Facebook Twitter Instagram You Tube
Pos Ekspres

Pos Ekspres

Pos Ekspres adalah perkhidmatan kiriman yang pantas, mudah serta jimat untuk dokumen sensitif yang menjanjikan khidmat penghantaran pada hari berikutnya mengikut jadual yang ditetapkan. Jaminan ini berdasarkan Jaringan Penghantaran Hari Berikut seperti yang dinyatakan pada sampul/bungkusan khas Pos Ekspres.

 

Pos Ekspres menjamin penghantaran ke destinasi dalam jangka masa satu, dua atau tiga hari bergantung kepada zon penghantaran. Selain jaminan penghantaran pantas, Pos Ekspres turut menjamin kiriman ke 344 destinasi mel di seluruh negara.

 

Dalam menyediakan perkhidmatan kiriman mudah untuk pelanggan, Pos Ekspres dilengkapi dengan sampul surat dan bungkusan khas. Terdapat lima saiz standard sampul Pos Ekspres dan berat maksima yang dibenarkan untuk perkhidmatan ini adalah 1kg. Senarai destinasi penghantaran mengikut hari penghantaran akan dibekalkan dengan sampul/bungkusan Pos Ekspres.

 

Saiz/Ukuran

 

No. Ukuran Berat Maksima (gm) Ketebalan Maksima (mm) Harga (RM)
1 353mm x 250mm 500 10 4.50
2 229mm x 162mm 250 5 3.50
3 220mm x 110mm 100 3 3.00
(Tingkap / Tanpa Tingkap
4 340mm x 250mm 1000 25 7.00 (Dibungkus)
5 250mm x 210mm 750 25 6.00 (Dibungkus)

 

 

undefined

 

Selain pantas, Pos Ekspres juga boleh dijejaki! Anda boleh memeriksa jika penerima telah menerima kiriman Pos Ekspres anda melalui:

 

Anda boleh mendapatkan sampul/bungkusan Pos Ekspres di semua Pejabat Pos. Saiz sampul/bungkusan adalah berdasarkan saiz kiriman. Patuhi arahan yang disertakan di dalam sampul/bungkusan tersebut. Ini penting kerana ia dilengkapi dengan jadual penghantaran bagi zon penghantaran berlainan bersama-sama kod bar yang boleh digunakan untuk memeriksa status penghantaran item anda.

 

Peti Surat Kuning yang disediakan merupakan saluran yang betul untuk kiriman Pos Ekspres. Ia bagi membezakan khidmat kiriman ini dengan kiriman pos biasa. Jangan masukkan kiriman anda ke dalam Peti Surat Merah kerana ia akan melambatkan penghantaran. Anda juga boleh melakukan kiriman di kaunter Pejabat Pos berdekatan.

 

Pengecualian

Jaminan Pos Ekspres tidak meliputi:

  • Kiriman yang tidak dihantar melalui Peti Surat Kuning Pos Ekspres
  • Kiriman di luar zon penghantaran Pos Ekspres
  • Barangan yang dikirim selepas waktu pengumpulan Pos Ekspres seperti yang dinyatakan pada Peti Surat Kuning Pos Ekspres
Pos Daftar

Pos Daftar

Pos Daftar atau Mel Berdaftar merupakan perkhidmatan tambahan untuk kiriman barangan atau dokumen penting. Perkhidmatan ini menyediakan perkhidmatan jejak dan kesan bagi para pelanggan.

 

Satu resit akan dikeluarkan sebagai bukti kiriman pada waktu kiriman dilakukan. Penerima perlu menandatangani resit penerimaan semasa surat diterima.

 

Pampasan ganti rugi akan dibuat sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kiriman berdasarkan terma dan syarat Pos Malaysia Berhad.

