotak / Sampul

Maksimum: 600mm (panjang) x 250mm (lebar) x 30mm (tinggi)

2. Bergulung

Maksimum: 600mm (panjang) x 100mm (diameter)

Penerangan tentang muka hadapan

  • Zon Kiriman Pos / Setem: Tiada ukuran spesifik

  • Zon Pengirim: Tiada ukuran spesifik

  • Zon Penerima: Tiada ukuran spesifik

  • Zon Kod Bar: Tiada ukuran spesifik

 

Kadar Pengeposan Bagi Mel Bukan Standard

Mel Bukan Standard Sehingga 50gm RM 0.80
Lebih 50gm - 100gm RM 0.90
Lebih 100gm - 250gm RM 1.00
Lebih 250gm - 500gm RM 2.00
Lebih 500gm - 1kg RM 3.50
Lebih 1kg - 2kg RM 5.50

undefined

undefined

Paket Kecil

Merupakan Mel Bukan Standard yang tidak bersampul dan beratnya tidak melebihi 2kg.

  • Penghantaran paket kecil ini adalah untuk penghantaran dalam negara serta luar negara (bagi kiriman luar negara, sila rujuk nilai bayaran bagi penghantaran ke luar negara)
  • Dimensi maksimum: 250mm (panjang) x 200mm (lebar) x 100mm (tebal)
  • Syarat ini tidak menghadkan sebarang bentuk atau rupa yang spesifik
  • Tiada bukti pengeposan dan kiriman atau perkhidmatan jejak dan kesan. Namun, ianya boleh didaftarkan untuk menikmati faedah pampasan dan perkhidmatan jejak dan kesan
  • Jika item ini melebihi 2kg dan melepasi had ukuran maksimum, maka item ini akan diklasifikasikan sebagai bungkusan dan akan dikenakan caj mengikut spesifikasi bungkusan

undefined

Untuk makluman lanjut mengenai kadar tarif dan perubahan zon, sila rujuk produk terpilih yang tercatat di bawah Mel Antarabangsa.

Poskad

Poskad

Poskad adalah satu perkhidmatan yang membolehkan pelanggan menghantar mesej ringkas kepada penerima. Ia dipos tanpa sampul surat dan dikenakan bayaran pos.

 

    • Kad yang ditulis alamat atau catatan tertentu biasanya bergambar pada bahagian belakang dan di bahagian hadapannya pula mempunyai ruang alamat.
    • Poskad ialah sekeping kad segiempat tepat tidak berlipat dan tidak bersampul khusus serta memerlukan setem untuk pengeposan.   
    • Cara mudah untuk menghantar mesej yang mudah, poskad boleh menjadi jawapannya.
    • Poskad ialah kad yang tidak dilipat dan memerlukan setem untuk surat-menyurat.
    • Ia hendaklah digunakan untuk tujuan bukan komersil sahaja (iaitu peribadi sahaja).
    • Sekiranya bertujuan komersial, ianya akan dicaj setem berharga RM0.80 untuk penghantaran.

 

 

Ciri-ciri poskad

 

Perkataan 'Poskad' akan muncul di sebelah depan poskad.

 

Spesifikasi Poskad
Saiz Minimum   : 90mm (lebar) x 140mm (panjang) 
Maksimum : 105mm (lebar) x 148mm (panjang)
Berat : Tidak melebihi 20 gram dan tidak bersampul.
Bentuk : Segi Empat Tempat
Kos

Kos penghantaran setiap poskad ialah mempunyai setem bernilai RM0.30 sen untuk    destinasi domestik.  

: Kos penghantan setiap poskad ialah mempunyai setem bernilai RM0.50 sen untuk destinasi antarabangsa.

 

 Syarat-syarat

 

    • Sampel barangan atau barang-barang serupa yang lain tidak boleh dilampirkan kepada poskad.
    • Untuk pengeposan antarabangsa, jika saiznya melebihi saiz yang dibenarkan, poskad tersebut akan dikategorikan sebagai mel antarabangsa.

 

 

undefined

Untuk makluman lanjut mengenai kadar tariff dan perubahan zon, sila rujuk produk terpilih yang tercatat di bawah Mel Antarabangsa.

