Sambutan Hari Pos Sedunia 2004 Di Malaysia
Hari Pos Sedunia disambut pada 9 Oktober setiap tahun sejak 1969. Ia diadakan bersempena dengan penubuhan Kesatuan Pos Sejagat (Universal Postal Union - UPU) di Bern, ibu negeri Swiss.
UPU merupakan forum utama bagi kerjasama antara perkhidmatan pos dan ia membantu untuk menjamin sebuah rangkaian sejagat bagi produk dan perkhidmatan yang terkini. Ia menetapkan peraturan-peraturan untuk pertukaran mel antarabangsa dan membuat cadangan untuk merangsang pertumbuhan jumlah mel serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Di Malaysia, setiap tahun, Pos Malaysia Berhad menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meraikan sambutan Hari Pos Sedunia memandangkan perkhidmatan pos telah begitu serasi dan sebati dalam kehidupan seharian kita sejak berabad lamanya.
Di peringkat negeri, pelbagai aktiviti dirancang untuk membolehkan orang awam memahami dengan lebih baik lagi mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia Berhad.
Selain daripada produk filateli, terdapat beberapa aktiviti lain yang disusun untuk orang dewasa dan kanak-kanak sepanjang minggu tersebut.
Semua dijemput mengunjungi pejabat-pejabat pos besar kami di mana pelbagai aktiviti sambutan Hari Pos Sedunia akan diadakan. Datang dan sertailah sambutan ini!
Jadual Program
Ibu Pejabat
Negeri
Pos Malaysia Berhad menanti kunjungan anda di sana!
|