 

Terdapat dua perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh Pos Daftar. Para pelanggan perlu membayar kos kiriman tambahan bagi menikmati kemudahan ini:

  • Resit Akuan (RA)
    • Penerima akan menerima resit akuan apabila proses penyerahan selesai
    • Tandakan kotak RA di atas label kod bar Pos Daftar – dapatkan kad RA di kaunter Cawangan Pos
    • Jelaskan yuran RA dalam bentuk setem pos (60 sen untuk kiriman domestik dan RM1.50 untuk kiriman luar negara)
    • Lekatkan setem di sebelah kanan atas sampul – sertakan kad RA untuk item Pos Daftar
  • Insurans
    • Tandakan kotak INSURED di atas label Pos Daftar dan isikan nilai insurans.
    • Jelaskan yuran insurans dalam bentuk setem pos
    • Yuran insurans adalah RM3.00 untuk setiap RM100 nilai yang diinsuranskan atau sebahagian daripadanya
    • Lekatkan setem di sebelah kanan atas sampul
    • Bagi kiriman domestik, jumlah minima insurans yang dibenarkan adalah RM100 manakala jumlah maksima adalah RM3000
  • Bagi kiriman luar negara, sekatan dan jenis item yang boleh diinsuranskan bergantung kepada kebolehdapatan perkhidmatan dan prosedur yang ditetapkan oleh negara destinasi. Pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut di kaunter Cawangan Pos berhampiran

 

Pelanggan boleh mendaftar dengan menggunakan sampul biasa:

  • Dapatkan label Pos Daftar di kaunter
  • Isi dengan lengkap
  • Hantar kepada kakitangan di kaunter
  • Pos Daftar atau Mel Berdaftar harus dikirim melalui kaunter. Penghantaran melalui peti surat tidak akan diterima

 

Label domestik

  • Boleh didapati di kaunter dengan harga RM2.20 setiap satu, termasuk kiriman seberat 20g
  • Bagi kiriman melebihi 20g, anda boleh meletakkan setem pos dengan nilai mencukupi di sudut atas kanan sampul
  • Bagi kiriman dalam negera, label yang disertakan akan memudahkan proses menjejak kiriman

 

Caj Pos Daftar

Jenis Penerangan Caj Lama Caj Baru Catatan
Track On 1
RD
Domestic
(Dalam Negara)
RM1.70 RM2.20 Kos Pendaftaran (RM1.60) dan yuran kiriman bawah 20g (RM0.60)
Track On 2
RR
International
(Luar Negara)
RM3.90 RM4.60 Kos pendaftaran (RM1.60) dan caj perkhidmatan (RM3.00) untuk penghantaran kiriman ke destinasi luar negara (tidak termasuk kos kiriman berdasarkan destinasi dan berat).
Track On 7
RA
Domestic
(Pejabat Pertukaran Mel)
  RM2.80 Kos Pendaftaran (RM1.60), yuran kiriman bawah 20g (RM0.60) dan caj Akuan Penerimaan Kad AR (RM0.60).

*Yuran kiriman bagi Pos Daftar adalah bergantung kepada berat dan saiz kiriman.

  • Boleh didapati di kaunter dengan jumlah RM2.20 setiap satu, termasuk kiriman item seberat 20g
  • Bagi kiriman melebihi 20g, anda boleh meletakkan setem pos dengan nilai mencukupi di sudut atas kanan sampul
  • Bagi kiriman dalam negara, label yang disertakan akan memudahkan proses menjejak kiriman

 

Selain itu, para pelanggan boleh membeli Sampul Pos Daftar (SP1) berharga RM2.50 setiap satu termasuk caj Pos Daftar dan kiriman pos untuk kiriman seberat 50g di Pejabat Pos. Namun, sampul ini hanya boleh digunakan untuk kiriman tempatan.

 

Semua Pos Daftar yang tidak dapat dikirim dalam apa jua keadaan atau tidak dituntut akan dikembalikan kepada pengirim dalam tempoh 15 hari bekerja. Justeru, semua pelanggan dinasihatkan agar memastikan alamat ditulis dengan lengkap pada setiap bungkusan atau kiriman.

 

Status Kiriman Pos Daftar

  • Hubungi Pejabat Pos berhampiran atau hubungi Talian Pos kami di 1-300-300-300
  • Para pelanggan boleh mendapatkan borang pertanyaan di Pejabat Pos, isi dan hantar borang tersebut kepada Pejabat Pos

 

Semua pertanyaan bagi Pos Daftar perlu dilakukan tidak lewat dari enam bulan tarikh kiriman.