Mel Rakyat

Mel Rakyat

 

  •  “Mel Rakyat" adalah surat prabayar yang menggunakan kertas khas yang boleh dilipat dan dengan sisi pelekat sendiri, bayaran hanya RM 0.30 sen dan boleh didapati di semua Pejabat Pos.
  • Walau bagaimanapun, Mel Rakyat tidak boleh mengandungi apa-apa lampiran kerana ianya akan dianggap sebagai surat bukan standard dan dikenakan bayaran sewajarnya.
  • Penghantaran dalam Malaysia sahaja.
  • Boleh didapati di semua Pejabat Pos.



Ciri-ciri Mel Rakyat 

 

  • Ukuran dan Saiz dilipat: 190mm (panjang) x 95mm (lebar)
  • Berat: tidak lebih dari 20gm
  • Surat prabayar tanpa setem. Setem tidak diperlukan untuk tujuan pengeposan.
  • Harga RM 0.30 sen.
  • Boleh dilipat dan berpelekat.
  • Tidak boleh mengandungi sebarang kepilan, jika tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai Mel Bukan Standard dan akan dicaj mengikut kadar tertentu.

 

Syarat-Syarat

 

- Mel Rakyat kegunaan peribadi sahaja, bukan digunakan untuk tujuan komersial.

- Dihantar ke seluruh destinasi dalam negara.

 

Spesifikasi Mel Rakyat 

 

Saiz dilipatdan pengukuran 190 mm(panjang)x95mm(lebar)
Berat:  Tidak lebih daripada 20gm

 

 

undefined

 (Mesej boleh ditulis di bahagian dalam)

 

 

Pelanggan boleh mendapatkan Mel Rakyat di semua rangkaian Pos Malaysia di seluruh Negara dan pengeposan boleh dilakukan dimana-mana peti pos merah biasa.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

Standard Serahan

undefinedundefined

Piagam Perkhidmatan Pelanggan (Standard Penghantaran Domestik)

Akta Perkhidmatan Pos 1991 memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengawalselia industri perkhidmatan pos terutama yang melibatkan perkhidmatan pos surat domestik dan perkhidmatan pos bungkusan domestik.

 

Standard Penghantaran Bagi Perkhidmatan Mel Domestik

Kategori

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Dalam Negeri

Sehingga D+2*

Sehingga D+3

Antara Negeri

Sehingga D+3

Sehingga D+4

Bagi tahun 2014, Pos Malaysia perlu menyempurnakan 89% penghantaran surat domestik yang tepat pada waktu seperti yang ditetapkan oleh sebuah badan audit bebas.

 

* “D” bermaksud hari  pengeposan di mana pengeposan dilakukan sebelum waktu pengumpulan terakhir seperti yang tertera di peti surat pada hari bekerja di Malaysia.

 

Nombor yang tercatat selepas “D” merujuk kepada nombor hari bekerja rasmi di Malaysia bagi menentukan hari kiriman.

 

Note: Nota: Kawasan terpencil adalah terkecuali daripada standard kiriman di atas. Sila klik di sini "Kawasan Terpencil" untuk maklumat lanjut.

 

Standard Penghantaran Bagi Perkhidmatan Bungkusan Domestik

Kategori

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Serahan Tempatan

Sehingga D+3*

Sehingga D+3

Serahan Seluruh Negara

Dalam Negeri

Sehingga D+4

Sehingga D+5

Antara Negeri

Sehingga D+5

Sehingga D+7

Bagi tahun 2014, Pos Malaysia perlu menyempurnakan 89% penghantaran surat domestik yang tepat pada waktu seperti yang ditetapkan oleh sebuah badan audit bebas.

 

Nombor yang tercatat selepas “D” merujuk kepada nombor hari bekerja rasmi di Malaysia bagi menentukan hari kiriman.

 

Nota: Kawasan terpencil adalah terkecuali daripada standard kiriman di atas. Sila klik di sini "Kawasan Terpencil" untuk maklumat lanjut.

Arahan & Peraturan

Undang-undang dan Peraturan - Pengisytiharan Kastam

 

Surat luar negara dan paket kecil

Semua barangan yang dihantar ke luar negara yang mengandungi barangan yang tertakluk kepada duti kastam hendaklah disertakan dengan borang ikrar kastam CN 22 (atau CN 23 bagi nilai barangan melebihi RM 1500.00). Borang ikrar kastam boleh didapati secara percuma di semua pejabat pos. Borang ikrar kastam ini adalah diwajibkan untuk paket kecil.

 

Bagi melancarkan pelepasan kastam, pengisytiharan boleh menggunakan Bahasa Inggeris, Perancis atau bahasa yang boleh difahami di negara tuju tersebut. Pelanggan hendaklah mengisi borang ikrar kastam dengan lengkap dan jelas bagi mengelakkan kelewatan dan kesulitan pihak penerima. Ikrar palsu dan tidak tepat boleh dikenakan denda atau barangan dirampas.

 

Nama penerima dan alamat yang lengkap perlu ditulis pada bahagian hadapan sudut atas sebelah kiri barangan tersebut.

 

Ciri-ciri terperinci barangan tersebut mestilah dinyatakan, contohnya "Kemeja kain kapas lelaki".

 

Barangan tersebut perlu dinyatakan bilangan atau kuantiti, ukuran serta berat timbangan. Nilai barangan itu juga perlu dinyatakan, termasuk nilai tukaran wang yang digunakan (contohnya USD bagi US Dollar)

 

Sila klik untuk contoh borang Pengisytiharan Kastam (CN22)

Sila klik untuk contoh borang Pengisytiharan Kastam (CN23)

Bungkusan Luar Negara

Semua bungkusan yang dihantar ke luar negara hendaklah dikepilkan bersama Borang Ikrar Kastam CN 23 dan Nota Hantaran CP 71. Kedua-duanya boleh didapati secara percuma di semua pejabat pos.

 

Bagi melancarkan pelepasan kastam, pengisytiharan boleh menggunakan Bahasa Inggeris, Perancis atau bahasa yang boleh difahami di negara tuju tersebut. Pelanggan hendaklah mengisi  borang ikrar kastam dengan lengkap dan jelas bagi mengelakkan kelewatan dan kesulitan pihak penerima. Ikrar palsu dan tidak tepat boleh dikenakan denda atau barangan dirampas.

 

Sesetengah barangan mungkin tertakluk kepada undang-undang dan sekatan import/eksport. Pelanggan perlu memastikan larangan, sekatan seperti kuarantin, sekatan farmaseutikal, dan lain-lain dipatuhi. Pelanggan juga dikehendaki menyediakan dokumen seperti invois komersial, sijil asal usul, sijil kesihatan, lesen kelulusan untuk barangan kuarantin, dan lain-lain yang diperlukan di negara tuju.

 

Ciri terperinci  barangan tersebut hendaklah dinyatakan dengan jelas, contoh “Kemeja kain kapas”.

 

Kuantiti setiap barangan dan unit ukuran serta berat hendaklah dinyatakan. Nilai setiap barangan hendaklah diberikan, dan nyatakan nilai matawang yang digunakan (contoh : USD untuk Dolar US).

 

Borang Ikrar Kastam dan dokumen berkaitan hendaklah dikepilkan dengan baik di luar bungkusan menggunakan sampul plastik berpelekat yang boleh didapati secara percuma di semua pejabat pos. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan tarif antarabangsa, sila rujuk ruangan Mel Antarabangsa.

 

Ringkasan

Barangan yang dibawa masuk ke negara ini adalah tertakluk kepada cukai oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia. Mereka akan memeriksa dari segenap sudut dan cukai mestilah dijelaskan sebelum barangan tersebut boleh dikeluarkan.

Seperti barangan lain, semua item pos yang dibawa masuk juga perlu melalui pemeriksaan di KLIA Sepang, Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu, Pejabat Pos Miri, Pejabat Pos Bintulu, Pejabat Pos Sibu, Pejabat Pos Besar Kuching, Pejabat Pos Besar Johor Bahru, Pejabat Pos Besar Ipoh dan Pejabat Pos Besar Butterworth. Pegawai pemeriksaan kastam sedia membantu pelanggan jika menghadapi sebarang masalah.