 

Untuk maklumat lanjut tentang kadar tarif dan zon yang telah dikemaskini, sila rujuk produk yang dinyatakan dalam Mel Antarabangsa atau hubungi pegawai khidmat pelanggan kami.

Pertukaran Track-On 1 dengan Track-On 7 (Kad AR)

undefined

Label Pos Daftar Track-On 1

  • Jejak dan kesan serta bukti perkhidmatan penghantaran
 

Label Pos Daftar Track-On 7

  • Jejak dan kesan serta bukti perkhidmatan penghantaran.
  • Antara ciri tambahan yang adalah Kad Bukti Penerimaan (Kad AR).  Kad ini akan ditandatangani oleh penerima dan akan dikembalikan kepada pengirim.
undefined

Terma dan Syarat Bagi Pertukaran

 

  • Proses pertukaran akan bermula dari 28 Mac 2012 hingga 20 April 2012 sahaja.
  • Caj perkhidmatan berjumlah 5% atau RM5 (atau mana yang lebih tinggi) akan dikenakan pada jumlah keseluruhan Label Track-On 1 yang perlu ditukar dengan Label Track-On 7.
  • Borang pertukaran boleh didapati di cawangan Pejabat Pos di seluruh Malaysia.
  • Proses pertukaran hanya boleh dijalankan di Pejabat Pos Umum kecuali di Pulau Pinang dan Sarawak (Sila rujuk Lampiran 1)
  • Sila bawa kesemua Label Track-On 1 yang perlu ditukar berserta semua borang yang sudah diisi dengan lengkap dan serahkan kepada Pengurus Operasi atau Pengurus Operasi Wilayah (Sila rujuk Lampiran 1)
  • Sila pastikan bahawa Label Track-On 1 adalah asli dan tidak pernah diguna atau mempunyai sebarang tulisan di atasnya.
  • Sila isikan borang Pos 07 12 (1) (Sila rujuk Lampiran 2) dan pastikan anda mendapatkan salinan untuk tujuan tuntutan.  Proses pertukaran akan mengambil masa di antara 3 hingga 4 minggu.
  • Para pelanggan akan dimaklumkan apabila kelulusan untuk pertukaran selesai.  Sila bawa borang Pos 07 12 (1) sebagai bukti permohonan
undefined

 

 

Attachment:

Appendix 1

Appendix 2

 

Mel Berinsuran

Insured Mail

Kami faham betapa pentingnya mel anda, tidak mengira bentuk dan saiz.  Justeru itu, kami menawarkan perlindungan insurans ke atas surat dan bungkusan berdaftar anda yang mengandungi barangan bernilai bagi destinasi dalam negara mahupun luar negara.

 

Melalui perkhidmatan Mel Berinsurans, anda boleh menarik nafas lega dan menikmati perkhidmatan kelas pertama dari segi penyelenggaraan, perlindungan dan ganti rugi sekiranya belaku sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda.

 

Nilai Insurans

  • Nilai maksimum kadar insurans untuk item yang akan dihantar ke destinasi luar negara adalah berdasarkan kadar yang dipersetujui oleh Malaysia dan negara destinasi antarabangsa berkenaan dan lazimnya tidak melebihi RM3000.

 

Anda boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini di kaunter Pejabat Pos.  Sila bawa barangan yang hendak dikirim dan maklumkan kepada pegawai kami bahawa anda mahukan barangan tersebut diinsuranskan.Resit akan dikeluarkan.

 

Sila pastikan barangan tersebut dibungkus dengan rapi dan alamat ditulis dengan jelas.

 

Barangan bercukai tidak boleh dikirim melalui Mel Berinsurans.  Caj tambahan berjumlah RM5 akan dikenakan bagi barangan yang dikirim ke luar negara selain daripada caj-caj lain yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tarif dan zon, sila rujuk spesifikasi produk di bawah Mel Antarabangsa atau hubungi pegawai kami.