 

Ciri-ciri

Pegawai Pos Malaysia bertanggungjawab untuk memberitahu pelanggan bagi menuntut barangan mereka di pejabat pos yang berkenaan.

 

Arahan

Sebelum barangan boleh dilepaskan daripada pejabat kastam yang terlibat, pelanggan perlu membuat taksiran dan membayar caj cukai yang dikenakan.

 

Sekiranya pelanggan tidak boleh menuntut barangan mereka di pejabat kastam, pelanggan boleh melantik Pos Malaysia selaku ejen. Caj yang berpatutan dan kompetitif untuk proses taksiran dan pelepasan serta penghantaran akan dikenakan.

 

Pos Malaysia akan membuat pelepasan kastam dan menuntut barangan bagi pihak pelanggan. Pelanggan perlu membuat bayaran caj cukai di pejabat pos terdekat dan mengambil barangan tersebut.

Barangan larangan, jika diserahkan untuk penghantaran, akan ditolak penerimaannya atau, jika dikesan dalam perjalanan, ia akan ditahan. Barangan itu akan diuruskan dalam apa jua cara yang difikirkan wajar oleh pejabat pos dan dalam sesetengah kes, pengirimnya boleh didakwa di mahkamah.Barang-barang utama yang dilarang adalah seperti berikut :

 

  • Bahan letupan, mudah terbakar, bersifat najis, memudaratkan atau apa-apa bahan yang membahayakan dan barangan yang tajam serta tidak dilindungi.
  • Senjata dan komponen yang berkaitan.
  • Dadah berbahaya kecuali pengeluaran yang mempunyai lesen eksport termasuklah narkotik dan psikotropik yang ingin dihantar bagi tujuan perubatan dan saintifik kepada negara-negara yang membenarkan perkara ini.
  • Barang-barang yang bersifat mudah rosak jika terdedah kepada udara terutama jika terdedah kepada cuaca tropika atau sub-tropika dan barang-barang tersebut perlu disimpan di dalam bekas tertutup yang kedap udara semasa penghantaran ke sesuatu destinasi bagi melindungi barangan tersebut daripada rosak.
  • Barang-barang dalam bentuk bungkusan yang mana boleh mendedahkan kakitangan pos kepada bahaya atau kekotoran atau kerosakan barangan pejabat atau barangan pos atau boleh menjejaskan operasi pos.
  • Surat-menyurat yang mengandungi apa-apa tiket loteri atau setiap tiket atau setiap iklan hadiah atau pengumuman yang lain dan apa jua untuk tujuan loteri awam, cabutan bertuah atau urus niaga perjudian lain.
  • Syiling dan mata wang, sekuriti-sekuriti termasuk jenis dibayar kepada pembawa, nota-nota bank atau matawang asing.
  • Bahan-bahan radioaktif sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas.
  • * Corak komunikasi melampau dan tidak bermoral termasuk cetakan gambar-gambar, buku-buku mahupun apa jua bahan, seni rekaan atau pada tanda-tanda pembungkus yang berunsur tidak senonoh, kesat atau lucah.

 

Bahan-bahan letupan

Contoh : Peluru; bunga api; bahan pembakar; sumbu atau peluru untuk permainan senjata api.

 

undefined undefined

 

Gas Mampat (termasuk mudah terbakar dan tidak mudah terbakar)

Contoh : Barangan aerosol; butana; pemetik api bergas butana dan alat-alat pemadam kebakaran yang mengandungi gas mampat.

 

undefined undefined

 

Cecair Mudah Terbakar

Contoh : Mancis api; filem selulosa nitrat dan bahan-bahan yang merbahaya jika basah.

 

undefined undefined

 

Pepejal Mudah Terbakar

Contoh : Minyak pembakar; larutan mudah terbakar; Cat mudah terbakar dan pengilat varnis mudah terbakar.

 

undefined undefined

 

Bahan-bahan Beroksida

Contoh : Bahan-bahan yang boleh menghasilkan oksigen dengan cepat; bahan-bahan pengoksida seperti pewarna rambut dan tektil; bahan-bahan peluntur dan pelekat.

 

undefined undefined

 

Racun

Termasuk dadah, ubat-ubatan dan bahan-bahan toksid kecuali contoh racun; dadah dan ubat dalam kuantiti yang ditetapkan dan dibungkus mengikut syarat-syarat tertentu.

 

undefined undefined

 

Bahan-bahan Radioaktif

Contoh : Contoh atau 'sampel' penyelidikan atau perubatan yang mengandungi sumber radioaktif.

 

 

Bahan-bahan menghakis

Contoh : Cecair mencuci yang menghakis; penghilang atau penahan karat; peralatan yang mengandungi raksa dan cecair bateri.

 

undefined undefined

 

Barangan larangan dan merbahaya yang lain

Contoh: Barangan yang mempunyai ciri-ciri anestetik, merbahaya, toksin atau ciri-ciri lain yang boleh mendatangkan risiko sekiranya berlaku kebocoran atau kerosakan; barangan magnet berkuasa tinggi, dan barang permainan yang mengandungi bateri.

 

undefined undefined

 

Contoh : Bahan-bahan yang mengandungi ubat bius, gas-gas berbahaya, toksid atau ciri-ciri lain yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan apabila berlaku kebocoran, bahan-bahan yang mengandungi kadar magnet yang tinggi, alat-alat permainan yang mengandungi bateri dan barang-barang cetak rompak.

 

Pengirim barangan hendaklah membuat pertanyaan kepada pejabat pos sama ada pengiriman barangan tersebut dibenarkan di negara penerima sebelum membuat sebarang kiriman.

 

Sesetengah barangan yang kelihatan tidak berbahaya juga dilarang untuk pengeposan, ini kerana barangan tersebut apabila di dalam keadaan tertentu seperti perubahan suhu, tekanan atau jika bersentuhan dengan bahan-bahan lain, boleh memudaratkan terutama apabila diangkut melalui penerbangan udara.

 

Untuk makluman: Bagi barangan yang hendak diposkan ke luar negara, borang kastam hendaklah diisi bagi mengesahkan bahawa barangan tersebut tidak mengandungi apa-apa bahan berbahaya yang bertentangan dengan undang-undang pos.

 

Jadi, sebelum anda membuat sebarang penghantaran melaui pos, sama ada dalam negara mahupun luar negara, adalah penting untuk memastikan bahawa anda membaca dahulu makluman ini. Sekiranya ada sebarang keraguan, sila hubungi pejabat pos berhampiran

 

Untuk maklumat lanjut mengenai zon dan kadar baru Tarif Mel Antarabangsa, sila pilih produk yang tersenarai dibawah Mel Antarabangsa

 

 

Untuk paparan poster yang lebih jelas, sila klik di sini

 

undefined

 

 

 

Barangan Berbahaya

Sila isytiharkan barangan anda sebelum pengeposan:

undefinedundefinedundefined

undefinedundefinedundefined

undefinedundefinedundefined

 

Penting:

 

Sila isytiharkan isi kandungan anda dengan telus kepada kakitangan/petugas kaunter penerimaan kami. Pengeposan barangan berbahaya seperti yang tertakluk di dalam Peraturan Barang Berbahaya yang ditakrif oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3) termasuk pindaan, perubahan atau penambahan yang akan dimaklum dari semasa ke semasa adalah dilarang sama sekali. Pos Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, melupuskan, menghapuskan atau menahan bungkusan terbabit.

 

Pos Malaysia tidak membenarkan pengeposan barangan terbabit dan berhak untuk menolak pengeposan barangan lain yang dilarang oleh undang-undang atau pada pendapat kami boleh mendatangkan bahaya secara langsung atau tidak langsung kepada kesihatan, keselamatan, harta benda atau alam sekitar. Sekiranya didapati terdapat barangan larangan atau barangan berbahaya, bungkusan tersebut tidak akan dihantar dan kos pengeposan tidak akan dikembalikan.

 

Pos Malaysia tidak akan bertanggunawab atas tuntutan kelewatan sekiranya item ditangguhkan, ditahan, dipulangkan kepada pengirim, atau tidak diproses kepada penerima kerana mengandungi isi kandungan yang tentera di atas.